Permulaan Dendam

2.8K 138 17
                                    

👉👉👉

   Mereka melangkah masuk ke dalam Sunnova Station. Laksamana Tarung mengarahkan Kapten Kaizo masuk ke dalam bilik perbincangan.

Kaizo POV

  Aku masuk ke dalam bilik perbincangan bersama Laksamana Tarung. Dan aku dah agak yang dia akan cakap pasal hapuskan Boboiboy. Siap tawarkan pangkat, harta bagai. Ingat aku ni tamak, gila harta cam korang?? Aku takkan sekali-kali dengar cakap orang yang bunuh keluarga aku. Korang dah hancurkan kebahagiaan aku, Fang dan Boboiboy. Korang menyebabkan kami kehilangan orang yang kami sayang.

  Korang bunuh mak dan ayah aku sebab nak rampas Power Sphere diorang, sebab ketamakan. Korang arahkan Boboiboy selamatkan... Oh, itu tak layak dipanggil selamatkan. Itu lebih layak dipanggil dapatkan Power Sphere untuk kepentingan korang sendiri sampai dia tak dapat nak lindungi satu-satunya ahli keluarga dia. Dia tak dapat pun nak hadiri hari pengebumian atuk dia, dan semua tu juga adalah berpunca daripada ketamakan.

   Sememangnya Tapops dipandang mulia di galaxy kerana menyelamatkan Power Sphere, tetapi disebalik itu mereka mempergunakan kuasa Power Sphere untuk kepentingan diri . Takde beza dengan pemburu Power Sphere. Korang akan terima balasan korang nanti. Just wait for it.

End of Kaizo POV

Perbincangan itu selesai dan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kaizo diarahkan balik ke kapal angkasanya untuk berehat.

  Sementara itu, Boboiboy duduk di dalam bilik perkongsiannya dengan Gopal sambil membaca buku. And, yes. Gopal tengah main game kat atas katil dia. Sesekali dia perasan yang Gopal ada curi-curi jeling dia. Tapi dia buat tak tahu je. Dia berdiri dan keluar dari bilik tu. Sempat dia memberikan tatapan kebencian dia kepada Gopal sebelum pergi ke bilik Fang.

Di bilik Fang...

Fang mendengar ketukan kecil pada pintu biliknya. Dia perlahan-lahan membuka pintu dan matanya bertemu dengan mata Boboiboy yang bulat. Agak lama mereka saling bertatapan,
dan muka Boboiboy memerah tiba-tiba. Begitu juga Fang, dia memberi sedikit ruangan untuk Boboiboy masuk dan kunci pintu. 

  Boboiboy duduk di katil Fang dan menghela nafas berat sambil menongkat dagu dengan tangannya. Fang duduk di sebelah Boboiboy dan Cuba bertanyakan apa yang tak kena dengan dia. Boboiboy termenung seketika sebelum berkata " Aku tak sabar nak teruskan langkah seterusnya." Mata Boboiboy bersinar dengan kebencian dan dia tersenyum sedikit.

  Walaupun Fang rasa terkejut dalengan tingkah laku Boboiboy, tapi dia tetap tersenyum. "Sabar Boboiboy, kita kena nikmati permainan yang kita rancang ni." Fang mengusap topi dinosaur si Pengendali  kuasa elemental, membuatkannya tersenyum lebar.

    Tak lama kemudian, Boboiboy menguap. "Fang aku nak tidur kat sini, pwease?? Aku tak selesa lah sebilik ngan Gopal. Dia asyik nak jeling aku he dahlah game tu bising." Bebel Boboiboy. "Yelah, tidurlah puas-puas, tapi aku pon nak tidur jugak." Jawab Fang.

   
   Boboiboy mengangguk dan merebahkan dirinya diatas katil empuk milik Fang. Dia dapat merasakan Fang juga baring di sebelahnya dan jantungnya berdegup Kencang. Fang mendekatkan diri kepada Boboiboy dan menyelimutkan dirinya dan Boboiboy. Boboiboy dapat merasakan nafas hangat Fang pada belakang tengkuknya. Naik bulu roma. Dia menanggalkan topinya dan menutup matanya, terlelap dalam dakapan Fang. Tak sabar rasanya nak mulakan permainan ni.

TBC...

Hello, it's me guysss!

Saya tak tahu dah cerita ni menuju ke mana😂  Macam rasa nak tamatkan cerita ni Sekarang je. Rasa-rasanya dalam tiga hingga Lima chapter lagi tamat kot.
Harap-haraplah😑😑😑


Dendam Kami (Boboiboy, Fang and Kaizo)Where stories live. Discover now