Jennifer berdiri di hadapan lokernya. Tangannya yang cedera direnung. Hangat tangan James yang memegangnya masih terasa. Pipinya kemerahan. "Hari ketiga sekolah dan aku dah start memalukan diri sendiri depan semua orang." Jennifer merungut sendirian. Dia masuk ke dalam tandas. Dia mengangkat lengan bajunya. Sikunya berdarah. Dia mencuci luka tersebut dan menampal plaster. Kesah darah pada bajunya dicuci sehingga hilang.
Bunyi loceng sekolah menandakan kelas telah bermula. Jennifer bergegas keluar dari bilik air. Dia mengambil buku teks untuk subjek seterusnya.
"Hari masih panjang..." Dia berfikir. Jennifer mengeluh.
Dalam kesesakkan, Jennifer berjalan menuju ke kelasnya.
"Aku kena fokus...tak boleh terlalu rapat dengan orang. Jangan rapat dengan orang. Tolonglah Jennifer, peluang datang sekali je..." Dia berkata dalam hati.
Pintu makmal biologi dibuka. Dan di saat Jennifer melihat sekeliling, ada muka yang sangat dikenalinya. James tersenyum sambil bercakap dengan rakan-rakannya. "Aku dengan dia berbeza..." Jennifer terfikir. Dia kemudian mengambil tempat duduk di meja kosong, sendiri.
"Takpe, aku dah biasa sorang-sorang. Setahun lebih je, lepastu aku bebas."
"Aku...dah biasa sorang-sorang."
Jennifer memandang tingkap di sisi. Dia cuba untuk sembunyikan perasaan sunyi dengan berpura-pura melihat ke luar tingkap. Semua orang kelihatan gembira berborak dengan rakan sementara cikgu belum masuk. Dan dia,sendiri.
Lagipun, dia dah biasa,
sendirian.
Tapi jauh di sudut hati, dia berharap akan ada orang duduk di sebelahnya.
"Hai, duduk sorang jeke?" Ada suara menyapanya. Jennifer menoleh, seorang gadis berambut hitam dan berkaca mata senyum kepadanya. "Ada orang ke kat tempat ni?" Dia bertanya lagi. Jennifer hanya menggeleng perlahan. Gadis tersebut segera duduk dan meletakkan buku di atas meja.
"Emm, kau budak baru tu kan? Nama aku Iris." Dia berkata.
"Jennifer." Dia berkata perlahan. "Sorang jeke? Nak pergi kelas fizik sama-sama nanti?"
"Emm..boleh jugak..."
"Ehhhh kau ni pemalu ke? Comellah bila kau malu."dia memerli. Jennifer hanya tersenyum kecil.
"Lepas ni cikgu Corey masuk, tau kan? Cikgu biologi kita."
"Oh.."Kelas menjadi senyap apabila seorang guru lelaki melangkah masuk ke dalam makmal biologi. "Selamat pagi semua."dia berkata.
"Baiklah memandangkan awak semua dah masuk form 5 tahun ni, saya harap awak bersedia dengan bab-bab yang lebih susah berbanding tahun lepas. Jangan risau, tinggal setahun je kau kat sini, pastu nanti aku dah takyah hadap muka-muka ni dah. Kasik tension je kepala aku."
Ketawa kecil kedengaran di kalangan murid.
"Baiklah, kita masuk tajuk baru."
Kelas biologi pada pagi itu bermula.Loceng bergema di setiap penjuru sekolah. Kelas berganti kelas, waktu rehat bagi pelajar tiba. Jennifer berjalan ke arah kafeteria. Ramai berpusu-pusu menuju ke sana untuk membeli makanan dan mencari tempat duduk. Iris menyapanya dari belakang. "Hati-hati, diorang tengah berebut roti BBB tu." Iris berkata lalu menarik Jennifer ke sisi koridor apabila ramai budak lelaki berlari ke arah kafeteria.
"Roti BBB?"
"Haah, roti big bad boy. Roti isi sosej besar dengan keju meleleh dalamnya, rasa dia sedap gila!!! Tapi kafeteria cuma jual 50 bungkus je roti tu, jadi ramai yang berebut nakkan roti BBB, sampai ada yang sanggup bayar 50 dollar untuk tukar dengan roti tu. Roti tu rasa dia rangup kat luar dan bila makan, sosej dan keju meleleh yang masih panas tu buatkan rasa dia umpphh...sedap."
YOU ARE READING
CERMIN (On Going)
Romance"Kau nak tahu rahsia?" Apa-apa rahsia pun kau boleh tahu, tapi sebagai pertukaran, kau perlu berikan KORBAN sebagai bayaran. Satu nyawa untuk satu rahsia. Jadi, sanggup ke kau buat perjanjian dengan syaitan demi ketamakkan diri? "Never trust the d...