17

5 0 0
                                    

" Julia"..

Langkah Kaki dilajukan Julia, sebolehnya dia tidak mahu berpaling melihat kearah belakang. Dia ingin Segera pergi dari situ. Sekali lagi dirasakan dirinya dipermainkan .
Dipermainkan oleh Megat.

" Megat memang Tak guna", segala perkataan telah diluahkan Julia dalam hati.

" Julia Berhenti, "Terasa ada tangan yang memberhentikan langkahnya. Tubuh Julia Terasa teransang kebelakang bersama sepasang tangan tegap melekat dilengannya.

Mata Julia terarah kepada lelaki tidak dikenali yang telah berada dihadapan dirinya.

" Awak siapa ?" Julia sudah tidak ambil peduli. Siapa sahaja dihadapan dirinya kini akan terkena amukan dirinya.

Segaris senyuman terukir Di bibir seorang lelaki. " Julia , Ikhsan ", ucap lelaki hadapan Julia.

" Ikhsan!" Maaaf saya kenal Awak ker..? Terasa fikirannya tidak dapat berfikir waktu ini. Banyak sangat masalah Megat yang telah bersarang dalam fikiran dan otak Julia. Tiada ruang untuk dia mengingati sebaris nama itu.

" Saya sepupu Megat.!" Lelaki itu menerangkan statusnya dalam keluarga itu.

" Ohh.!" Julia terkedu dalam mimik muka yang comel.Tak sangka Megat ada sepupu. Tapi kenapa dia tak pernah perasan Ikhsan sebelum ini.

" Kita pernah jumpa ker.?" Julia mula menampakkan wajah kalutnya. Masakan Ikhsan kenal dirinya sedangkan waktu ini dirinya dalam keadaan serabut. Baju, diri , penampilan Julia semua serabut.

" Pernah sekali waktu Awak dalam Bilik Games Megat !" Lambat - lambat Ikhsan terangkan, Takut menimbulkan ketidakselesaan dalam diri Julia.

" Yang aritu..!" Merah padam muka Julia menahan malu bila teringatkan kejadian itu. Kejadian dirinya berkemban.

Dia teringatkan seorang lelaki yang bukan Adik Megat, sepupu Megat... ! Tapi waktu itu wajah Ikhsan lain.

" Awak yang seorang lagi tu".. Ternyata kenangan itu mengingatkan Julia. Tapi waktu saya  nikah tu, saya tak nampak awak ..? " Julia bertanya minta kepastian.

" Saya tiada disini, saya keluar Negara!" Ada urusan Di sana. Wajah Julia Ikhsan pandang Tanpa jemu Cantik seperti dulu." Naif".

Sebaliknya dia melarikan diri. Entah kenapa hatinya tidak kuat melihat perkahwinan itu diantara Megat dengan luar. Dia bagaikan Terasa sesuatu mengenai Julia. Tentang hati.

Justeru itu dia memilih untuk pergi.. Menenangkan perasaannya.
Namun sebaliknya dia mengetahui berkenaan perkahwinan tak jadi antara mereka, baru dia Beura - ura ingin kembali segalanya telah terlambat.

"Oh..Hmmmmm". Julia terpaksa melakarkan Senyum dibibirnya, ternyata bukan kesalahan Ikhsan, untuk dia hamburkan amarahnya.

"Boleh kita bincang sekejap..! Kita..? Belum sempat Ikhsan menghabiskan kata.
Terdengar Megat memekik Nama Julia dari kejauhan.

" Julia".. Megat berlari mendapatkan Julia, sambil matanya melirik tangan Ikhsan yang memegang lengan Julia.

Julia hanya terkedu mendengar suara Megat yang memenuhi Suasana ruangan itu. Bagaikan halilintar.
Julia hanya melihat semua lakonan Megat.

" Hipokrit!"
Sempat Julia menuturkan perkataan itu secara perlahan. pandangan mata Julia dialihkan menghadap Ikhsan.
Tidak mahu melihat Megat.
" Benci"..

bicara halus Julia didengariIkhsan yang berada disebelah Julia.
Pandangan mata Ikhsan beralih kepada Julia ..

Tanda kerutan di dahi Ikhsan bersulam dengan keinginan Ikhsan untuk  mengetahui perkara sebenar.

DIA GILAWhere stories live. Discover now