Keesokan harinya, Sofia memanggil Efan ke rumah nya dan duduk di ruang tamu dan berbual. "Hei Efan, kau kenal tak orang bernama Kelvin?" kata Sofia. "Mana saya tahu saya kan cuma ikan" kata Efan sambil menghias rambut Sofia. "Kalau saya ni ahli sihir, saya sumpah awak jadi ikan, dah lah, jom pergi bilik saya" kata Sofia menarik lengan Efan. Setelah mereka di dalam bilik, Sofia menunjuk gambar Kelvin kepada Efan.
"Oh tidak! Kacak nya!" kata Efan meneliti gambar itu dengan kagum dan terpesona. "Kacak atau tidak, saya tak tahu lah dia ni, tapi saya harap ini bukan gambar palsu" kata Sofia sambil melihat keluar tingkap. "Hari ini kau akan memilih empat orang calon terkemuka, memandangkan esok sabtu, kau jumpa dengan Kelvin, kita akan temu bual dia" kata Efan dan menyediakan beberapa helai baju pilihan untuk Sofia. "Pakai salah satu baju pilihan ni, lepastu kita akan jumpa lebih kurang 29 orang calon yang saya peroleh di taman nanti" kata Efan dan menghias rambut nya. "29.. Orang.. Biar betul.." kata Sofia dengan gementar dan gelisah. "ya, sedia sahaja, nah, pilih lah baju ni" kata Efan dan ingin menyolek mukanya
"Maafkan saya Efan, saya tak nak solekan, saya lebih suka natural " kata Sofia mengelak daripada solekan. "Ikut sukati awak lah, tapi ingat perkara ini, nenek kita berasal dari Malaysia, asal usul kita sana walaupun kita tinggal di Amerika, hanya kerana perkhawinan ini, tak semestinya awak ikut kan kata ibu bapa, awak pilih lah mana mana yang awak suka, jangan memaksa diri, tapi pilihan tu pilih yang baik hati" kata Efan memegang telapak tangan sahabat nya. "Baiklah" kata Sofia memeluk Efan. "Cepat betul sahabat saya membesar" kata Efan sambil pura pura menangis.
Setelah tiba nya mereka di taman awam, mereka melihat beberapa jejaka yang berbaris untuk menyambut kedatangan Sofia. "Bonjour~ my lovely Sofia" kata seorang lelaki Perancis yang menyambut kedatangan nya dan hanya dibalas dengan senyuman. "Sofia, you look so preety today" kata seorang lagi dan mencium tanganya
Dalam hati Sofia hanya dapat berkara "ewww.. Sangat menjijikan" dan dia lantas menulis beberapa nama dalam senarai selepas berkenalan dengan mereka semua. "Psst...Efan.. Ni senarai nama yang saya tulis" bisik Sofia dan memberikan senarai nama dalam diam.
15 minit kemudian
Efan mengumumkan nama empat orang calon, iaitu
"Joshua"
"Randy"
"Tyler"
"Aeron"Setelah pengumuman tersebut, semua orang beredar dan balik ke rumah masing masing, manakala Sofia duduk di dalam kereta, menunggu dengan penuh sedih. "Hei, Sofia, kenapa ini?" kata Efan memandangnya. "Eh, saya tak tahulah, saya tak ada perasaan terhadap calon tadi" kata Sofia. "Tak apa, pilihan terakhir kita Kelvin, berdoa lah bahawa dia baik dari yang lain". Sofia mula teringat bahawa esok ialah hari sabtu, dia menjadi sangat gementar.
Sewaktu mereka bertolak, kereta mereka berhenti kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Sofia memandang luar tingkap sambil menghayati lagu kegemaranya, tiba tiba dia melihat kelibat seorang lelaki yang kacak, tinggi dan sedang memerhatikan nya dari luar kereta. Pandangan dan renungan yang tajam menusuk jauh ke hati Sofia, jantungnya berdegup kencang dan gelisah. Lelaki itu ialah Kelvin!
Kelvin duduk di luar sebuah kedai kopi dan melihat Sofia. Dia membuka telefon dan mesej Sofia.
Kring
Deringan telefon Sofia lalu lantas membukanya
"Hai Sofia, cantik nya awak hari ni, nampak saya tak,? Tak sangka saya jumpa awak sebeluh sabtu esok" mesej Kelvin dan dibalas "Esok jumpa di kedai awak sekarang, nak?" balas Sofia sambil tersenyum.
Keesokkan harinya
Sofia menunggu kehadiran Kelvin menjemputnya untuk temu bual, tiba tiba, kedengaran suara seorang lelaki "Oh selamat datang, nama anak ini siapa?" sapa puan Jane dan dibalas "Saya Kelvin Renz Montreal,selamat berkenalan puan Jane, saya datang ke sini sebagai calon untuk anak puan." kata Kelvin dengan penuh hormat dan lembut. Suara nya yang didengari oleh Sofia dari atas membuatkan nya bersemangat turun ke bawah. "Saya di sini!" kata Sofia. "Mak memberi restu kepada kamu berdua, harap kamh berdua mempunyai hubungan" kata Puan Jane sambil memegang kedua bahu Sofia.
"Mak, ini hanya temu bual,..." kata Sofia dengan malu.
Mereka bertolak ke kedai kopi dan berbual.
Sofia menanyakan pelbagai soalan kepada Kelvin
"Kamu masih teruna?"
"Ya"
"Pernah bercinta?"
"Tidak, sebab selalu kena reject"Itu ialah salah satu daripada perbualan mereka. Sofia tidak berhenyi daripada melihat ke arah mata Kelvin yang dingin dan sejuk.
"Jadi, Sofia, sudah hampir sejam lebih kita berada di sini, jom kita keluar tengok wayang" ajak Kelvin dengan semangat. "Apa salahnya" kata Sofia dengan riang. Mereka menonton cerita yang bertajuk Vampire. Semasa mereka menonton, Kelvin tiba tiba berkata kepada Sofia, "Nak tahu tak, sebenar nya vampire tidak jahat seperti digambarkan" kata nya dan dibalas "bagi saya begitu, saya selalu berharap saya ada teman lelaki vampire.. Haha.. Pilihan yang pelik kan?" kata Sofia memegang tangan Kelvin.
Setelah habis menonton, mereka mengatur perjalanan balik. Sewaktu dalam kereta,Sofia melihat Kelvin menenung nya. "Hei, fokus memandu," kata Sofia. Tiba tiba, Kelvin berhenti di sebuah kedai 24 jam berhampiran. Kelvin mendekatkan mukanya terhadap Sofia, dekat dan semakin dekat. Kelvin mencium Sofia secara tiba tiba. Sofia hanya kaku dan membiarkan, dia hanya membalas dengan pelukan yang sangat erat
YOU ARE READING
Lelaki IdamanKu Vampire
VampireMengisahkan Sofia yang cuba mengelak daripada dikhahwinkan dengan lelaki yang tidak dicintai nya oleh ibu bapa nya. Jadi, Sofia merancang untuk mencari lelaki idaman nya sendiri dan dipersetujui oleh ibu bapanya. Akan tetapi, lelaki yang dia khawini...