Bab 10

6 4 0
                                    

James duduk di sofa ruang tamu. Tangannya meleret skrin telefon. Dia menaip "CERMIN ANTIK" di ruangan Google.

Kalau aku search kat google,mungkin dapat sikit-sikit maklumat pasal cermin tu..

James berfikir. Halaman itu dibanjiri dengan maklumat yang berkaitan.
"Cermin ajaib...cermin antik untuk dijual...cermin antik berharga blablabla....ni lagu.." James melihat maklumat tersebut. Tiada yang berkaitan dengan apa yang dicari. "Hmmm... Mungkin aku patut tulis
.. "LAGENDA CERMIN PUAKA"? Dia menaip di ruangan carian. Apabila maklumat dipapar, James tertarik dengan satu maklumat.

"KISAH CERMIN PUAKA"

"Uuuu... Menarik.." James berkata dalam hati.
Dia menekan maklumat tersebut. Satu teks panjang keluar.

.......................................

KISAH CERMIN PUAKA

Aku tinggal di sebuah bandar yang penuh misteri. Bandar Clifford. Keluarga aku, keluarga Green adalah keluarga yang paling berpengaruh dalam bandar Clifford. Orang panggil aku Mary, nama asal aku Margaret.

Sejak kecil lagi, aku kagum dengan kejayaan yang ahli keluarga aku dah capai. "Aku nak jadi macam diorang satu hari nanti." Tu apa yang aku fikir masa tu. Tapi tak sangka, semua tu hanya penipuan semata-mata.

Masatu aku berumur 13 tahun, dan pada hari lahir aku, mak aku panggil datang ke bilik belajar dia. Rumah kitorang besar jadi bilik belajar tu umpama perpustakaan mini. Aku pergi tepat pukul 12 malam. Dan ibu serta kakak dan abang aku tunggu aku dengan wajah serius. Mak aku senyum dan kata,

"Mary, kau sekarang dah cukup umur untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ahli keluarga Green."

Aku mulanya tak faham apa yang mak cakap, dan abang kakak aku hanya pandang aku dengan wajah kesian, aku boleh nampak bibir abang aku cakap

"Maaf."

Aku nampak, lembaga hitam dekat belakang mak aku. Aku jerit dan cuba larikan diri tapi pintu kunci. Mak, abang dan kakak aku hanya pandang aku dekat tepi, biarkan aku jerit mintak tolong. Lembaga tu besar, tapi tak ada muka..tapi aku boleh nampak..gigi dia yang tajam..senyum kat aku. Lembaga tu makin dekat dan tiba-tiba aku rasa sakit dekat bahagian dada. Dan bila aku sedar..kakak aku tikam aku dengan pisau dari belakang, dan bisik

"Maaf...patutnya kau mati sebelum ni.."

Aku jatuh rebah kat lantai, dan pandangan aku makin kabur. Aku dapat rasakan darah yang mengalir, dan benda terakhir yang aku nampak...ialah senyuman lembaga tu, gigi taring dia..dan senyuman panjang hingga ke hujung...dan semuanya hitam lepastu.

Aku mimpi...aku mimpi dua orang manusia, satu lelaki satu perempuan yang muka seiras... mungkin diorang kembar... Aku rasa macam badan aku terapung masatu...aku tak tau sama ada aku dah mati atau belum... Lelaki dan perempuan tu...hulur tangan dan senyum...

"Ah...mungkin diorang nak pimpin aku ke tempat orang yang dah mati patut berada..."aku fikir. Dan bila aku cuba pegang tangan dia...aku dengar suara... Suara yang aku kenal...
"MARY BERTAHAN! JANGAN TUTUP MATA!! MARY BANGUN BANGUN! TOLONG JANGAN MATI! BANGUN!"
Suara tu menjerit. Dan lelaki dan perempuan tu..nampak marah. Tiba-tiba muka diorang berubah... berubah jadi menakutkan... Muka diorang mula berdarah dari luka yang tak kelihatan...darah memancut-mancut keluar membasahi badan diorang...mata dia...mata dia kemerahan dan mula jadi hitam...diorang menjerit kesakitan. Dan aku masatu cuba untuk sedar dari mimpi tu...aku boleh dengar diorang menjerit nama aku...suruh aku ikut diorang balik...

CERMIN (On Going) Where stories live. Discover now