Cinta 9

426 58 12
                                    

Waktu rehat sudah bermula. Aku seperti biasa menyelinap masuk ke dalam stor yang paling aku suka dalam sekolah ni.

Stor simpan barang sukan.

Di sini, kerja aku membersihkan dan menyusun alatan sukan. Itupun saja aku buat secara sukarela sebab di sinilah satu - satunya tempat aku boleh bersendirian dan melukis.

Tiada gangguan.

Setelah aku selesai mengepam bola yang kemis, meletakkannya di dalam bakul, menyusun alatan hoki dan menyusun tali skipping, aku mengelap dahiku yang memercik peluh.

Di sini tak punya kipas. Dah nama pun stor. Jadi biasanya aku buka sedikit saja tingkap nakuh untuk pengudaraan.

Dengar macam menyeksakan tapi sungguh, di sini aku bisa menciptakan dunia aku sendiri. Dunia aku yang penuh warna warni. Dunia yang aku bisa menjadi apa saja aku mahu.

Aku BAHAGIA.

Aku BAHAGIA DI RUANG KECIL INI.

Nak jadi seorang Cinderella? Seorang puteri dunia kayang macam dalam drama Cina? Seorang wanita yang agung? Seorang pelukis yang terkenal? Aku bisa jadi apa saja yang aku mahu!

Ha.Ha.Ha.

Pun begitu, aku memilih untuk menjadi seorang sosok pelukis yang terkenal. Terkenal serupa Vincent van Gogh. Bila aku fikirkan kembali, kehidupan aku sama menyedihkan serupa Vincent.

Seorang yang tersisih dari dunia.

Aku melarikkan senyum melihat hasil kerjaku sendiri. Kemas dan cukup indah dengan permandangan hutan rimba.

Aku mengangkat batang lenganku dan mencari jarum jam tangan, ada lebih kurang 15 minit lagi sebelum waktu rehatku tamat.

Seperti biasa, aku buka plastik roti dan mengunyahnya dengan penuh nikmat. Mataku terpejam cuba membayangkan croissant panas dengan inti strawberi keju di dalam rongga mulutku.

Hmmm... Indahnya...

Namun, kenikmatan yang aku rasa tidak lama bila aku terdengar bunyi seseorang menghempas pintu stor di belakangku. Spontan, aku menoleh ke arah bunyi tersebut.

Seorang lelaki berbaju sekolah sama seperti aku dan sedang membelakangkan aku kelihatan panik. Sekali sekala dia mengintai sesuatu dari luar, dari bukaan kecil pintu stor.

Sedetik dua, aku memerhatikan tingkah lakunya. Melihat dari susuk tubuh dia, aku terus saja membulatkan mata.

Aduhh! Joe! Joe lagi! Apa dia buat dekat sini?!

" Ehem!"

" Arghhhh!!!" Jatuh tergolek Joe dibuatnya bila aku menegur tiba - tiba.

Paling tak berapa bernasib baik bila kepalanya pula terhantuk pada dinding.

Mata itu menyorot naik ke arahku.

" Kau buat apa kat sini?!" Joe meninggikan suara, tapi tidak sampai terbolos ke luar stor.

" Eh, sepatutnya saya yang tanya awak. Apa yang awak buat kat sini?" Aku sudah bercekak pinggang.

Dia yang ceroboh tempat orang. Aku pula yang kena marah.

Amboi...

" Ishhh!! Kepala aku sakit ni! Tengokkan la kejap. Ntah pecah ke apa kepala aku ni...," pinta Joe selamba.

Kepala digosok - gosok dan diraba pada bahagian yang dikatakan pecah itu.

Melihatkan Joe yang semacam menahan sakit yang amat sangat, hati aku jadi tisu seketika dan mendekati lelaki tinggi lampai itu.

Surat CintaWhere stories live. Discover now