Di sebuah negara, seorang Perdana Menteri diundang menghadiri majlis perasmian kilang kereta mewah yang baru dibina.
Selepas acara perasmian selesai, pengarah kilang tersebut berbual dengan Perdana Menteri. "Tuan, satu penghormatan kerana pihak kami akan memberikan sebuah kereta terbaru dari kilang kami kepada tuan."
"Maaf, saya tak boleh menerimanya." Perdana Menteri menolak dengan baik. "Jangan risau, ini cuma hadiah dari syarikat kami."Sang pengarah tetap berkeras mahu menghadiahkan kereta. "Saya faham." Jawab Perdana Menteri, "Tetapi saya tidak boleh menerima pemberian ini."
Namun pengarah itu tetap berkeras. Ahirnya Perdana Menteri mengalah, "Sebab nak bagi juga, saya akan terima. Tapi saya tak boleh terima secara percuma. Saya akan beli. Berapa harga untuk sebuah kereta ni?"
Pengarah tadi berfikir sejenak, kemudian berkata, "Baiklah, tuan perlu bayar lima dolar sahaja." Perdana Menteri menyeluk poket lalu mengeluarkan not seratus dolar. Duit tadi diserahkan kepada pengarah.
"Maaf. Tapi saya tak ada duit kecil untuk kembalikan baki," Jelas pengarah. Perdana Menteri tersenyum dan berkata, "Oh tak mengapa.Saya akan beli dua puluh buah kereta."
YOU ARE READING
A Random One......
RandomJadi..... ni adalahCerita atau apa apa aje.... Bukan dari aku.... Tapi aku terbaca dari blog , Apps.... Jutaan penghargaan aku berikan kepada penulis asal....... Ni kali pertama aku menulis.... Disebabkan cerita ni aku copy.... genre dia akan berca...