TEASER 02

410 57 4
                                    

SUDAH empat hari aku tinggal di sini. Dan sudah dua hari juga aku tidak berjumpa dengannya. Aku hanya berkurung di dalam bilik tanpa menyentuh apa-apa makanan yang telah dihantar ke bilik ini. Sehingga hari ini, aku masih tidak mengetahui nama lelaki bermata emas itu. Sudah puas aku bertanya pekerja di sini namun mereka menjawab dengan gelengan.

Mahal sangat ke nama lelaki itu sampai tak ada sesiapa pun yang berani menyebut namanya di dalam rumah ini?

Sesungguhnya, aku teruja berjumpa dengan orang yang mempunyai ciri fizikal yang pelik daripada aku. Contoh terdekatnya, lelaki yang sedang berenang di dalam kolam yang berada di hadapan aku ini. Aku terpaksa menemaninya berenang pada petang ini. Aku juga disekat memasuki kebun olehnya. Katanya, aku akan menghabiskan semua buah-buahannya nanti.

Kedekut!

Disebabkan peristiwa itu, aku sudah tidak menjejakkan kaki aku ke kebun milik lelaki itu. Aku juga mogok untuk tidak makan. Puas dipujuk oleh Felicia, gadis yang menghantar pakaian kepada aku pada hari pertama aku berada di sini. Hanya dia seorang yang boleh berbicara dalam bahasa melayu. Namun, aku tetap menolak pujukannya.

Aku juga melarikan diri ke bilik tamu yang kosong. Jauh dari bilik lelaki itu. Aku ingin menjauhi lelaki itu. Aku tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Ada juga aku cuba melarikan diri daripada rumah mewah ini tetapi pintu rumah ini tidak dapat dibuka.

Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat membukanya kerana semua pintu yang ada di rumah ini menggunakan finger print dan kad yang tergantung di leher pekerja di sini sahaja. Itu pun bukan semua pekerja yang ada.

Aku tersedar.

Renjisan air pada muka aku disapu. Aku memandang geram ke arah lelaki itu. Dia dengan tidak rasa bersalah hanya tersengih menayang giginya yang putih bersih itu lalu meletakkan dagunya pada permukaan kolam renang itu. Senyuman masih munculkan diri pada bibir itu.

Sabar Nadine, sabar.

"Hey. Do you want to join me?" ajakannya dibalas dengan jelingan.

Aku tiada masa untuk berenang bersamanya. Walaupun aku suka berenang tapi melihat keadaan dirinya yang separuh bogel mematikan niat aku.

"Kenapa awak nak ajak saya? Saya tak ada hak untuk sentuh barang awak. Jadi, awak tak perlu susah-susah ajak saya. Terima kasih." Selepas sahaja aku bersuara terus aku bangkit dari kerusi rehat. Aku ingin pergi dari sini.

Dia yang lihat aku bangkit pantas saja keluar dari kolam. Tuala yang dihulur oleh pembantunya kepada aku hanya dipandang. Aku tidak ada rasa mahu mengambilnya.

"Hey, Hase," Dia menarik tangan aku. Badannya yang basah tanpa ditutupi oleh tuala membuatkan dia kelihatan lebih seksi. Aku terus menggelengkan kepala apabila fikiran aku sudah melalut.

"My name is Nadine, not Hase!" Aku merentap lengan kasar. Kulitnya terlalu bahaya untuk menyentuh kulit aku. Cukuplah dia sudah merampas ciuman pertama aku. Aku tak mahu diri aku terbabas lagi. Aku tak sanggup.

"But you're my Hase."

"Since when?" Aku memberikan senyuman sinis kepadanya. Pembantu yang berada tidak jauh dari kami menundukkan wajahnya.

"Gabrielle. Leave us." Pembantu yang bernama Gabrielle terus bergegas melarikan diri dari sini. Mukanya pucat dan ketakutan.

"Hey," Dia memanggil aku lembut.

Mungkin mahu memujuk aku. Dia menarik dagu aku supaya memandangnya akan tetapi aku melarikan mata ke arah kolam renang. Aku tidak mahu memandang mata emas itu. Terlalu bahaya untuk dipandang.

The Golden Eyes [TERBIT]Where stories live. Discover now