2

98 13 0
                                    

Seminggu berlalu..

Hari ini merupakan hari sabtu. Bella berbaring di atas katil menghabiskan masanya dengan melayari internet. Pelbagai kertas cetakan bertaburan di atas lantainya.

Semuanya tentang 'The Hoodie Guy'. Setelah melayari internet buat sekian lama, terdapat satu halaman cetakan rahsia yang berjaya ditemui oleh Bella . Halaman itu mengemukakan biodata lelaki berhoodie tersebut.

           " Aku harap aku dapat tengok muka kau , Froy ," ujar Bella lembut .

Froy.. The Hoodie Guy.

Gambar rumah tersebut diusap bagaikan dia sedang mengusap gambar lelaki yang berhoodie itu .

Telefonnya dicapai kemudian dia mendail nombor Que.

           " Plan malam ni jalan ," kata Bella ringkas.

           " ..... "

Dia terus meletakkan telefon , malas mahu berlama . Yang pasti , malam ni projek jalan.

Gadis itu turun dari katil menuju ke arah laci miliknya . Beg galas berwarna kelabu dicapai sebelum beberapa keperluan untuk kerjanya dimasukkan seperti lampu suluh, pisau lipat dan lain-lain.

Dia nekad.

Petang itu, sementara menunggu malam menjelma .. Dia mengambil keputusan untuk berjoging di taman berdekatan rumahnya . Untuk ke taman itu, dia terpaksa melintasi rumah misteri di hujung lorong perumahanny .

Dia berjalan perlahan di hadapan rumah itu . Matanya elok memandang dan mencari pintu keluar masuk agar memudahkan projeknya pada malam nanti .

         " Die, pretty young girl ," suara garau seolah berbisik di telinganya .

Tersentak gadis itu , terbit persoalan di mindanya . Bagaimana suara itu boleh kedengaran sampai sini padahal tidak ada sesiapapun kelihatan?

Bella membatalkan niatnya untuk berjoging , dia kembali ke rumah . Mama dan abangnya tidak kelihatan pada ketika itu . Mungkin mereka pergi ke market untuk cari barang keperluan masakan malam nanti .

Dia juga perasan akan sikap abang dan ibunya seperti merahsiakan sesuatu . Mr. Lincoln iaitu ayahnya sudah lama tidak kelihatan sejak Bella meningkat usia sebelas tahun. Bila ditanya kepada ibu, pasti beliau akan menjawab bahawa ayahnya sedang sibuk bekerja di luar negara.

         1:00 a.m.

Bella turun dari tangga rumahnya dengan lagak pencuri . Dia tidak mahu pergerakannya didengari oleh sesiapa yang ada di dalam rumah .

Dia tahu semua ini amat berisiko . Yang penting, dia dapat melihat wajah sebenar lelaki itu walaupun dia dicederakan . Kematian itu tidak pasti lagi, Bella percaya dengan kewujudan tuhannya.

          " Fuhh, nasib tak kantoi ," ujar Bella setelah berjaya keluar dari rumahnya.

Dia segera berjalan ke arah rumah misteri itu . Langkahnya terhenti apabila sampai di hadapan rumah lelaki berhoodie .

CRAILLER ✔Where stories live. Discover now