Kisah 4

2 0 0
                                    

Cili yang berwarna merah dan hijau itu menghiasi kebun tersebut. Cahaya panas matahari menyinari seluruh isi bumi. Namun itu tidak membuatkan pemuda itu berputus asa.

Souka mengelap peluh. Cili yang ditanam bersama kakaknya dipetik satu persatu.

"Kau tengok budak tu. Dahlah pencuri ada hati mahu berniaga "

"Dasar budak busuk"

"Jijiknya aku nak beli cili dengan budak tu. Baju pun koyak rabak"

"Dasar muka hodoh"

"Kakak cantik tapi pencuri. Dasar miskin tak sedar diri"

Itulah cacian yang didengari Souka setiap kali orang lalu dihadapan kebunnya. Dia sudah lalai dengan mulut orang. Mahu ditampar pun belum tentu diam.

Souka hanya mampu berdiam diri. Lantaklah orang nak kata apa. Baik jahat kakaknya hanya dia yang tahu.

[]

Tap! Tap! Tap! Zap!!

Bagai mahu tercabut Fusuma itu apabila Hyatsuki membukanya.

"Makoto!!" jerit Hyatsuki

"Belakang!" balas Makoto. Tanpa membuang masa Hyatsuki terus berlari kebelakang rumah mendapatkan Makoto

"Ada apa?" soal Makoto

"Makoto aku naik pangkat! Aku dapat misi baru! Kalau aku berjaya kita jadi kaya raya!" jerit Hyatsuki gembira. Sakura yang sedang membersihkan halaman rumah terus mencuri dengar perbualan mereka berdua apabila mendengar perkataan 'kaya raya'.

  "Jadi sekarang kau dapat gelaran Bushi Musha? Misi  peringkat B hingga A?"

   "Ya! Misi kali ini peringkat A. Kalau dapat selesaikan kita dapat 500 syiling emas"

  "Bapak dia 500 syiling emas. Itu kalau laburkan dekat kebun cili aku. Silap haribulan boleh jadi emas cili aku. Kaya betul" bebel Sakura sendirian.

  "Apa misi dia?" soal Makoto ingin tahu

  "Hapuskan iblis yang berada di Gunung Berdarah"

  "Iblis Gunung Berdarah? Kenapa dekat Gunung Berdarah?"

   "Kata Ketua, ramai syaitan disitu. Kemungkinan kalau dihapuskan, maka iblis yang menyerang penduduk akan berkurangan"

   "Takkan kau sorang je? Dasyat betul peningkatannya kau sampai dapat misi rank A terus. Ganjaran dia bukan main besar lagi"kagum Makoto melihat prestasi kawannya itu

   "Ada beberapa orang yang ketua dah hantar. Tapi aku paling last gerak. Kata ketua boleh bawak pasangan tapi seorang saja. Tapi pasangan tu mesti pakar dalam bela diri ataupun senjata. Jadi aku ingat nak bawa kau"jelas Hyatsuki. Makoto hanya tersengih

   "Aku rasa ada orang yang lagi layak dari aku. Tentu ketua kau terus setuju bila tengok cara dia bertarung"Hyatsuki kehairanan. Siapa pula kenalan Makoto yang hebat sangat tu. Tak pernah pula dia tau

   "Siapa?"soal Hyatsuki

   "Kau toleh belakang. Nanti kau nampak makhluk papan tu" Hyatsuki terus menoleh kebelakang. Tak percaya apa yang dimaksudkan Makoto itu adalah Sakura. Sakura pula hanya tersengih menampakkan gigi dia yang putih serta membuat peace.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kemusnahan Sang Iblis Where stories live. Discover now