BITCH-150!✔️

784 101 0
                                    

"Kawan itu ramai tapi tak semua nya boleh stay dengan kita! "

Tiba sahaja di kampung Tanjung Hulu,Delfa Urose dan Lutfie Qhairul bergegas keluar dari perut kereta terus menuju ke tangga sebelum masuk ke dalam rumah mereka berdua memberi salam secara serentak supaya isi di dalam rumah boleh mendengar suara mereka berdua.

"Siapa tu!"soal Erisya Damia ,dia perasan ada orang memberi salam cuma takut nak luahkan sahaja.

Nuresya Farrose yang dekat sebelah menoleh ke arah Erisya Damia"mana lah aku bukan nya aku duduk depan"jawab Nuresya Farrose dengan nada selamba bukan dia kesah pun janji dia kena siap kan makan malam.

Nurefah Rose yang dengar terus keluar dari biliknya dan menuju ke arah pintu yang lain semuanya tengah buat persiapan jadi tak ramai yang ada dekat atas ni . Apabila pintu utama terbuka luas,kelibat sepasang manusia menyapa pemandangan Nurefah Rose "akak"Lutfie Qhairul lelaki itu sudah lama dia tidak mendengar tentang lelaki itu.

Ya Allah besar panjang dah kau dik !

"Ketot, macam mana korang boleh !"macam mana adik nya itu boleh tahu tempat ni setahu dia, Lutfie Qhairul tak pernah datang ke kampung menemui Puan Shera atau besar kemungkinan arwah ibunya pernah membawa anak nya itu datang ke mari tanpa pengetahuan nya.

"Penting sangat ke kak oi nak tahu dah tepi aku nak masuk penat woo!"Delfa Urose dengan selamba kayu je masuk tak bagi salam,Lutfie Qhairul "kau pergi mana je kak,kau tak tahu ke aku rindu kau ,kau kata kau nak datang tapi kau tipu" dia masih ingat lagi dia pernah berjanji dengan Lutfie Qhairul

Selagi mak aku ada dekat sini selagi tu aku ada!

Selepas bercerai Nurefah Rose terus membawa diri tiada seorang tahu tentang keberadaan nya itu "aku bukan tipu cuma masa je tak izin kan aku pi sana dah masuk!"dah nak maghrib dah ni mana lah si abang dengan Amia Xander ni date ke cari barang mentah ni alahai.

Lutfie Qhairul terdiam dia akur sahaja!.

"Macam mana diorang boleh ada dekat sini"Soal Nureizah Derose dengan nada dingin ,dia tak suka kan Lutfie Qhairul dari dulu bagi nya budak itu hanya pemusnah rumah tangga antara mama dan ayah nya sahaja namun tak guna jugak dia berdendam,sebab tidak mungkin arwah mama nya itu akan hidup balik.

Nurefah Rose sudah agak akan ada benda akan terjadi"sudah lah tu mungkin oyang yang suruh datang dah badrul kau pergi dapur bagi je dekat acu nanti diorang pandai-pandai sediakan"Mohd Badrul yang melangkah masuk terus mengangguk tanda ok.

Tangan isterinya ditarik dia tak nak isterinya bergaduh bulan puasa jadi kena lah banyakan berselawat ke atas nabi Muhammad,dan sebagainya lagi lebih berfaedah daripada buang masa cari salah.
"Kau apahal duk tarik tangan aku tak nampak ke aku tengah tanya ni"Mohd Badrul mencebik

"Awak tu isteri saya seorang isteri kena sentiasa ada dengan suami kan lebih elok dapat banyak pahala saya nak mandi awak rehat lah kejab "Nureizah Derose menjuling berbola matanya isteri atas nama je bukan dalam Islam pun

"Awal pulak korang sampai"tegur Puan Shera "Reonsa, Sabrina sudah pergi masuk mandi nanti turun makan"mereka berdua mengangguk tanda ok terus berlari Nurefah Rose tu nampak terus menegur anak-anak nya supaya tidak berlari.

"Biasalah oyang jalan tak jem mana pun"jawab Delfa Urose dengan nada biasa

"Oyang macam mana sihat"tegur Lutfie Qhairul lalu dia menyalami wanita itu dengan lembut.

"Kau ada nampak ke aku tengah tak sihat"dah tahu dia boleh berjalan sakan tanya lagi sihat atau tak ini lah anak muda . Lutfie Qhairul tersenyum nipis tanya khabar pun salah kalau tak tanya cakap kita tak ada adab pulak masalah orang tua memang tak akan pernah habis.

Faizal keluar dari bilik dia terus mencari kelibat Nurefah Rose ,dia melihat ke kanan dan ke kiri "asal ramai sangat tu ada mesyuarat agung ke apa ni"tanya Faizal pada diri sendiri pelik betul berkumpul kalau iya pun ajak lah dia sekali mana tahu dia boleh tolong bagi idea ke apa?

Kebetulan tu jugak Nuresya Farrose dan Erisya Damia turut naik ke atas terserempak dengan Faizal mereka bertiga terus bergerak ke tempat masing-masing . "Babe ramai betul keluarga kau ann"tegur Erisya Damia untung lah kalau kawan kepada kakak dan abang kita ada boleh lah meriahkan lagi suasana.

"Orang luar je ramai"sindir Nuresya Farrose membuatkan Erisya Damia menjeling tajam kurang ajar.Puan Shera memandang wajah Delfa Urose "mana tunang kau tak bawak sekali ke "Delfa Urose menoleh ke arah Puan Shera dengan pandangan kosong

"Adam buzy lah Oyang ni pun dia cakap dia tak tahu boleh balik Malaysia atau tidak raya ni"ujar Delfa Urose dengan nada sebal sedih lah tunang jauh ishh kalau boleh nak je ikat tunang tu jangan jauh daripada huwaa nak abang Adam rindu tau

"Patut lah man cari takde semuanya dekat atas dah jom turun makan kejab lagi dah nak azan get ready haa Rose'panggil anak kamu tu,Iman pun sama "Nurefah Rose mengangguk tanda ok . Terus dia beredar diikuti dengan Faizal di belakang bilik dia segan Nurefah Rose sebelah-sebelah je pun "Efah yang tadi tu siapa?"dia tak pernah pulak nampak mana-mana perempuan sebelum ni didalam rumah Nurefah Rose.

"Anak angkat ayah Delfa Urose ,aku pun tak tahu dia ni ada tunang dah lah pergi panggil rina"Faizal akur sahaja baru dia tahu Encik Rahman ada anak angkat amboi baik betul hati orang tua itu Alhamdulillah semoga dipanjangkan umur ameen ya Rabbal Alamin

Siap sahaja mereka berbuka puasa terus Encik Rahman menyoal anak angkat nya itu "Ayah tak kisah pun janji kamu tu boleh beraya dengan kami itu sudah cukup"Delfa Urose tersenyum manis kepalanya diusap lembut oleh Encik Rahman kasih sayang Encik Rahman tidak pernah tumpah seperti anak sendiri dia bersyukur kerana lelaki itu sudi menjaga dan memelihara dirinya.

"Woi itu bapak aku tak payah lah nak menggedik sangat"Nuresya Farrose memandang tajam ke arah Delfa Urose , Encik Rahman memandang anak bongsu nya itu dengan pandangan tajam

"Farrose kenapa cakap macam tu"Apa masalah anak nya itu pun dia tak tahu ,Nuresya Farrose terus menolak tubuh Delfa Urose menjauhi ayah nya terus dia melabuh kan punggung di atas peha ayah nya itu umur 18 pun masih mengada nak duduk atas bapak alahai.

BUK!

Delfa Urose menjeling tajam "Suka hati lah , orang takde bapak memang macam ni huh suka rampas kasih sayang "sindir Nuresya Farrose membuatkan Encik Rahman dan Delfa Urose terkedu. Nuresya Farrose bangun dia memandang tajam ke arah wanita itu

"Kau dengar sini depan bapak aku ,aku cakap ,aku tak suka kau dasar perampas sebab kan kau anak yatim . Bak kata ustazah jangan mengasari or buat jahat pada anak yatim that why aku masih hormat kau tapi ingat jangan nak melebihi pengan bapak aku ,kau dengan dia tak ada pertalian darah jangan nak buat lupa asal usul"Nuresya Farrose jenis yang berterus terang kalau dia tak suka dia akan cakap apa barang main dalih-dalih ni takde function.

"Stop be bitch depan bapak aku ,aku tak suka"Nuresya Farrose terus beredar

"Urose maaf kan Ayah,Ayah pun tak sangka Farrose boleh cakap macam tu"Adakah dia salah didik anak atau itu hanya cemburu perempuan.

Delfa Urose tersenyum nipis " jangan risau ayah,mungkin Farrose takut kehilangan ayah that why dia buat macam ni tak pe lah ayah rehat lah Urose nak kemas barang kejab"Encik Rahman mengangguk tanda ok sahaja,Delfa Urose bangun terus dia masuk ke dalam bilik.

21 . 02.2020
Selamat membaca guys

Amacam dulu sikit je tulis sekarang ni bukan main kan 1000+ lebih menulis nya hahah

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca and ya add buku ni dekat RL korang
🌼
🌼VOTE selalu 🌼
🌼

MRS SYED SHARIFF ✓ | 01Where stories live. Discover now