-Part 24-

13 4 0
                                    

Kadang kita rasa  adakah dia ini pilihan tepat buat kita?

Adakah dia menetepati ciri ciri idaman kita?

-

Bagi makhluk yang digelar "Lelaki":

Kita nak seseorang perempuan yang menjaga kehormatannya,
Tapi kita sendiri yang hanyut rosak dengan nafsu kita sendiri.

Kita nak seseorang yang boleh! bimbing kita,
Sedangkan kita sendiri gagal disiplinkan kita dengan manfaat.

Kita nak seseorang yang menjaga hati kita,
Tapi kita sendiri yang gagal menjaga hati orang lain.

Kita nak perempuan yang solehah,
Tapi kita sendiri yang tidak menjadi soleh.

Macam mana kita nak seseorang yang baik akhlaknya,
Walhal kita pun hancur akhlak.

Adilkah kita? Layakkah kita?

-

Bagi manusia yang digelar  "Perempuan pula":

Kita nak pelengkap hidup kita seorang yang beriman,
Walhal kita sendiri tak menjaganya.

Kita nak seseorang yang menjaga solat,
Sedangkan kita sendiri terkapai kapai dalam menjaga solat. Esok subuh terkial-kial, lusa tinggal balik.

Kita nak seseorang yang bertanggungjawab dan bertolak ansur,
Tapi kita sendiri menolak pandangan dan teguran orang lain kepada kita.

-
Jadi renung-renungkanlah
Pernahkah kita terfikir demikian wahai Umat disayangi Allah?

Tidak salah kita berimpian untuk mendapatkan apa yang kita inginkan
Walhal itu sangatlah baik.

Boleh jadi,
Putaran 360° darjah bertukar kepada kita. Tapi jangan pernah merasakan diri ini Terlebih baik berbanding orang lain.

Mintalah yang baik-baik kepada Allah, InshaAllah Allah tunaikan.
Tapi tidak percuma, ada syaratnya:
Amalkan lah hidup Islam seperti yang diajarkan dalam syariah.

Pegang dan belajarlah dahulu Maqasid Syariah dalam hidup.
Barulah kamu menghargai dirimu sendiri dan Sang Pencipta
dan
InshaAllah yang datang nanti baik-baik sahaja...

Aku Ingin BerubahWhere stories live. Discover now