KENAL!

1.6K 159 16
                                    

“Percayakan yang diatas sebab dia yang mengaturkan segalanya”

Alamat yang dihantar melalui whatsapp dipandang sekilas oleh Syed Shariff. Dia melihat peta tersebut dengan berhati-hati takut tersalah masuk jalan je nanti.

Masuk simpang kanan Syed Shariff ternampak sebuah pagar hitam yang besar lagikan berdiri megah. Syed Shariff menoleh ke kanan dan ke kiri.

Semuanya hutan

Hanya beberapa buah rumah sahaja berada di kawasan nih. Semuanya berada diluar kawasan tersebut. Nampak macam jalan tersembunyi.

Syed Shariff berasa was-was ,dia seakan tidak percaya yang Nurefah Rose tinggal di kampung sebegini.

A lord come together shining,
You can a king again like you need,

Syed Shariff terdengar bunyi telefon pintar nya itu berdering. Dia sudah dapat agak siapa pemanggil tersebut.

Tak lain tak bukan

Nurefah Rose.

Sebab ringtone' Nurefah Rose sangat berbeza dengan orang lain. Jadi dia boleh kenal  siapa yang call, messages ke apa memudahkan dirinya untuk mengetahui.

Syed Shariff menolak buttom hijau ke kanan,diletakkan dicuping telinga agar dia dapat mendengar dengan jelas apa yang ingin dikatakan oleh si bunga tersebut.

Syed Shariff:"Walaikumusalam,hello efah!"

Syed Shariff mengaru kepala ,

Syed Shariff :"Abang dah masuk dah tapi abang jumpa rumah besar lepastu ada pagar hitam!"

Terbuntang luas Syed Shariff apabila mendengar! Dia memandang rumah tersebut seperti tak percaya.

Syed Shariff :"biar betul efah,abang dah ada kat depan pagar nih betul ii!"

Syed Shariff mematikan telefon apabila Nurefah Rose berkata ingin membuka pagar tersebut. Syed Shariff bersedia untuk menghidupkan enjin.

Pagar berwarna hitam kilat itu terbuka sedikit demi sedikit. Apabila ia terbuka luas, Syed Shariff menarik handbreak lalu ditekan gear .

Dia masih tidak percaya apa yang dia nampak sekarang tengok dari luar kecik je. Bila masuk Allahu Akbar sungguh cantik rekaan tersebut.

Seakan dal dunia mimpi, disebelah kanan dihiasi dengan pokok ini rendah, pokok-pokok yang mengeluarkan kelompak bunga pelbagai jenis.

Luas nya jangan ditanya sangat perfect ,ini kalau tambah 9 biji buah rumah yang sama saiz baru muat. Kaya gila Nurefah Rose patut lah tak perlu sekolah ,dan sambung berkerja.

Namun dia bukan kesah pun pasal harta ke apa? Yang dia kesah adalah Nurefah Rose sahaja. Wanita itu benar-benar membuatkan dirinya gila.

Tiba ditempat parking, Syed Shariff ternampak kelibat Nurefah Rose berpakaian baju kurung hitam dari pantulan cermin keretanya itu.

Dia membuka pintu lalu keluar dari perut kereta Honda Civic miliknya itu. Nurefah Rose menghadiahkan senyuman yang manis buat dirinya.

Dia mendekati Nurefah Rose nasib baik lah tempat parking tak jauh kalau tidak habis basah.

Syed Shariff:"Assalamualaikum,maaf sebab lambat!"

Nurefah Rose senyum dingin :"Walaikumusalam,tak pe jemput lah masuk?"

********

Syed Shariff melangkah masuk ke dalam rumah. Hiasan luar nampak sahaja ringkas bila masuk je bagaikan istana yang telah dihias dengan cat yang berwarna gold

MRS SYED SHARIFF ✓ | 01Where stories live. Discover now