Chapter 15

670 84 32
                                    

SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana dia
Bukan seorang

HARI Jumaat itu menjadi hari yang paling penting bagi Ahli Penyiasat Muda lebih - lebih lagi pada kaum lelaki yang bermuslim sebab mereka perlu mengerjakan solat  Jumaat.

   Stor kantin menjadi sasaran. Kini, Ali dan Khai meniarap di semak berposisi askar.

   Moon memandang dua sahabatnya dengan pandangan jengkel. "Apa lah korang ni. Kita ketuk sahajalah pintu stor tu bila Cikgu Jenny masuk."

   Ali meletakkan jari di mulut dan membuat bunyi 'shh' berkali - kali. Khai menepuk bahu Ali. "Ali, Cikgu Jenny dah masuk bilik stor bawa pisau."

  Ali dan Khai jalan merangkak ke hadapan pintu bilik stor sambil diperhati oleh beberapa pelajar yang berada berdekatan dengan stor kantin.

   Moon menggeleng. Allahu, kawan siapa ini? Tidak ingin aku mengakuinya.

  Moon ingin mengetuk pintu bilik stor tetapi dihalang oleh Ali. "Jangan ketuk Moon. Mana tahu dia tengah bunuh orang ke?"

  Moon tidak mempedulikan kata - kata Ali, dia mengetuk pintu bilik stor itu.

   Pintu terbuka dan terpapar wajah Cikgu Jenny dengan senyuman bingung. Ada cecair merah melekat pada bibirnya itu.

  " Ya, ada a--"

   Ali dan Khai meluru masuk. Tidak dipedulikan Cikgu Jenny yang terjatuh seperti nangka busuk itu.

   "Burger?" Khai memandang burger yang berada di atas pinggan. Bukan itu sahaja banyak lagi makanan seperti itu di sekitar meja.

   Cikgu Jenny menunduk. " Kamu dah tahu ke yang cikgu makan burger? Tutup pintu dulu." Cikgu Jenny menutup pintu.

   "Cikgu sebenarnya suka sangat makan burger tapi cikgu jenis makan comot. Cikgu pun selalu buat burger sendiri sebab malas nak beli burger kat luar." Cikgu Jenny tersengih. "Jangan beritahu sesiapa tau?"

   Mereka bertiga melopong. Kejap, apa?

Jenny✖️
Ridzwan
Bakar

...

   "Wey, mak cik aku dah sampai. Bye korang. Semoga berjaya. " Moon melambai ke arah dua sahabatnya sebelum bergerak ke kenderaan mak ciknya.

   Setelah kenderaan mak cik Moon pergi, Ali memandang Khai. "Kau pasti ke nak siasat Cikgu Bakar."

   Khai memandang aneh Ali. " Ali, dia kan senarai dalam suspek. Tapi tak pa, kita siasat dulu dia. Kalau betul, betullah."

   Ali tersenyum pahit.

   Cikgu Bakar mendekati anak mak cik kantin yang sedang menolong ibunya membungkus  kentang.

  " Hai cik adik manis. Apa beza awak dengan van mayat? "

   Cik adik itu menggeleng. Ibunya yang berada di belakang mahu sahaja menyimbah minyak panas kepada Cikgu Bakar.

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now