"Hyung pasti ke ini tempat yang betul?" soal Wonwoo sambil berjalan ke arah sekitar halaman rumah mewah itu.
"Entah, aku pun tak pasti. Aku ikut Gps je, dah dia kata ini tempatnya. Betul lah tu." kata Seungcheol lalu berjalan ke arah pintu utama perumahan mewah itu.
"Seokmin-ahh aku takut." Seungkwan memeluk lengan Lee Seokmin kemas. Matanya meliar ke arah seluruh kawasan sekitar. Perumahan mewah itu jika di perhatikan betul-betul berada di atas bukit, di tengah hutan. Gema suara mereka berbual juga boleh kedengaran oleh kerana kesunyian tempat tak berpenghuni itu.
"Aku pun takut. Tempat ni seram wei." tubuhnya mengigil apabila angin malam menyapa kulit mereka.
"Han!!!" tiba- tiba suara Choi Seungcheol kedengaran kuat di hadapan pintu utama perumahan tersebut. Tanpa berlengah Jeonghan berlari ke arah lelaki itu, di tariknya tangan Lee Chan bersama ke arah lelaki itu.
"Hyung! Sabarlah wei, asal kau nak laju sangat ni!" marah Lee Chan apabila dia hampir ingin tersadung akibat tarikan Yoon Jeonghan tadi.
"Kenapa cheol?" soal Jeonghan tanpa menghiraukan wajah cemberut Lee Chan.
"Seramlah wei. Cuba kau baca nota ni." Seungcheol menyerahkan sekeping kertas lama yang terdapat kesan darah di atasnya kepada Jeonghan.
*******************
WELCOME TO DEATH VILLAGE!
Tahniah kerana anda berjaya sampai ke tempat kami.Sebelum anda melangkah kaki masuk ke dalam rumah ini, sila pastikan anda membuat pilihan yang betul.
Susu atau kopi?
Biskut atau buffet?
Sushi atau Kimchi?
Diri anda atau sahabat anda?
***********************l
Jeonghan terpaku.
"Surat apa ni Cheol?"
"Entah aku jumpa atas lantai masa nak buka pintu." kata lelaki itu tenang.
Jeonghan menoleh ke arah Lee Chan di sebelahnya.
"Dino, panggil semua berkumpul di sini sekarang." arahnya tegas. Surat tadi digenggam kemas. Bag galasnya di letakkan di hadapan pintu utama rumah mewah tersebut.
"Baik!" Lee Chan berlari pantas ke arah tempat seventeen berkumpul sebelum kembali semula bersama mereka.
"Kenapa hyung?" soal Hoshi terpinga-pinga.
"Sabar, jap."
"Surat apa tu hyung?" soal Wen Jun Hui pula.
"Sejuk!" Mingyu mula merapatkan dirinya di antara Wonwoo dengan Minghao.
"Itam! Duduk diam-diam boleh tak?!" marah wonwoo apabila Mingyu tak habis-habis bergesel dengannya.
"Tchhh... Macam dia putih sangat." kata lelaki korea itu lalu menjeling tajam ke arah Wonwoo.
"Okay listen! Aku sebut kau semua jawab okay!" arah Jeonghan. Seventeen mula diam, mereka mula menumpulkan perhatian kepada Yoon Jeonghan di hadapan.
"Susu atau kopi?!"
"Susu!!!"
"Kopi!!!"
Seungcheol mengiling perlahan. Sekejap susu, sekejap kopi, kalau macam inilah gayanya. Memang sampai esok mereka tak masuk ke dalam.
YOU ARE READING
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐬 𝐘𝐨𝐮 || 𝐵𝑇𝑆 ғᴛ 𝑆𝐸𝑉𝐸𝑁𝑇𝐸𝐸𝑁
Mystery / Thriller20 lelaki yang terjebak dengan sebuah permainan puaka terpaksa membunuh untuk hidup. saksikan perjalanan mereka untuk menerus hidup dan kembali ke dunia nyata semula. "jin hyung, kau ke tu?" - Park Jimin "Hannie, kau buat apa dengan pisau tu?"-Seu...