ILY 41 | SW

520 77 15
                                    

"Urm saya nak balik kelas dulu."

Aku tergelak kecil apabila melihat reaksi gadis itu. Pipinya merah apabila menyedari aku berada di hadapannya. Dalam sekelip mata Yoona pergi meninggalkan ruangan itu.

Jelingan Wooseok aku pedulikan. Aku tahu dia cemburu, tapi ada aku kisah?

Pandangan jejaka itu diperhatiku. Aku tahu dia bengang bila tengok perempuan yang dia suka bersama dengan orang lain. Wajah Jinhyuk itu ditenung bagai mahu tembus. Begitu dahsyatnya tahap jealousy si Kim Wooseok ni.

"Jinhyuk jom," ajakku.

Aku tak akan tinggalkan Jinhyuk bersendirian dengan Wooseok lagi. Pasti ada sesuatu yang jejaka itu akan buat andai kata ada sesuatu yang tidak puas di hatinya.

"Hm? Ouhh.. ok."

Jinhyuk mengekori aku keluar dari situ.

"Tak guna!"

Kedengaran suara menjerit Wooseok di ruangan rooftop itu setelah kami berdua bergerak menuruni anak tangga. Aku tergelak. Nasib baik aku dapat Yoona dulu tadi. Dapat laa aku buat dia cemburu.

"Kau pehal tak masuk kelas?"

Jinhyuk buat-buat pekak.

"Hei, Lee Jinhyuk aku tanya ni!"

"So?"

Dia 'so' kan aku?

"Mind your own business, dude."

Hmm...

******

Waktu pulang pun tiba akhirnya. Wooseok datang ke tempat Yoona untuk ajak pulang bersama. Aku berasa pelik apabila mendengar gadis itu menolak pelawaannya.

"Saya kena pergi mall lepas ni. Kena beli barang untuk adik sikit," ujarnya memberi alasan.

Wooseok tersenyum. "Kalau macam tu, saya teman awak pergi mall laa. Kan lagi selamat kalau ada lelaki yang temankan awak," katanya dengan gembira.

Sekurang-kurangnya kalau mereka keluar bersama ke mall, mereka tak ada lah hanya bertemu di sekolah sahaja.

"Maaf, saya dah janji dengan adik saya untuk pergi dengan dia je."

Gadis itu mengelak daripada memandang Wooseok. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Yoona.

Senyuman Wooseok menjadi hambar. Dia tidak menjangka gadis itu akan menolak pelawaannya.

"Ok kalau macam tu."

Perhatianku teralih apabila Byungchan datang mengetuk mejaku.

"Tak nak balik?"

"Nak balik laa ni."

"Haa teman aku pergi mall kejap."

Eh eh bang Byungchan ni.. macam tahu-tahu je apa yang bermain dalam kepala aku sekarang ni.

******

TBC

Edited #260620

I LOVE YOU, EX • 한승우 √Where stories live. Discover now