BAB 12 DEPRESSED

102 3 1
                                    

Adolf mendekati Zairul yang memerhati Airine dibalik cermin gelap itu.

"Macam mana dengan dia sekarang?" Soal Adolf.

"Dia tak banyak bercakap malah kelakuannya juga turut berubah." Adolf berdecit lalu menggempalkan tumbukannya.

Robert, si bedebah itulah...

"Kau dah cuba cakap dengan dia?" Zairul mengeluh lalu memalingkan tubuhnya. Tubuhnya disandarkan pada dinding lalu tangannya disilangkan di bawah dadanya.

"Dia lebih suka mendiamkan diri dan kelakuan dia juga...macam seorang psiko. Kau tau?"

"Zairul, kau tau, kan? Dia baru je terlepas dari Robert. Dah hampir 2 minggu dia diseksa Robert. Kau kena faham dia tengah trauma. Dia perlukan sokongan kau. Sokongan Virus." Zairul mengeluh lalu memegang kepalanya.

"Entahlah, Adolf. Kepala aku macam nak pecah sekarang ni."

"Sekarang, macam mana pula dengan Virus?" Zairul menurunkan tangannya dan berdiam seketika sebelum menjawab soalan Adolf.

"Matanya tak ada apa-apa kecederaan. Cuma, mungkin ia akan meninggalkan parut kekal. Queen dah analisis keadaan matanya dan semuanya berjalan lancar."

"Trauma?" Zairul menggeleng.

"Dia tak ada apa-apa trauma setakat ini. Cuma, Airine saje." Adolf menepuk bahu Zairul beberap kali lalu mengukirkan senyuman kecil.

"Aku tahu kau kuat, Zairul. Kau kena kuat kalau kau nak Airine jadi kuat. Kau tak boleh salahkan Robert 100%. Tanpa dia dan Virus, kau juga mungkin takkan dapat jumpa dengan anak kau lagi."

Zairul tergamam lalu tersenyum perlahan-lahan. Zairul memandang ke arah Adolf lalu mengangguk.

"Terima kasih, Adolf." Adolf hanya tersenyum melihat balasan Zairul.

~The Last Mafia~

Tangannya kuat menarik rambutnya yang serabai itu. Wajahnya pucat tidak berdarah dan lebam kelihatan di bawah matanya.

"Mereka takkan tahu kesakitan yang kau alami." Jelmaan dirinya berdiri di sisi katil dengan riak wajah yang tajam.

"Aku hampir bunuh mereka...!"

"Kau memang sepatutnya bunuh mereka."

"Tidak!" Gigi diketap kuat dan air liurnya meleleh seperti anjing gila. "Aku takkan bunuh mereka...!"

"Sudahnya, kau yang merana. Kau patung pada mereka."

"Aku tak nak dengar lagi! Pergi!"

Airine menutup kedua-dua belah telinganya dengan erat dan bayang-bayangnya elok berdiri di sisi katilnya dengan pandangan yang tajam.

"Jadi kenapa kau tak mati saja?" Airine tersentak dan perlahan-lahan terduduk di atas katil. Pandangannya kosong.

Kenapa, ya?

~The Last Mafia~

"Nampaknya, keadaan dia semakin teruk." Queen berpeluk tubuh lalu melepaskan keluhannya.

"Mentalnya semakin tak stabil."

"Dah periksa kadar nadi dia?" Pihak HSU mengangguk lalu memberikan laporan keadaan kesihatan Airine kepada perempuan itu.

"Sakit?" Queen mengeluh lalu memicit dahinya yang terasa berdenyut-denyut. Indra memandang ke arah Airine dari luar lalu dipandang semula ke arah Virus.

"Aku tak suka dia begini. Luka dia terlalu dalam untuk dia alami."

"Jadi, apa pilihan kau, Virus?" Mereka terdiam.

THE LAST MAFIA SPECIAL: THE DOWNFALLWhere stories live. Discover now