Hari itu, Zarina sangat gembira kerana akhirnya hari yang ditunggu-tunggu untuk mendiami rumah baru sudah semakin hampir. Kegembiraannya itu dapat dilihat dari raut wajahnya yang tidak putus-putus mengukir senyuman. Apabila ditanya, jawapannya hanyalah, "Impian sudah tercapai!"
Hari yang ditunggu pun tiba. Zarina begitu bersemangat untuk mendiami kondominium yang terletak di Mount Kiara itu. Zarina tidak kisah untuk berpindah tanpa ditemani sesiapa kerana dia hanya perlu beg pakaian sahaja. Ini kerana kondo itu sudah dilengkapi dengan perabot. Saat kakinya melangkah masuk ke kondo, mata Zarina terpaku. Cantik!!
Hiasan dalaman di ruang tamu kondo itu nyata memikat hati Zarina. Ternyata pilihannya tepat. Seterusnya, Zarina melangkah ke bilik tidur. Sekali lagi matanya terpesona. Bertuah sungguh rasanya kerana semuanya lengkap, ada katil, almari dan meja solek. Meja untuk menulis pun ada!
"Bagus betul tuan rumah ni," bisik Zarina sambil berlegar-legar di bilik tidur utama. Namun langkah Zarina terhenti saat matanya terpandang cermin besar yang terdapat di dalam bilik air. Bagaikan ada tarikan yang membawa langkah Zarina mendekati cermin itu. Berbentuk bujur, mempunyai ukiran seperti bunga di bahagian tepi menampakkan sisi klasik cermin tersebut. "Suka cermin ni. Saiznya agak besar daripada cermin biasa, boleh nampak satu badan. Senang nanti nak pilih baju untuk pergi kerja," monolog Zarina sendirian.
Bagaimanapun, peristiwa ganjil yang berlaku di kondo itu memang diluar jangkaan Zarina. Gangguan bermula pada malam pertama sewaktu Zarina tidur di kondo tersebut. Bagaikan ada yang tidak kena. Bau busuk yang dihidunya sejak dari waktu Asar masih tidak hilang. " Bau busuk apa ni? Macam bau tahi pun ada. Dari siang tadi tak hilang. Ish..... Musykil sungguh," rungut Zarina mencari-cari punca bau busuk di setiap pelosok rumah. Tapi Zarina gagal mencari puncanya.
Rumah ni memang bersih. Mana pulak datang bau busuk ni? Zarina pun bertambah hairanlah sebab bau tu makin lama makin busuk dan mebuatkan dia tak selesa. Rasa loya dan bau hanyir pun ada. Zarina mula rasa tidak sedap hati. Lebih-lebih lagi dia tinggal berseorangan. Ini membuatkan hatinya lebih berdebar. Namun dia gagahkan diri untuk membaca ayat Kursi kerana itu sememangnya amalan Zarina sebelum tidur.
Seminggu berlalu, bau busuk masih tidak hilang. Hampir setiap hari bau itu mengganggu Zarina sehingga memaksa dia memakai mask. Kejadian misteri di kondo itu tidak berhenti setakat bau busuk sahaja. Ia turut berkaitan dengan cermin misteri yang berada di dalam tandas kondo tersebut. Zariana dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin ini, sebab hampir setiap kali dia melihat cermin, ada bayangan seorang wanita berdiri di sebelahnya.
Walaupun agak kabur, namun Zarina dapat melihat wanita itu memakai kebaya putih dan memandang tepat ke arahnya. Pernah juga dia mengalihkan cermin itu dan menyimpannya di dalam stor tetapi sekali lagi Zarina terkejut apabila cermin misteri itu boleh berada di tempat asal tadi!! Fuhhh!!! Lama dia beristighfar. Sukar untuk Zarina percaya dengan apa yang dialaminya. Tak cukup dengan itu, ada kalanya kedengaran suara wanita menjerit ataupun merintih dari tandas itu.
Sewaktu Zarina tersedar pada tengah malam dan mahu ke tandas, Zarina dapati bahagian tepi cermin itu keluar darah. Darah itu bukan seperti darah merah biasa yang biasa kita lihat, ia berwarna kehitaman. Dengan baunya yang hanyir, seolah-olah cermin itu bernyawa. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri itu, dia pulang ke rumah ibunya di Kepong.
Acap kali Zarina bermimpi didatangi wanita berkebaya putih. Cantik tetapi raut wajahnya kelihatan sedih. Matanya redup. Seakan-akan ingin menyampaikan sesuatu pada Zarina. Dalam mimpi itu, Zarina cuba untuk bertanyakan kenapa wanita itu sedih. Kemudian secara tiba-tiba, Zarina sesak nafas. Seolah-olah dicekik. Nasib baik tak lama kerana azan Subuh membawa Zarina ke alam realiti. Tapi di leher Zarina ada tanda lebam yang besar yang menunjukkan ada tangan seseorang mencekik dengan kuat.
Setelah lebih dua bulan mengalami peristiwa aneh itu, Zarina ditimpa penyakit misteri. Puas ibunya membawa Zarina berjumpa doktor, namun tidak ketemu juga jawannya. Paling terkesan, selepas dia berpindah balik ke rumah ibunya,Zarina mengalami perubahan yang mendadak. Zarina menjadi pendiam, murung dan cepat marah. Muka makin cengkung. Jika dahulu Zarina adalah wanita yang sentiasa bersiap, bibir sentiasa dicalit lipstik. Ibaranya takkan keluar rumah kalau bibir tak merah.
Kadang-kadang ada juga dia bercakap-cakap seorang diri. Seolah-olah ada orang lain yang ada di depan dia. Akibat daripada sikap ganjil itu, Zarina diberhentikan kerja. Zarina sentiasa menangis seorang diri. Seperti anak kecil yang merengek. Yang paling teruk, Zarina pernah mengamuk macam otang gila dan sering menyebut, " Aku takut tengok cermin tu lah!! Jauhkan aku dari cermin tu!! Jangan seksa aku!!"
Badan Zarina juga ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya. Ibu Zarina menangis melihat keaadan anak tunggalnya itu. Terseksa! Bisul-bisul bernanah dan berwarna merah. Ada yang pecah kerana ditekan Zarina. Meleleh-leleh nanah keluar dari badannya . Keadaan Zarina yang sering meracau memaksa ibunya berikhtiar untuk berubat, tetapi semua gagal. Setelah berusaha dengan pelbagai rawatan alternatif, seorang ustaz berjaya menyembuhkan kembali sakit Zarina.
Alhamdulillah, keadaan Zarina semakin pulih dan dia menjalani kehidupan seperti biasa, cuma masih takut lagi dengan cermin yang ada. Dia akan pastikan rumahnya tidak ada cermin dan jarang sekali dia melihat cermin di mana-mana. Mengenai jelmaan wanita berkebaya putih yang pernah muncul di kondo yang didiaminya, Zarina seakan-akan termenung seketika dan seperti berada di alam khayalan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya bertanyakan hal itu.
Kini, wajah Zarina kembali bercahaya. Walaupun parut bisul itu masih lagi belum hilang tetapi proses pemulihan Zarina semakin memberangsangkan. Ibunya tidak lagi membenarkan Zarina kembali tinggal seorang diri. Kejadian misteri yang dialaminya itu membuatkan dirinya dalam keadaan trauma!!!
YOU ARE READING
A Random One......
RandomJadi..... ni adalahCerita atau apa apa aje.... Bukan dari aku.... Tapi aku terbaca dari blog , Apps.... Jutaan penghargaan aku berikan kepada penulis asal....... Ni kali pertama aku menulis.... Disebabkan cerita ni aku copy.... genre dia akan berca...