Encik Nakal vs Cik Keliru - Bab 4

401 3 0
                                    

SEBAIK sahaja melabuhkan punggung di kerusi,

Neil memusingkan kerusi menghala ke jendela kaca. Helaan

nafas panjang kedengaran. Dia cuba menenangkan fikirannya

yang berkecamuk saat ini.

'Pergi suruh Abang Neil tu cari perempuan

lain asalkan dia tak kacau aku lagi!'

Neil terdengar kata-kata Alia sebelum gadis itu

berlalu pergi. Betapa Alia benar-benar membencinya dalam

diam.

Cuaca redup itu membuatkan pandangan Neil terus

ke taman yang bertentangan. Sejak bekerja dia hospital

swasta itu kira-kira 2 tahun yang lalu, taman yang indah

itulah tempat yang paling dia gemari. Gelagat pesakit dan

pelawat yang berada di taman itu benar-benar menghiburkan

hatinya. Dia pasti terlupa dengan masalah yang dihadapi.

"Assalamualaikum."

Neil terus berpaling apabila mendengar suara Irfan.

Temannya itu sudah melangkah masuk ke dalam pejabatnya

tanpa disuruh.

"Busy ke?" soal Irfan.

"Tak adalah. Biasa aje," jawab Neil.

Irfan terus duduk di hadapan Neil.

"Dr. Bakar beritahu, kau terlibat dalam operation

Datuk Omar. Betul ke?"

"Ya, aku ganti Dr. Hashimah," balas Neil.

Wajah Irfan berubah ceria.

"Tak sangka kita berada dalam bilik pembedahan

yang sama."

"Kau suka?"

Irfan mengerut dahi apabila mendengar pertanyaan

berbaur usikan itu.

"Tentulah suka. Dah lama kita tak bekerjasama."

"Walaupun aku yang handsome ni akan lebih

menyerlah daripada kau?"

Neil tersengih apabila melihat Irfan mempamerkan

reaksi meluat.

"Barulah nampak ceria sikit. Dah beberapa hari aku

tengok muka sedih kau, macam orang ada banyak masalah."

"Muka sedih sekali-sekala pun salah ke?"

"Tak adalah salah. Cuma buat orang risau sebab kau

jarang sedih."

"Janganlah risau. Aku cuma penat," jawab Neil

perlahan.

"Cuma penat aje? Bukan sebab lain?" duga Irfan lagi.

Neil menghela nafas panjang, kembali termenung

seketika. Jika diberi pilihan, dia lebih rela menyimpan

masalahnya sendirian. Lagipun dia bukannya budak-budak

lagi hendak berkongsi masalah cinta dengan orang lain.

"Apa yang korang berdua bincangkan?" celah Hairi

seraya melangkah masuk ke dalam bilik Neil. Tanpa dipelawa,

Encik Nakal vs Cik Keliru - Elin NadiaWhere stories live. Discover now