" saya minta maaf Ryan, kalau nak diikutkan kajian tentang awak, awak hanya boleh hidup dalam masa 100" kata doktor kepada Ryan yang sedang duduk dihadapannya.
"hmm saya, ok doktor. Saya dah lama tunggu saat ini" jawab Ryan dengan keadaan yang kurang sihat.
" Ryan, awak masih muda untuk mati. Awak ada banyak lagi masa untuk ubah kehidupan awak, awak boleh melakukan banyak rawatan lagi sayang untuk awak tinggal kan dunia ini terlalu cepat" hujah doktor kepadanya.
Dia membalas kata kata doktor itu dengan sepenuh hati "doktor, saya rasa inilah pengakhiran saya doktor. Saya boleh terima semua ni. Inilah waktu yang saya tunggu selama ini. Saya gembira dapat hidup selama ini. Saya gembira dapat berjumpa dengan doktor " dia memberi tunduk hormat kepada doktor dan terus keluar dari bilik itu.
Dia duduk dikerusi hadapan bilik doktor tadi dan menutup mukanya kerana menangis.
Seorang jururawat datang mendekati Ryan dan bertanya "encik, encik ok?".
Ryan terus berdiri dan memandang jururawat tersebut dengan mata yang tajam "kau nak ape?"
Jururawat tersebut hanya menunduk dan menggeleng sahaja.
"kau berambus, aku tak suka perempuan". Jururawat itu pun pergi dari situ.
Setelah jururawat itu pergi, dia duduk semula di tempat yang sama. Setelah beberapa jam berada di situ dia tertidur seorang lagi jururawat datang dan mengejutkan dia "encik, awak tak boleh tidur disini".
Ryan berasa marah dan terus berdiri mengangkat tangan "kau ni tak faham ke..." dia terpaku selepas melihat jururawat tersebut jururawat tersebut memandang matanya sambil terseyum.
"high five!!!" menepuk tangan Ryan yang sedang terangkat yang cuba untuk memukul dia. Ryan terdiam dan menurunkan tangan nya ke bawah. "Kau nak ape dekat sini, aku malas nak layan lah, pergi main jejauh".
Jururawat tersebut tersenyum dan berkata "awak tak boleh tidur dekat sini".
Ryan terus bangun dan memandang jururawat tersebut dengan pandangan mata yang tajam.
Jururawat itu memandang matanya sambil tersenyum lebar. Ryan kemudiannya meninggalkan jururawat tersebut.
Jururawat itu melihat kearah tempat yang diduduki Ryan sebentar tadi dan terjumpa kertas keputusan pesakit, dia membuka kertas tersebut dan terkejut.
Dia mengejar Ryan dan Ryan terus bejalan tanpa menyedari jururawat itu sedang mengejarnya.
Apabila dia berada di depan lif barulah dia menyedari kehadiran jururawat tersebut. Dia terkejut dan bertanya "kenapa kau ikut aku".
" awak punya slip tertinggal" Ryan mengambil semula slipnya dan mengucapkan terima kasih.
Jururawat itu masih tersenyum walaupun termengah mengah kepenatan kerana mengejar Ryan. Sewaktu pintu lif ditutup mereka bertentang mata.
Jururawat itu memberikan senyuman yang manis kepada Ryan sebelum pintu lif itu ditutup sepenuhnya.
Ryan masih berada di hospital itu, dia tidak mahu pulang bersama kesedihan yang dihadapi.
Ryan naik ke atas bumbung hospital untuk melihat pemandangan di situ. Kemudian, jururawat tadi tiba di atas bumbung untuk menghabiskan waktu rehatnya.
Dia ternampak Ryan kemudian cuba untuk pergi senyap senyap tetapi pergerakannya terlalu lambat sehinggakan Ryan sempat melihat dia bergerak atau cuba untuk lari dia memanggil jururawat itu.
"woii kau! Kau ikut aku ya? ".
Jururawat tersebut menoleh kearah Ryan sambil tersenyum
"tak encik, saya cuma ingin menghabiskan waktu rehat saya dan ini adalah tempat saya selalu lepak".
Ryan hanya mengganguk, dia berkata "kalau macam tu, duduk jelah awak nak kemana tu".
"boleh ke?" tanya jururawat tersebut.
"kalau kau kata ini tempat kau selalu lepak maknanya aku yang kacau tempat kau, sorry"Ryan berjalan untuk pergi.
"ehh takpe takpe, encik boleh duduk sini lagi, saya boleh pergi" menolak Ryan ke tempatnya tadi.
"takpe aku dah nak pergi dah".
"kalau macam tu encik boleh tak temankan saya dekat sini" senyum dengan lebar.
Ryan tertawa kecil apabila melihat senyuman manis yang diberi oleh jururawat tersebut.
"ye lahh, tapi sekejap je tau. Nanti kawan aku cari".
"baiklah. Mari saya bawa encik ke tempat saya selalu duduk."
"kat mana?"
"ikut sajalah" dia menarik tangan Ryan dan membuatkan degupan jantung Ryan menjadi lebih laju.
"kau nak bawak aku ke mana ni?".
"adalahh".
YOU ARE READING
100 days
Romanceseorang lelaki yang sangat membenci wanita mempunyai penyakit barah tahap 4 dan kemungkinan untuk hidup adalah 100 hari sahaja. sewaktu berada di hospital dia terjumpa dengan seorang wanita yang menawan... nak tahu lebih lanjut sila baca cerita ini�...