BAB 1 -Narisa

26 1 0
                                    

"Terkadang, cinta memang sangat membingungkan. Terkadang, dengan perlahan cinta membuat perasaan kita menjadi dan semakin lelah dengan sendirinya"

Ayat cinta tersebut di tulis di dalam buku diary milik Arisa sendiri dengan tulisan yang cantik dan halus

Dengan perlahan-lahan dia meletakkan pen dan di tutup buku tersebut. Tangan mula mencapai telefon bimbit

suasana yang sunyi dan tenang adalah peluang terbesar untuk Arisa tengok tempat-tempat menarik Turkey dari kaca skrin telefon

"cappadocia!!!!!!! Tolong aku Ya Allah, sampai kan hajat aku nak pergi naik" ucapnya di dalam hati

"Arisa....."

"Arisaaaaaa..."

"Narisa Kato!"

satu suara dari sebelah kiri memanggil-manggil namanya dengan lantang

Tergemam Arisa melihat kehadiran Pengetua sekolah berdiri memanggilnya beberapa kali yang mana sama sekali tidak di dengari langsung disebabkan lalai melihat gambar-gambar di skrin telefon

"ye.... ye pengetua?"

"ni dah pukul berapa kenapa tak masuk bilik mesyuarat lagi?" - Pengetua

"maaf pengetua, saya tak perasan"

balas Arisa lalu segera mencapai buku nota kecil serta pen untuk dibawa ke bilik mesyuarat

"Tadi dah pesan ada meeting, lalai lah tu" sindir salah seorang rakan lelaki sekerjanya bernama Cikgu Kay

Arisa hanya tersenyum malu dan lekas-lekas duduk di sebelah Cikgu Kay

setelah habis mesyuarat, Kay menunggunya di luar pintu

"kau ni okay ke tak? dari hari tu je aku tengok senyum-senyum dekat meja" tanya Kay, sebaik saja mereka berdua beriring keluar dari bilik mesyuarat

"Adalah tu... dah lah aku nak pergi masuk kelas, kau tu takde benda lain ke nak buat?" - Arisa

"Waktu aku mengajar lewat sikit. Boleh lah duduk termenung senyum-senyum macam kau lepasni" gurau Cikgu Kay

Arisa hanya memandangnya dengan serius lalu segera pergi dari tempat tersebut

"Serius-serius ada makna lah tu" ucap Kay lalu tertawa

........................
6:00PM

"Risa dah balik mak" jeritan lembut Arisa mengusai seluruh ruang rumah sebaik saja dia sampai kerja

tetapi jeritannya di sambut oleh adiknya, Zara

Si kembar Zara dan Tia adalah adik tiri kepada Arisa dan hubungan mereka sangatlah rapat.

"mak jalan dengan Tia dari petang lagi" -Zara

"pergi mana?" - Arisa

"kan mak nak settle loan untuk Tia~ ......."

belum sempat Zara habiskan percakapannya Arisa terus mematikannya

"asal mak tak bagitahu akak pasal ni?! akak dah pesan jangan loan, Jangan! si Tia ni kenapa degil sangat tak dengar cakap akak!"

Dia terus mencapai telefon di beg dan berterus terusan menelefon Ibunya iaitu Mak Mah tetapi tidak di angkat

melihat saja perbuatan Arisa, Zara pula mula mencapai telefonnya dan menghantar pesanan tex kepada Kembarnya, Tia

Akak dah naik angin, balik cepat - pesanan tex Zara

beberapa jam kemudian, Mak Mah dan Tia tiba di rumah, Arisa yang duduk di sofa segera berdiri dan mula membuka suara

"tu apa mak" tanya nya serius lalu menunjuk ke arah kertas document di genggam oleh Mak Mah

dia kemudian mencapai kertas tersebut lalu di bacanya

"tak boleh ke belajar dekat situ? nak belajar pergi australia buat apa! kita takde duit sebanyak ni nak bayar lah Tia!" marah Arisa

Tia hanya tunduk terdiam

"takpe lah, kamu tak payah risau biar mak je yang uruskan nanti" pujuk Mak Mah dengan tenang

"mak, mak dah takde duit nak bayar sebanyak ni. mana mak nak cari duit? Risa boleh tolong kalau Adik belajar kat situ. kalau kat luar tak boleh, duit Risa tak cukup"

"nak fikir insurance lagi, sewa bilik, makan minum si Tia kat sana siapa nak tanggung? belum lagi yuran universiti apa, siapa nak bayar?" - Arisa

Tia cuma dian tanpa berkata apa apa terus berlalu pergi ke bilik

"tengok tu! orang cakap tak nak dengar. pergi macam tu je. Di manjakan sangat sampai naik kepala mcm tu!" - marah Arisa

"dah lah tu.... bagi dia masa untuk fikir" - Mak Mah

"banyak dah masa bagi dia fikir mak, sampai ni dia tak fikirkan kita.. tak fikirkan kehidupan kita macam mana"

"kalau Risa kerja stabil Risa boleh tolong sikit-sikit, ni setakat kerja guru tadika , gaji cukup-cukup makan je"

marah Arisa. Dengan merasa geram dia meletakkan kertas tersebut di atas meja dan berlalu pergi

Zara berdiri di tengah-tengah cuba mengekori kakaknya dengan pantas

"akak, Zara cuba cakap dengan Tia nanti. akak jangan lah marah-marah macam ni, kalau hari-hari macam ni kesian mak" - Zara

"kamu cakap lah 100 kali dekat dia, dia mesti paksa mak untuk loan tu, kalau Zara nak tahu! Our mak will do everything for her" - Arisa

Arisa terlalu marah dengan sikap adiknya yang degil dan mementingkan diri sendiri. dalam keluarga Arisa, hanya Arisa dan ibunya saja lah sumber kawangan keluarga.

Mak Mah berkerja sebagai penolong tukang masak. sebelum ni Mak Mah tidak pernah ada masaalah kawangan tetapi setelah bercerai dengan Ayah Tirinya, kawangannya semua habis untuk bayar bil rumah dan kereta bekas miliki Ayah tirinya.

Zara pula masih belajar di Universiti malaysia dan hanya kerja sambilan business online shop

Tia juga seperti Zara, tetapi bila dia mendapat peluang untuk belajar di luar negara dengan syarat membayar biasiswa sendiri membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajarannya, tetapi semangatnya mula tersangkut bila Kakaknya Arisa marah dengan hajat Atia. Seolah-olah Tia menambah kesudahan keluarganya jika Mak Mah setuju untuk membayar biasiswanya

Indahnya Gadis Bernama KatoWhere stories live. Discover now