Prolog

66 1 0
                                    

Bencana Alam yang melanda seluruh muka bumi ini berlaku dengan kehendak dan kuasa Maha pencipta Tuhan seluruh alam semesta - ALLAH SWT (Subhanahu Wa Ta'ala).


"Ia diturunkan bersebab dan kau orang jangan cuba untuk menyangkal akan setiap apa yang terjadi ini dengan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran  Tuhan kamu."

"Tapi bukankah ini semua berlaku secara tiba-tiba? Kenapa sekarang ia berlaku dan bukannya tahun depan atau sekurang-kurangnya esok atau lusa?"

"Apa kau ingat kematian dan kemusnahan yang telah terjadi ini adalah ketentuan kau? Dengar sini! Tiada seorang manusia pun yang tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Ia telah ditentukan oleh Tuhan kamu sejak dari dulu lagi. Ia tertulis pada QADA dan QADAR. Manusia lemah seperti kita hanya hambanya. Menurut perintah dan mentaatinya sepanjang zaman. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini adalah amaran darinya buat kita yang berdosa. Mungkin ini juga adalah janjinya yang terdahulu, yang telah diceritakan di dalam kitab sucinya AL-QURAN."

"Tapi... Kenapa... Mengapa... Aku masih mahu hidup. Aku masih ada perkara yang belum selesai. Aku juga masih belum..."

"Cukuplah kau mempersoalkan semua itu. Apa yang terjadi tidak boleh diundurkan semula. Apa yang penting kita kena berikhtiar untuk hidup sekarang. Mungkin ada sesuatu diluar sana menunggu kita. Kita berserlah pada takdir dan ketentuan ilahi. Kita cuba usahakan apa yang kita mampu dan serahkan semua persoalan itu kepada mereka yang BERILMU."


Maka berlalu lah dua orang manusia itu menuju ke arah yang mereka berharap dapat memperbaiki kehidupan mereka pada masa kini. Satu pengharapan yang amat sukar dan memerlukan kekuatan yang cukup kuat dan kesabaran untuk menghadapinya. Sesungguhnya mereka amat menyesal dengan apa yang terjadi namun mereka sudah tersingkir dari kehidupan mereka yang terdahulu yang banyak dikelilingi dengan keceriaan dan kebahagian. Penuh gelak tawa dan mereka terlupa dan terus lalai pada Tuhan dan kini takdir mereka adalah untuk hidup dalam batasan. Hanya menunggu masa... AKHIR


MALAPETAKA - AKHIRWhere stories live. Discover now