Harini, dah masuk seminggu budak ii ni ajak aku main Ouija lagi, aku makin bosan dah dengan pujuk rayu diorang. Harley pun dah seminggu jugak tak datang. Cikgu pun asyik tanya dan akan dibalas tak tahu.
Dan harini, cikgu bagitahu yang kami akan ikut perkhemahan unit beruniform. Macam biasa satu kelas aku akan join sekali. Yang lain aku tak tahulah(kelas lain).
Siap pasang khemah, aku duduk dekat depan unggun api jap, kiteorang buat dekat padang yang memang dekat dengan hutan semua. Terus budak ii ni ajak dekat dengan aku.
"Qish, kita main Ouija jum" ajak Joey.
"Sia tia mahu bah, kanapa bah kamu semua ni... Paksa ii sia, sia panat panat. Kamu fahamkah?" Jawab aku.
"Qish, kita kana main jugak.. Kau tahukah, sia tia buleh tidur sabab hantu tu, dia kacau sia dia mau darah.." ngadu Joey.
"Kami jugak" sahut Shikin. Aku terus pandang air muka diorang macam kesian je jadi aku pun setujulah kali ni.
"Di mana ni?" Soal aku.
"Joey kata di kalas" balas Fify
"Gilak ka apa? Jauh binyai" kata ku sebab bangunan tu jauh dari padang dan kelas kami tingkat lima! Takkan nak pergi situ.
"Habis tu di mana lagi? Situ sajalah tiada urang" soal Joey.
"Di dewan tu sajalah"
"Nanti ada security tu macam mana? Kita tak boleh kana kacau" kata Shikin
"Bah jadi macam mana ni?" Soal aku pulak😂
"Aduiiiii, sia rasa di kalas sajalah sanang" kata Joey. Dan aku pun setuju.
Tepat jam 11malam aku pun keluar dari khemah yang berkongsi dengan Fify. Sama ii lah kami keluar sweet ii pula😂. Joey dengan Shikin pun ada sudah di depan khemah kami. Masing ii bawak lampu picit, Fify dengan Shikin bawak telefon. Aku tidak pula😅 sebab lowbatt.. kiteorang pun jalan sama ii nak naik tangga ni yang sekian lama berjalan menuju ke banggunan C ni. Uuu Seram pula aku tengok gelap.
Sampai je dekat depan tangga ni, boleh bermangga pula😠. Nak taknak kiteorang pun pergilah naik tangga yang jauh dekat dengan hutan belukar yang memang senyap nak mampu sunyi dan suram yang kalau naik akan sampai di toilet aku cite tadi.
"Sia takut bah..." kata Shikin. Kiteorang suruh dia diam je.
Sampailah di kelas, kiteorang terus pasang lampu.. Dan terus siap ii kan barang tu, aku cuma cover line dekat luar kelas yang memang lorong gelap gelita ah.. cuma kelas kiteorng je yang berlampu kang nanti ade orang susah pulak nampak lampu dekat atas. Masa aku nak masuk tu, aku terpandang au lorong aku jugak hujung sana yang dekat toilet tu, macam ada benda putih lambai aku, even gelap en, still boleh nampaklah benda putih macam kain tak silap aku. Meremang badan aku terus aku lari masuk kelas.
"Sudah, jum mula.." kata Joey. Kiteorang pun mula. Aku pula dah tak sedap hati.
"Spirit ii of the coin are you here?". Dengan tiba ii benda tu gerak ke perkataan 'yes'.
"Spirit ii of the coin, what you want?" Soal Joey.
-B.L.O.O.D- kayu tu gerak dekat setiap huruf tu, dan mulalah kiteorang bincang nak bagi darah siapa.
"Siapa yang mau bagi darah ni?" Soal Joey. Aku diam je.
"Kaulah Qish.. Bulehkan?" Tawar Joey.
"Kanapa sia pulak? Kau sajalah" Jawab aku. Dah memasing bising, tiba ii macam bunyi orang nak naik tangga.
"Sia rasa baik tutup lampu" kata Joey lepas tu terus dia lepaskan jari dia dari kayu tu. Baru je dia nak tutup lampu, lampu tu dah tertutup sendiri. Aku dengan kawan ii terkejut tapi masih tak lepas dari kayu tu. Tiba ii Joey macam jatuh terbaring, kot? Jari aku mula rasa panas gile sama dengan kawan ii aku tu. Fify pun lepaskan terus dia amik pisau kelar tangan dia dan darah mengalir banyak dekat papan Ouija tu. Aku dengan Shikin terkejut. Lampu kedip ii. Kiteorang nampak Joey macam kena rasuk dah, kiteorang bertiga terus pergi dekat dengan Joey tapi Joey tepis kuat. Serius seram masa tu. Dan yang paling seram, aku dengan Fify terpandang Harley tergantung dekat tali yang tergantung dengan bumbung betul ii dekat atas kepala kiteorang masa main Ouija tadi. Aku macam nak nangis tapi aku banyak ii baca doa. Tapi terabur semua doa al-fatihah doa makan doa wuduk semua aku baca. Dah takut sangat. Harley tu terus bergerak dekat dengan kiteorang.. Shikin dah mula nangis dan kiteorang terua berpelukan. Joey pun ketawa mengekek-ngekek serius macam pontianak. Dan alhamdulillah , masa tu, ramai ada dekat situ. Ustaz juga ada dan mula baca doa semua. Kiteorang lari sebelah budak ii ni. Mulalah ustaz buat semuanya untuk baik pulih keadaan. Dan selesai aku terus di hantar dekat rumah seorang ustaz yang memang ubat orang. Jadi, aku di ubat malam tu, dan ayah aku di panggil untuk berada di situ sekali. Budak ii semua dah kemas untuk balik sebab takut apa ii jadi.
Sepanjang aku diubat. Aku cuma mampu tengok apa diorang buat je. Tak mampu buat apa, nak bangun ke apa ayah aku yang tolong(abang pun ada). Habis je, aku kena bagi minum air Yasin. Lepas tu kena jumpa Joey, Shikin dan Fify.
"Korang dah berubat?" Soal aku.
"Kau tahuka? Kami tia join camping dengan kau tau.. Main Oiuja yang dekat kelas tadi, kiteorang tia ikut." Kata Joey.
"Apa kamu merepek ni?" Soal aku
"Iya betul, kau tengok tangan kau ni.." kata Fify tunjukkan tangan aku. Bekas kelar yang agak dalam jugaklah.
"Tadi, durang semua yang naik kalas bilang nampak kau sudah duduk di pintu kelas mencangkung dan kau mengilai" kata Joey.
"Mana ada, kamu urangkan ada sekali"
"Tiada bah.. Kau kelar tangan kaukan? Lepas tu kasi latak di papan Ouija tu" kata Shikin. Aku diam je, nak kata tak tamgan aku yang ada bekas kelar bukan tangan Fify.
Keesokan harinya....
Aku pun pergi sekolah macam biasalah, semua oramg tengok aku macam apa. Jadi, aku pun lek ii jelah. Aku tak jumpa pun Harley, aku still diam. Ramai juga tanya aku pasal semalam. Dan saat aku jumpa cikgu Halim guru yang kawal budak camping semalam bagitahu cerita sebenar dekat aku.Sebenarnya, semalam aku kena rasuk dengan hantunya Harley. Harley sebenarnye dah bunuh diri dekat kelas kiteorang masa malam ii tu. Aku tak tahulah dia datang dengan siapa.. Jadi, aku diam je. Dan masa Joey, Fify dan Shikin cakap dengan aku tu.. sebenarnye tak ada pun, yang hasut aku tulah Harley ajak main lagi. Tapi bukan aku sorang je kena, Joey, Fify dan Shikin pun kena. Tapi diorang tak buat macama ku malam tulah. Diorang takut nak join camping.. Dan akulah yang ikut camping dan aku serahkan darah aku pada hantu yang lapar nak mampos kot?😂 Harley masih tak dapat di kesan. Jadi, malam tu, aku nampak bayangan dia tergantung. Mayat dia jumpa dekat toilet yang aku kata berhantu tu.. Harley datang dengan kawan ii dia yang sekolah menengah(lelaki 2 dengan 2perempuan) diorang datang nak cuba main Ouija dekat kelas kiteorang. Dah Harley ni seksi, kot lh? Lelaki ni cuba main ii dengan dia. Yang dua perempuan ni pulak pergi tandas. Harley di katakan di rogol. Jadi, lepas je nama Harley dekat Ouija tu, dia balik je dia tahu dia ngandung 2bulan jadi dia ambik keputusan bunuh diri. Aku pun terkejut jugak kawan aku mengandung. Aku nangis sebab nasib kawan aku macam tu. Harley ialah kawan baik aku.. kawan terbaik aku.. aku cuma tak nak ngaku je.. Dia terlalu baik dengan aku, tapi tulah, aku ni benci dekat dia tak ada sebab.. Maafkan aku, Harley...
Saat aku nak balik ke rumah, aku duduk sekejap di kelas tu, aku tengok meja Harley dan mengalir air mata aku. Aku duduk tempat dia dan aku tengok bawah meja dia ada surat untuk aku sebab ada tulis For Aqish.. aku buka dan baca.
Aqish, aku tengok kau rapat sangat dengan lelaki.. Aku nak sangat kawan macam kau, sebab kau baik, cantik, comel dan kau tak cerita pasal lelaki je. Aku akan layan kau baik-baik macam real kawan baik, k?"
Aku tak tahan gile masa tu, aku maki diri aku sebab benci dia. Aku sayang Harley. Aku nak sangat dia ada masa tu, tapi apakan daya dia dah tak ada. Jadi aku hanya mampu doakan dia je. Dan inilah, cerita yang aku alami berkenaan dengan Harley iaitu kawan baik yang aku tak ngaku.
MAAFKAN AKU, HARLEY.....
-The End-
YOU ARE READING
My Blood in OUIJA
HorrorSemua orang ada pengalaman masing ii kan? Aku pun ada ni.. nak kongsi jerr jngn lupa vote tau