12

5 0 0
                                    

( Tasha )

Tuala ditekapkan kemuka, mengeringkan sisa air selepas mandi, sambil mata memandang Julia yang sedang duduk dibirai Katil.

Selesai mengeringkan tubuhnya tuala dibaling Megat kearah Julia untuk disidai oleh gadis itu.

" Sidai tuala itu.",
arah Megat, seperti diktaktor memberikan arahan.

Julia mengambil tuala basah yang baru sahaja dibaling Megat kearahnya. Dia hanya mendiamkan diri, Dia tahu Megat akan mencari kesalahan Dan pasal dengannya.

Tuala Megat Julia sangkut Di tempat penyakut yang telah disediakan. Dia hanya mengikut permainan Megat selagi hatinya boleh menahan sabar.

Megat Senyum pulas dapat mengenakan Julia malam itu, bermula dengan tuala. Itu hanya permulaan Julia, permulaan dalam hidup engkau dengan aku.

Julia menapak kembali kepenjuru katil, namun langkahnya dihalang oleh Megat dengan tubuhnya sengaja dibiarkan  berhadapan dengan Julia.

Julia kerling Megat, untuk lihat tindakan Megat seterusnya. Lebih - lebih lagi bila jalannya dalam bilik itu dihalang. Megat cari pasal malam ini.

" Aku nak engkau berhenti dari kerja kilang, kuatkuasa hari ini", Tanpa berbincang dengan Julia, Megat sekali lagi memberikan arahannya.

Sakit hati Julia Tapi ditahan dengan sabar.. " Apa lagi yang tak kena, sampai kerja dirinya juga Megat nak ganggu". Julia masih berdiam. Menghadam segala perkataan yang keluar dari Megat.

" Berhenti kerja..?", itu bukanlah satu pilihan terbaik dalam hidupnya. Lebih - lebih lagi masa depan Julia Di masa akan datang.

Untuk mengharapkan Megat, dia tidak akan sekali meminta - minta. Dia tahu sikap Megat pada dirinya." Sampah", silap - silap percaturan satu hari nanti  Megat akan membuang dirinya . Waktu itu Mana dia nak mencari tempat bergantung.

" Tak ..! tak boleh Julia, Engkau kena pertahankan Hak itu".

Andai waktu itu sampai Entah bagaimana Penerimaan keluarganya, takut sekali lagi dirinya juga dibuang dan dipersalahkan.
Megat, Rasanya tidak terkesan langsung dengan perkara itu, dia boleh mendapatkan sesiapa. Berebut perempuan ingin mendapatkan Megat..

" Tak, dia takkan berhenti dari situ".
Julia tegas dengan keputusannya. Tapi dia perlu pandai memaninkan peranan Dan stategi .

" Dekat rumah ini ada berapa bilik..?" Julia bertanyakan kepada Megat.

Megat kerut dahi, kenapa Julia bertanyakan berapa bilik ada dirumahnya. Sedangkan dia suruh Julia berhenti. " Mental pula ke Julia ini". Megat layanan sahaja, dia ingin melihat sejauh permainan Julia..

" Ada sepuluh..? Kenapa buat apa engkau nak tahu berapa  bilik dalam rumah ini..?" Semakin Megat hairan. Megat culas pandang pada Julia.

Julia Senyum sinis, Awak nak saya berhenti..? Dalam nada berbisik, bibir Julia dirapatkan pada telinga Megat. Tindakan berani Julia.
"Bilik mana Awak nak saya ketuk malam ini, untuk servis saya En. Megat Hizri Dizri. "
Anak mata Megat Julia tenung dalam.

Memulangkan kembali apa yang pernah dilafazkan sebelum ini oleh lelaki itu.Bahawa dia pernah menyamakan diri Dan maruah Julia seperti pelacur.

Megat menahan geram, tidak disangka sesuatu yang pernah diucap kan dulu masih diingati oleh Julia Dan perkara itu diulang tayang malam ini.

Megat merapatkan dirinya serapat - rapatnya dengan Julia, sehingga tubuh Julia tersandar dipintu.
" Berani engkau Julia", kali ini engkau memang melampau nak lawan aku". Pandangan Megat sinis.

DIA GILAWhere stories live. Discover now