BAB 1 EKSPERIMEN Ai98

803 22 1
                                    

#SONG INTRO#

Title: Beautiful Creatures

Artist: Illenium

#STORY#

Sekujur tubuh bayi perempuan berusia tidak sampai sebulan dibaringkan di atas katil lalu dimasukkan beberapa jarum berwayar jernih pada tubuh itu.

"Mari mulakan..."

~THE LAST MAFIA~

Lisa tergamam berdiri di kerusinya. Bilik mesyuarat itu tetap dalam berada keadaan sunyi.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, William?" William yang hanya menongkatkan dagunya hanya memandang ke arah wanita itu.

"Aku tak faham apa yang kau katakan, Lisa. Lagipun,  aku nak uji budak tu. Dengan kekuatan yang ada pada ibu bapa dia sungguh luar biasa, tentu anak-anaknya juga begitu, kan?"

Virus yang berada di kerusi Leaders hanya memandang tajam ke arah ahli majlis itu. Weishart memandang ke arah Adolf.

"Leo, apa yang kita nak buat sekarang? Perjumpaan ni sepatutnya tak jadi macam ni." Kata Weishart.

"Soal pelancaran perjumpaan ni, kita sepatutnya soalkan benda ni pada Master Tyhros." Adolf memandang ke arah Virus dan Queen.

"Nova, Demon. Aku rasa lebih baik kita beredar."

"Benda ni dah makin mengarut." Ujar Queen. Virus hanya mendiamkan diri. Keempat-empat Leader bangun lalu beredar keluar dari perjumpaan itu.

~THE LAST MAFIA~

Virus menyentuh skrin di atas meja miliknya lalu tersenyum. Digesekkan skrin itu beberapa kali sehingga perkataan STABLE terpapar di skrin itu. Matanya merenung tajam ke arah ikatan kimia pada molekul-molekul itu.

"Tuan Muda." Perlahan-lahan anak matanya memandang tepat pada General Muda, Christ. Muda. Teramat muda. Umur dia baru saja mencecah 14 tahun. Namun, umur Christ tidak dapat mengalahkan umur Tuan Mudanya, Virus yang hanya berusia 7 tahun.

"Airine?"

"Masih dalam pantauan, Tuan Muda. Tapi, dengan kadar dos dadah yang berlebihan itu boleh membahayakan kondisi Airine. Tekanan darahnya jatuh dari 100 ke 80." Virus mengeluh lalu dipandang skrin seperti tablet besar di dalam tangannya.

"Teruskan pemantauan. Aku nak tahu tentang Xander. Aku dengar dia dah lari." Christ mengangguk.

"Betul. Saya dah buat apa yang Tuan suruh."

"Bagus. Kau boleh pergi." Christ terus beredar dan Virus hanya memandang Christ dari jauh.

~THE LAST MAFIA~

Mesin nadi itu hanya bunyi meleret dan mereka yang berada di dalam bilik itu hanya menatap sekujur tubuh kecil yang terlantar di atas katil.

"Takkanlah..."

"Prof, ini bayi yang terakhir kita dapat. Takkan gagal lagi?" William menghentak meja itu dan lelaki itu terdiam.

"Kalau dia bayi terakhir pun apa masalahnya?! Cari yang lain dan teruskan eksperimen ni! Sampai kita dapatkan rumusan dadah yang betul."

"Tapi, Tuan..!"

"Buat atau kau dipecat." Terus saja William beredar, meninggalkan bilik itu. Butang ditekan lalu bayi itu jatuh ke dalam lubang jerangkap, terus jatuh ke lubang mayat.

~THE LAST MAFIA~

Bantal empuk putih diletakkan di atas selimut putih yang dibentangkan di atas tanah dan mayat bayi itu jatuh ke atasnya. Lelaki yang meletakkan bantal itu hanya merenung bayi itu sambil menyeluk sakunya. Kanta techno yang dipakainya memaparkan maklumat tentang bayi itu.

"Airine, huh? Nampaknya, anak kau juga mangsa William, huh? Menarik." Robert terus membalut tubuh itu lalu diletakkan di dalam dukungannya.

"Jangan risau, Airine. Aku akan buatkan mereka rasa erti penyesalan yang sebenar."

~THE LAST MAFIA~

Pintu terbuka dan Leo Leader berlari masuk ke dalam. Leo Leader, iaitu Adolf tergamam melihat Lisa terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak. William dan Luzman turut berada di situ.

"Apa yang berlaku...?" Luzman terus terduduk di atas kerusi di dalam bilik itu dan tubuhnya menggigil.

"Eksperimen itu...gagal..." Adolf tergamam.

"A-Apa..."

"Airine mati saat dadah itu cuba masuk ke dalam sel-sel darahnya. Terdapat banyak komplikasi yang aku boleh huraikan. Badannya terlalu lemah untuk tampung dadah sekuat itu." Terang William lalu dihidupkan api rokoknya.

"Aku dah cakapkan...sebelum ni...anak aku takkan dapat tampung semua ni...!! Kau yang tak nak dengar...!!" William memandang tajam ke arah Lisa.

"Salah anak kau juga sebab terlalu lemah." Lisa terus menumbuk William dari arah bawah dan William tercampak jauh.

"Kau manusia tak guna, William!!" Jerit Lisa.

"Bertenang, Lisa!" Luzman cuba sedaya upaya untuk menahan Lisa dari belakang. Adolf terus berdiri antara Lisa dan William untuk menahan mereka berdua.

"Sudah, cukup! Pergaduhan korang berdua takkan membantu Airine untuk hidup semula!" Lisa terus menumbuk Adolf dan Luzman tergamam.

"Kau ingat nyawa anak aku satu permainan? Kau ingat anak aku boleh hidup semula kalau kau seru dengan kuasa dan pangkat kau, huh?! Pergi mampus!! Dari awal lagi, aku memang tak setuju dengan rancangan bodoh ni!! Kau culik anak aku dan bunuh dia! Apa yang kau tak puas hati dengan aku hah, William?!! Apa dia?!!"

"Kau boleh bersabar tak, Lisa?!" Bengang Adolf. Lisa terus beredar meninggalkan mereka bertiga. Kemudian, Luzman turut beredar.

"Kau dah buang ke mayat anak dia?" Soal Adolf.

"Ya. Macam biasalah. Buat apa aku nak simpan mayat orang?"

"Mayat kali ni bertuan. Kau jangan lupa siapa ibu bapa dia. Aku nak kau ambil balik budak tu dan uruskan mayat dia dan kebumikan."

"Jadi, betullah Airine dah mati?" Adolf dan William tersentak lalu memandang ke arah seorang remaja perempuan yang berjalan mendekati mereka berdua. "Eksperimen tu gagal?"

"Kau tak perlu nak masuk campur urusan aku, Virus."

"Masuk campur? Kau perlu sedar yang aku ni siapa dalam organisasi ni. Aku Demon Leader jadi aku ada hak untuk mempertikaikan apa saja tindakan kau." William memandang tajam ke arah Virus. Adolf memandang ke arah Virus.

"Virus, ada sesuatu yang aku perlu bincangkan dengan kau." Virus hanya memandang William sebelum beredar bersama-sama Adolf. William memandang Virus dengan penuh amarah.

Aku takkan biarkan kau ganggu rancangan aku, budak!

TBC

Preview BAB 2 THE IMPLEMENTATION

Batu nisan Airine ditendang kuat dan William tersenyum sinis. "Aku kan buatkan kau lebih menderita, Lisa."

"Kau jangan menghuru-harakan keadaan ni!" Lisa menumbuk Yuusha lalu ditendang sehingga dia tercampak ke dinding besi itu.

"PULANGKAN ANAK AKU!" Robert tersenyum kecil saat melihat denyutan jantung mula memberikan tindak balas.

"Welcome to the cruel world, X765. Tidak... Airine Zyphiller" Michelle melihat ringkasan eksperimen itu.

"Ikatan kimia ni mungkin sesuai untuk mereka yang dah tidak bernyawa. Tapi, jika ia diuji pada benda hidup..." Tabung uji jatuh ke lantai dan Virus terus menjerit kesakitan sambil memegang lehernya dengan kuat. "... ia mungkin akan mati."

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLWhere stories live. Discover now