"Hyung, ada surat untuk kau." Seungcheol melihat ke arah Boo Seungkwan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam apartmen milik mereka.
"Surat apa tu kwannie?" sapa Jeonghan yang baru sahaja tiba di ruang tamu. Seungkwan menjungkit bahu sebagai tanda tidak tahu, lalu dia menyerahkan surat tersebut kepada Seungcheol.
Jeonghan pula mengambil tempat di sebelah Seungcheol. Manakala Seungkwan pula mula mengambil tempat di sofa single.
Seungcheol mula membuka surat tersebut.
**********************
Annyeong. Choi Seungcheol, kami di sini ingin menjemput Seventeen ke majlis perasmian sebagai tetamu Vvip. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke sini.Bertempat di Death Village
Waktu pada 8.00 malam
Tema adalah Smart casualDi harapkan anda dapat hadir ke majlis kami seperti ditetapkan.
*************************
Dahinya berkerut melihat apa yang tertulis pada surat tersebut. Terutamanya tempat yang di tetapkan. 'Death Village' pertama kali dia dengar tempat itu.
"Seungkwan, mana kau dapat surat ni?" soalnya serius.
"Aku jumpa masam nak ambil surat di dalam peti tadi."
"Apa dia tulis Cheol?" Seungcheol berpaling ke arah Jeonghan. Surat tadi dia serahkan kepada lelaki itu.
"Kau rasa kita patut pergi tak?" soalnya tiba-tiba. Jeonghan menyerahkan surat itu kepada Seungkwan pula. Entah di merasa suatu yang tidak kena apabila membaca surat itu tetapi semuanya di tangan Seungcheol, mereka cuma ikut sahaja.
******************
"Jin hyung. Aku ada jumpa surat kat dapur tadi. Bawah pinggan roti Bakar." Jin melihat ke arah Jungkook yang baru sahaja mengambil tempat di kanannya.
"Surat?"
Surat putih itu dia ambil lalu membukanya.
"Ada jemputan rasmi lah. Tapi macam mana ada atas meja ehh?" soal Jin. Matanya melihat ke arah Jungkook yang menyumbat mulut nya dengan Roti.
"Entah."
"Joon, kau rasa nak pergi tak?" kini dia beralih ke arah Namjoon yang duduk di sebelah kirinya.
"Entah, aku ikut je."
YOU ARE READING
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐬 𝐘𝐨𝐮 || 𝐵𝑇𝑆 ғᴛ 𝑆𝐸𝑉𝐸𝑁𝑇𝐸𝐸𝑁
Mystery / Thriller20 lelaki yang terjebak dengan sebuah permainan puaka terpaksa membunuh untuk hidup. saksikan perjalanan mereka untuk menerus hidup dan kembali ke dunia nyata semula. "jin hyung, kau ke tu?" - Park Jimin "Hannie, kau buat apa dengan pisau tu?"-Seu...