Kisah 1

20 4 4
                                    

"GWARGHHHHH!!!"

"Tolong! Tolong!"jerit satu suara wanita bersama tangisan si anak. Wanita itu berlari sambil mendukung anaknya daripada dimakan oleh syaitan.

Bum! Bum! Bum!

Tanah bergegar apabila syaitan itu melompat mengejar mangsanya itu.

"Tolong! Sesiapa tolong!"jerit wanita itu mengharapkan akan ada seseorang menolong dirinya serta anaknya. Kaki terus berlari dan berlari. Tangisan si anak semakin lama semakin kuat.

"Argh!" Secara tidak sengaja wanita itu terjatuh apabila kakinya tersadung batu. Buku lalinya mulai berdarah

"Ibu!"jerit si anak

"Lari nak! Lari"

"Tapi bu.."

"Lari!"wanita itu menolak anaknya memaksa anaknya untuk berlari

Bum! Bum! Bum!

Syaitan itu semakin lama semakin mendekati ke arah mereka berdua.

"Lari!" Tanpa mahu menyusahkan ibunya. Sang anak menuruti arahan ibunya. Dia berlari sekuat hati

"GWARGHHHHH!!"jeritan syaitan itu semakin kuat apabila mangsanya sudah berada di depan mata. Air liurnya mengalir keluar tanpa henti. Si anak berhenti berlari. Dia menoleh kebelakang melihat ibunya yang ketakutan menunggu masa untuk ditelan oleh syaitan.

"Ibu!!!"

SHINGGGGG!!

Tiba-tiba 2 bilah pedang muncul menahan tangan syaitan itu daripada mencakar mangsanya.

"Lari!"jerit remaja itu. Dengan susah payah wanita itu cuba untuk bangun. Si anak pula membantu ibunya berlari sambil meminpin tangan si ibu.

"Hiargh!!"dengan sekuat tenaga. Pemuda itu menolak kedua belah tangan syaitan itu daripada menerkam dirinya menggunakan pedang

Syaitan itu mengamuk apabila mangsanya dapat melarikan diri. Dia menyerang pemuda itu dengan kukunya yang panjang.

ZAPPP!!

ZAPPP!!

ZAPPP!!

Pemuda itu melompat kesana sini untuk mengelakkan dirinya dicakar oleh syaitan itu. Pemuda itu menjarakkan sedikit dirinya daripada syaitan.

Apabila syaitan itu menyerang semula, dia berlari menuju ke arah syaitan lalu tangan kanan syaitan itu mencakar ke arah pemuda itu. Pemuda itu mengelak sekali lagi lalu melompat ke arah dahan pokok berdekatan dan melompat ke atas kepala syaitan itu. Syaitan itu meracau-racau tidak tentu arah. Agar tidak membiarkan dirinya terjatuh,pemuda itu mencengkam kuat bulu syaitan itu sehingga syaitan itu menjerit kesakitan. Tangan syaitan itu mahu memegang pemuda itu tetapi pemuda itu sempat mengelak dengan melompat ke udara. Bagai tahu arah dimana pemuda itu melompat, syaitan itu mendongak ke langit. Mulutnya dibuka seluas luas yang mungkin. Menunggu mangsanya yang baru mendarat di mulutnya.

Tanpa mengelak, pemuda itu terus menjunam masuk ke dalam mulut syaitan itu

"Ngap!"berbunyi syaitan itu apabila menelan pemuda tadi.

Belum sampai satu minit secara tiba-tiba mulut syaitan itu mengeluarkan darah tanpa henti. Terkeluar sebilah pedang dari perut syaitan itu lalu terkeluarlah pemuda yang ditelan oleh syaitan itu tadi. Tangannya dimasukkan semula ke dalam perut syaitan itu untuk mengambil sebilah pedangnya lagi. Kemudian dibelah perut syaitan itu hingga ke hujung ekor. Pemuda itu melompat ke belakang lalu syaitan itu rebah ke tanah menandakan ia sudah mati. Hilanglah syaitan itu dibawa terbang oleh angin lalu dijatuhkan ke dalam sungai.

Kemusnahan Sang Iblis Where stories live. Discover now