Tak mahu!

8 0 0
                                    

              Matanya terpaku di kaca televisyen yang memaparkan drama yang diminatinya. Dia merenung kaca televisyen itu dengan kerutan di dahi. "Apa do laki ni?Dah dapat perempuan tu,kau nak yang lain pulak?Eh dia ni ade aku lempang satgi!" Yasmeen menyinsing lengan bajunya tanda geram. Bantal yang dipeluk sejak tadi di pukul-pukul untuk melepaskan geram. Kalau lah bantal itu boleh berkata-kata,mungkin dia akan melabelkan Yasmeen sebagai orang sakit mental!

           Puan Maria,ibu kepada Yasmeen segera berlari terkocoh-kocoh ke arah anaknya. Di tangannya terdapat sebuah bekas kecil yang berisi adunan bewarna coklat. Diletakkan bekas itu di atas meja sebelum kakinya melangkah mendapatkan Yasmeen.

         "Kenapa ni?Demam ke?Tiba-tiba menjerit ni kenapa?" soal Puan Maria sebelum meletakkan tangan kanannya di dahi Yasmeen. Tak panas pun? "Takde lah ma..Drama ni..Laki tu jahat sangat!" Yasmeen menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

          Matanya tertancap pada adunan kek coklat di dalam bekas yang diletakkan di atas meja. Puan Maria perasan akan anaknya,dia menggeleng perlahan sebelum mengambil adunan itu. "Ini mama buat untuk tetamu kita..Pergi lah siap..Nanti nak jemput tetamu," arah Puan Maria sebelum melangkah lambat-lambat ke arah dapurnya.

         "Tetamu?Siapa ma?" Puan Maria sengaja mendiamkan diri. Hairan Yasmeen melihat perlakuan ibunya. Ahh biar lah. Dia terus melangkah laju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas. Daun pintu almari dikuak perlahan. Baju t-shirt bewarna merah jambu dan seluar track ditarik keluar.

         Tudung bawal yang tersangkut di kepala katil segera ditarik perlahan sebelum diletakkan di atas kepala. Selesai menyiapkan diri, dia segera menuruni anak tangga. Dilihatnya Puan Maria sedang menonton televisyen di ruang tamu. "Ma..Ada apa-apa yang Meen perlu buat?" soal Yasmeen lembut. Puan Maria hairan melihat anaknya.

         Sejak bila anak aku menjadi sopan sebegini? "Haa..tolong buang sampah tu..mama dah ikatkan.." arah Puan Maria sambil menuding jari telunjuknya ke arah sampah yang sudah diikat di tepi bakul sampah.

        Serta-merta wajah Yasmeen berubah. Tangannya menggeletar mengambil sampah itu. Ada memori yang tidak boleh dilupakan dengan 'sampah' ini. Semasa dia sedang melangkah menuju ke luar pagar rumah,matanya tertancap pada sebuah kenderaan empat roda yang terparkir betul-betul di hadapan rumahnya.

         "Siapa pulak ni?" bisik hatinya sambil tangan ligat menyelak daun pintu pagar yang sudah sedikit berkarat. Dia tidak menghiraukan kenderaan yang berada di hadapannya. Dihumban plastik-plastik sampah itu ke dalam tempat pengumpulan sampah yang bersaiz kecil di penjuru rumahnya.

          Seorang lelaki keluar menjenguk kepalanya sambil mengintai-ngintai rumah si gadis itu. Siapa dia ni?Kenapa nak tengok-tengok rumah aku? Tiba-tiba,tangannya terasa seperti ada benda bergerak-gerak. Matanya terbeliak saat melihat seekor ulat sampah yang kecik meliang liuk di atas tangannya.

          Apa lagi? Menjerit lah dia. Sudah lah dia tidak suka dengan ulat,ditambah dengan memori itu lagi lah dia menggigil! Lelaki itu terdengar Yasmeen menjerit. Dia terus melangkah laju ke arah Yasmeen. "Kenapa ni?" soalnya sambil melihat ke arah tangan kanan yang digenggan oleh tangan kiri Yasmeen.

         "Ada ulat kat tangan saya," omelnya sambil menutup kelopak matanya. Amir menarik tangan kanan Yasmeen. Tiada apa-apa? Dia memusingkan tangan Yasmeen. Seperti tadi juga,tiada ulat mahupun serangga yang melekat di tangannya.

        "Takde apa-apa lah..Takde pun ulat tu?" Yasmeen segera melihat ke arah tangannya. Aik?Mana pergi ulat tu? Yasmeen hanya mengeluh perlahan. Nasib baik! Tiba-tiba,matanya tertumpu ke arah baju t-shirt lelaki itu. Terasa mahu pengsan dia melihat ulat yang berada di tangannya sudah beralih tempat ke baju lelaki itu!

          "Err.." Yasmeen cuba untuk meluahkan apa yang dilihatnya,tetapi suaranya seperti tersekat secara tiba-tiba. Kerutan di dahi Yasmeen membangkitkan tanda tanya lelaki itu. Kenapa dengan baju aku?

       Dia segera melihat ke arah bajunya. Serentak wajahnya terarah di bahagian bahunya. Seekor ulat meliang-liuk bergerak di bahunya. Dia menjentik ulat itu sebelum memijaknya dan membiarkannya di atas tanah.

         Yasmeen masih menggigil. Dia benci semua ni! Lelaki itu segera menghulurkan tangan untuk menolong Yasmeen. "Boleh bangun tak?" Yasmeen teragak-agak untuk menyambut tangan lelaki itu. Dia berdiri dengan dibantu oleh si lelaki itu.

         "Terima kasih.." ucapnya sebelum terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Puan Maria yang baru sahaja mahu ke pintu pagar tersentak melihat Yasmeen berlari masuk dengan keadaan tergesa-gesa.

         "Haa..Amir...jemput lah masuk..Kamu ada berbual dengan anak mak cik ke tadi?" soal Puan Maria sambil mengiringi Amir ke ruang tamu. "Takde lah berbual pun.." jawab Amir sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi apabila dipelawa Puan Maria.

          Puan Maria memanggil Yasmeen yang berada di tingkat atas. Panggilannya tidak dibalas. "Yasmeen!Kamu buat apa kat atas tu?" Yasmeen menuruni anak tanggan dengan lambat. Aduh..dah lah malu tadi!

           "Tu laaa cikgu kamu," ujar Puan Maria apabila Yasmeen sudah mengambil tempat di meja makan. Yasmeen yang sedang menghirup air hampir tersedak apabila Puan Maria memberitahunya bahawa lelaki itu adalah cikgunya. "Ma...kan Meen kata yang Meen boleh belajar sendiri," bentaknya sebelum meletakkan semua cawan di atas meja. Tiba-tiba pula tiada selera hendak menjamahnya.

          Amir sekadar memerhati perbincangan dua beranak di hadapannya. Matanya meliar melihat hiasan di sekeliling ruang tamu yang besar itu. Dapat dilihat susunan di ruang tamu itu sangat unik dan cantik sekali.

Oracle CodeWhere stories live. Discover now