Problem coming

380 12 4
                                    

Ketika Sofia dalam perjalan balik,  kereta dia dihalang oleh beberapa orang yang aneh. "Hei! ,  ni adalah kekasih kepada Kelvin" tegur seorang lelaki tu dan menarik Sofia keluar dari kereta.  "kenapa tarik aku? Kenapa korang block kereta aku?  Ćÿk* Bl**t! " teriak Sofia setelah lengan nya ditarik dan digenggam oleh kumpulan lelaki tersebut.  "Sofia? Ni Sofia? Sofia Querenta Jane? Woah,  tangkapan berbaloi.." kata seorang lelaki memicit pipi Sofia dengan kuat. "Biar saya perkenalkan diri,  saya Naron, saya dapati yang Kelvin tu...  Lain dari lain... Mungkin lebih berbaloi Kalau tangkap dia? " bisik Naron di telinga Sofia, lalu membawa nya ke tengah hutan yang gelap,  manakala,  kerera Sofia ditinggalkan di situ  "Kenapa kamu hendak menangkap Kelvin! " kata Sofia menangis.  "Dia ni bukan manusia,  dia luar biasa,  dan kami perlukanya.... Sebab semua ini dari keturunan kami..  Setelah kami membunuhnya, nenek moyang kami yang lama meninggal mesti bangga akan keturunan kami.. Hehe.. " kata Naron sambil mengasah peralatan tajam. 

Di pondok yang sepi, hanya kedengaran bunyi barangan yang diasah, dan kelihatan lengan Sofia yang masih digenggam oleh lelaki tersebut.
"Wargghh! " kedengaran teriakan lelaki yang lain melepaskan genggaman yang erat daripada Sofia dan rebah ke tanah. Sofia mula membuka langkah untuk melarikan diri namun rambut nya ditarik Naron.  "Jangan nak lari" kata Naron sambil melihat sekeliling.  "Oh Kelvin...  Tunjukkan diri~ datang dan tebus teman wanita kamu ini" kata Naron sambil mengheret Sofia.  "Sakit!  Jangan tarik lagi" rayu Sofia yang hampir menangis.

Lampu yang menyala di situ,  meletup,  rosak,  dan suasana menjadi gelap gelita.

"Pontianak!  Cepat keluar!  Teman wanita awak menunggu!  Kalau tidak,  badan dia jadi milik aku... " kata Naron mendekatkan diri ke Sofia.

"Bukan hari ini" suatu suara bergema tidak jauh dari mereka berdua.  Iaitu Kelvin,  yang telah belasah semua konco konco Naron.

Kelvin berlari dan menumbuk Naron dengan kuat.  "Keluarga James?  Woah,  lama tak jumpa,  seingat saya keluarga korang dah tak buru kami sebab pengecut" sindir Kelvin

"siapa kata!  Saya disini akan membunuh awak hari ini" kata Naron menghalakan pisau ke arah Kelvin.

Ketika Kelvin sedang berlawan dengan Naron, kehadiran Sofia dilupakan,  Sofia mengambil batu yang besar dan menghantuk kepala Naron dan terus pengsan.  Kelvin menarik lengan Sofia dan membawa nya ke suatu tempat yang sunyi dan terpencil yang berhampiran kawasan perkuburan.

"Sofia!  Kamu okey? Sinj saya periksa kamu" kata Kelvin sambil memeriksa seluruh tubuh Sofia. "Kelvin... " tegur Sofia dengan nada tidak bermaya lalu berdiri.  "Saya dah tahu apa awak sebenarnya......" kata Sofia melihat ke arah lain.  "Katakanlah,  katakanlah!  Apa saya sebenarnya! " teriak Kelvin memegang bahu Sofia

"Kamu Gay kan~" kata Sofia lalu menoleh ke arah Kelvin lalu tertawa.

"pfffff...  Hahahah, sempat juga kamu main main" kata Kelvin memeluk Sofia.

"Tapi,  kamu ni Pontianak kan?  Saya dah tahu semuanya" kata Sofia memandang Kelvin, mata Kelvin mula menitiskan air mata sedikit demi sedikit.  "Jadi awak akan tinggalkan saya?  Dan dedahkan saya kepada orang ramai? " kata Kelvin memandang ke arah lain.

Sofia memandang Kelvin dan memeluknya dengan erat, lalu mencium pipinya,  "Saya takkan sesekali buat macam tu,  saya sayang awak sepenuh hati,  dan saya dah berjanji depan awak yang saya tak tinggalkan awak walau apa pun berlaku" kata Sofia memandangnya.

"Walaupun saya seperti ini? " Kelvin merubah bentuk,  kulitnya menjadi lebih pucat,  gigi taringnya panjang, dan matanya berwarna perang menyala di dalam gelap.  Namun rupa parasa nya sememangnya seperti 'Kelvin'yang asal.

Sofia memandang,  namun tidak terkejut,  dan membalas. "Awak masih Kelvin yang sama,  kenapa saya nak hiraukan? " kata Sofia memegang tangan Kelvin.

Kelvin membawa Sofia balik ke rumahnya dan berbincang perkara tersebut,  mereka memutuskan untuk berkhawin secepat yang mungkin dan mendedahkan identiti mereka terhadap ibu bapa Sofia. 

"Ok,  sebelum ibu bapa saya,  mula mula,  sahabat saya,  Efan,Ying Mon Flavin dan Alexius, mesti dan wajib tahu.  Sebab mereka mungkin boleh tolong kita daripada masalah pemburu saiko tu.. " kata Sofia dengan gelisah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki IdamanKu VampireWhere stories live. Discover now