END

95 10 0
                                    

BAMM!!

" Kau lepaskan adik aku! ," jerit Trevor apabila dia tersembam di tanah rata itu .

Dia memang tahu ada jalan rahsia oleh kerana itu dia memarahi adiknya agar gadis itu tidak memijak rumah tersebut.

" Kau siapa? ," soal Froy dingin.

" Abang, jangan dekat! ," Bella pula bersuara.

Froy yang mendengar jeritan Bella itu terus tersenyum penuh makna . Dia membuka penutup kepala hoodie yang dipakainya . Wajah tampan miliknya dilihat oleh kedua beradik itu .

" Kau jangan apa-apakan penduduk sini dah , termasuk adik aku . Kau lepaskan dia sekarang ," tegas Trevor .

" Jangan pernah bermain dengan api ," ujar Froy lalu berlari ke arah Trevor .

Pisau rembonya ditikam ke kaki Trevor . Lelaki itu mengerang kesakitan . Froy tertawa sinis, dia kemudiannya menoleh ke arah Bella .

" Hahahaha , kau orang pertama yang akan jadi daging burger aku malam ni ," kata Froy lalu memilih alatannya yang tergantung rapi di dinding.

Trevor tergamam , tadi dia tidak perasan kehadiran beberapa alatan tajam yang tersedia di situ . Tidak dilupakan juga dengan mesin pengisar di hujung bilik bawah tanah itu . Sungguh kejam!

" Kau nak buat apa dengan adik aku? ," soal Trevor kasar , dia cuba bangun dari duduknya .

Persoalannya hanya dibalas dengan senyuman sinis. Lelaki di hadapannya ini memang menghidap masalah mental . Tuhan, selamatkan adik aku!

" Kau jangan sentuh adik aku , Froy ," marah Trevor lagi.

Bella dan Froy memandang serentak ke arah Trevor . Soalan yang sama bermain di minda mereka.

" Adik kau tahu, kau pun tahu? Hahaha, keluarga kau memang hebat ," ujar Froy sinis.

Dia mengambil parang bersaiz besar miliknya lalu berjalan perlahan ke arah Trevor.

" Kau siapa? Kau siapa nak panggil aku dengan nama? Huh, dah sedia nak meratapi pemergian adik kau? ," kata Froy lagi.

Perasaan marah semakin membara di dalam hatinya . Tidak ada sesiapa pun yang mengenalinya tetapi dua beradik di hadapannya ini sepertinya cukup mengenali diri dia . Semua ini mustahil!

" Kau tak kenal aku ke , Froy? ," soal Trevor perlahan.

Langkah Froy terhenti .

" Aku Trevor. Kau tak kenal aku? Froy, kita dulu selalu main bersama dekat taman hujung lorong ni.. Ayah kau dengan Papa aku rapat, Froy.. Takkan kau tak kenal? ," sambung Trevor lagi.

" Tak, ini semua mustahil! Kau bukan Trevor. Trevor yang aku kenal dah mati dua tahun lepas! ," jerit Froy , tangannya memegang kepala.

Dia menggosok kasar rambutnya sehingga serabai . Bella terdiam , gadis itu mengakui Froy seorang yang kacak tetapi kenapa dia memilih jalan itu untuk membalas dendam?

" Aku Trevor Lincoln . Froy, kau kena tahu perkara sebenar sekarang ni supaya keluarga kau dapat hidup tenang di alam sana.. ," ujar Trevor perlahan , cuba berlembut.

" Perkara apa? Kau bagitahu aku, perkara apa lagi yang aku tak tahu? ," Froy terus menerpa ke arah Trevor .

Kepalanya sudah terasa berat, seakan beban semua naik ke kepala.

" Keluarga kau.. D-diorang bukan mati sebab kemalangan ," kata Trevor.

" Apa maksud kau? "

" Diorang mati kena bunuh. Dekat rumah ni, Froy. Papa aku dengan ayah kau rapat, tetapi kerana satu projek yang ayah kau tak luluskan pelaburan.. Papa aku bertindak ganas. Benda tu melibatkan nasib keluarga kami, Froy ," terang Trevor , nadanya terkawal .

CRAILLER ✔Where stories live. Discover now