"Morning everyone" sapa Farisya sebaik sahaja tiba di ruang meja makan.
"Afternoon lah sis" Ujar Miasara.
Farisya yang duduk bersebelahan adiknya menoleh. Dah tengahari ke? Tangan adiknya ditarik, lalu jam ditangan adiknya ditilik. Ha'ah dah tengahari, Farisya melepaskan tangan adik perlahan lalu dia tersengah ke arah keluarganya yang melihatnya.
"Itu lah sebelum turun tu tengok jam dulu" sindir Iman.
Farisya jeling Iman yang duduk berhadapan dengannya, abangnya itu hanya menjongket bahu.
"Sya balik pukul berapa semalam?" Tanya Tan Sri wajah Farisya dipandang.
"Er.. " Farisya garu kepala, Iman dijeling Harap-haraplah abangnya itu dapat membantu.
Iman mengeluh. Tahu sangat maksud jelingan tu.
"Sya balik selepas papa masuk bilik tidur malam tadi" ringkas dan padat jawaban Iman.
Farisya tersenyum. Ni yang sayang abang lebih ni. Farisya kenyit mata. Iman membalas kenyitan mata juga.
"Betul Sya" tanya Puan khadijah si ibu yang sibuk menghidangkan juadah makanan di meja.
"Betul ma" Farisya angguk.
"Kenapa tak ikut Adam balik semalam?" Tan Sri Idham masih belum puas menyoal anak daranya. Naik marah juga dia semalam bila Adam memberitahunya yang Farisya tidak mahu ikut pulang sekali dengannya.
"Er.. Er.. Farisya pergi jumpa Sofea" tergagap Farisya menjawab. Reaksi yang bersalah macam tu lah. Dari tak gagap terus jadi gagap. Kesian!
"Bila-bila bolehkan jumpa Sofea, Sya tak penat ke balik dari korea terus melepak dengan Sofea. Sya pergi mana dengan Sofea sampai malam baru balik?" Itu dia madam besar sudah membebel. Baik siapkan telinga anda.
"Ok.. Ok.. Sya salah. Sya janji lepas ni Sya tak buat lagi" janji Farisya, tangannya diangkat sebelah gaya seperti orang tengah bersumpah.
Miasara disebelah kakaknya hanya diam, malas ikutt campur. Bergitu juga Iman cukup lah hanya tadi dia menolong Farisya. Pandai buat pandai tanggung lah dik.
"Dah lah jom makan, tak baik berbual depan makanan" Tan Sri Idham selaku ketua keluarga bersuara. Dia harus menghentikan bebelan si isteri. Bukannya dia tak tahu isterinya itu kalau dah membebel sampai esok pun tak habis.
Suasana meja makan itu senyap, hanya bunyi detingan sudi dan garfu berlaga.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Bunyi deringan telefon mengganggu aktiviti Iman yang menonton tv di ruang tamu. Telefonnya yang ada di atas meja segera diambil.
Keningnya bertaut sebaik sahaja meliht tiada nama pemanggil, yang ada hanya nombor tidak dikenalinya. Siapa punya nombor ni? Iman diterpa kehairan, namun bergitu dia tetap juga menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum siapa ni?" Tanya Iman sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Waalaikumusalam, saya ni Dania"
Aikk! Suara perempuan? Iman garu kepala.
"Dania? Dania mana eh?"
Farisya kebetul lalu di situ membuka langkah ke arah abangnya lalu duduk di sebelah.
"Siapa?" Tanya Farisya.
Iman tidak menjawab, jari telunjuknya diletakan dibibir Farisya. Tanda isyarat menyuruh adiknya itu diam.
"Ok" Farisya kemudian bersandar di bahu Iman.
Fuhh, selesanya. Lama kite tak manja² dengan Abang Im macam ni. Hikhik!

YOU ARE READING
Awak sangat Nakal!
RomanceFarisya Iriz seorang yang cantik dan seksi, nakal, manja, menggoda tapi dia tak sombong dan dia baik orang. cuma manusia biasa lah. suka menilai yang entah². Dengan perangainya yang ala² diva tu orang suka salah faham dengannya. Farisya Iriz tujuh...