TEASER 01

704 75 19
                                    

SUASANA malam yang indah dan nyaman menarik perhatianku untuk 'bersiar-siar'. Udara segar ditarik dalam-dalam memenuhi ruang dada. Kaki melangkah memasuki hutan simpanan iaitu Hutan Isskyer yang dijaga rapi oleh pihak perhutanan di negara Wolke ini. Hutan Isskyer telah diharamkan daripada memasukinya.

Tetapi, hanya aku, yang tidak pernah patuh dengan undang-undang hutan ini. Aku melangkah dan terus melangkah tanpa memikirkan keselamatan yang bakal menjadi sasaran binatang buas. Lampu suluh yang berada dalam pegangan tidak dinyalakan. Aku sudah terbiasa dengan kegelapan.

Hutan Isskyer bukan seperti Hutan Ijswolken dan Hutan Nuvola yang ada di Wolke ini. Aku gelarkan hutan ini sebagai 'Hutan Kegelapan' kerana apa yang dilihat oleh orang luar semuanya indah. Di mata aku, semuanya menggelapkan dunia aku.

Menggelapkan.

Tujuan aku menceroboh Hutan Isskyer juga dengan tujuan yang sama seperti lapan tahun lepas. Cuma, kali ini aku bersendirian.

Hutan ini sebenarnya milik salah seorang bangsawan di Wolke tetapi telah diberikan kepercayaan kepada pihak perhutanan untuk menjaganya. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sini juga semuanya cantik. Cantik dan unik. Banyak tumbuhan yang pelik-pelik yang aku sendiri tidak tahu namanya. Bukan bentuknya saja yang pelik, nama juga susah untuk disebut.

Aku meneruskan langkah dengan berani. Aku tidak peduli jika ada serang hendap ke atas aku kerana ilmu pertahanan yang telah dididik oleh ayahanda sentiasa diamalkan setiap kali membawa diri ke dalam hutan ini.

Bunyi pijakan kayu dari belakang mengejutkan aku. Aku cepat-cepat sembunyi di belakang pohon besar. Aku tidak takut, cuma aku tidak mahu kelibat aku dilihat oleh sesiapa.

Mata cuba diliarkan untuk mengetahui gerangan yang memijak kayu sebentar tadi. Namun, tiada kelibat sesiapa yang ada di dalam hutan ini.

Hanya aku. Di sini. Seorang diri.

Namun, apabila teringatkan tentang kewujudan binatang buas di dalam hutan ini, aku mula ketakutan. Dada mula berombak kuat. Aku takut jika ada binatang buas yang tinggal di dalam hutan ini menyerang aku. Lagi. Aku masih ingat kejadian yang berlaku di dalam Hutan Isskyer. Mengerikan.

Oh shit! Aku kena tarik balik kata-kata berlagak aku tadi.

Prak!

Aku berpaling laju ke arah kanan apabila bunyi pijakan kayu itu kedengaran lagi. Aku yakin. Ada seseorang turut bersama aku di sini. Tapi aku masih tidak tahu siapa gerangannya. Bunyi ngauman yang kuat dari sebelah utara hutan ini mengejutkan aku. Mulut ditekup kuat. Aku tidak mahu sebarang jeritan terkeluar daripada mulutku.

Jangan...

Tunggu Rosa!

Aku mahu berlari tetapi bunyi pijakan itu semakin mendekat dan kuat. Mulut aku tekup. Aku takut sekiranya kewujudan aku dapat dihidu olehnya.

Nafas ditahan. Lama.

Perut aku mula bergelora. Aku nak muntah namun ditahan. Aku selalu begini jika terlalu takut dan panik. Aku cuba mengecilkan badan aku di sebalik pokok besar di belakangku. Mata meliar ke sekitar kawasan hutan ini. Bunyi pijakan kayu tadi menghilang entah ke mana.

Apabila pijakan tadi sudah hilang dan jauh dari radar, aku berhajat ingin meneruskan perjalanan yang tergendala. Namun...

Aku tersentak. Kaki aku terkaku.

Nafas kuat di telinga dari belakang menghentikan pergerakan aku. Air liur ditelan kesat. Mata dipejam rapat.

Kedudukan kami terlalu rapat. Aku masih tidak tahu di belakang aku manusia ataupun binatang. Bauan yang kuat menyesakkan pernafasan aku. Woody aromatic. Aku cuba menahan nafas lagi. Bauannya terlalu kuat sehinggakan aku seakan ketagih mahu menghidunya.

The Golden Eyes [TERBIT]Where stories live. Discover now