CUACA di pagi hari kelihatan mendung sahaja,awan yang putih bertukar menjadi kelabu menandakan hujan ingin turun
Kelihatan angin mula meniup perlahan membuatkan daun-daun terbang mengikuti angin
Terbang melimpasi sebuah rumah yang besar di situ..
Melalui tingkap,kelihatan dua susuk tubuh di situ
Seorang permuda dan seorang budak lelaki kecil,permuda itu sedang duduk di sofa manakala budak lelaki itu berdiri di sebelahnya
"Ayah!~ ini siapa?"
Jari kecil itu menunjuk ke arah sebuah album yang berada di tangan permuda itu
Dia menunjuk tepatnya ke arah seorang lelaki berkaca mata oren yang sedang berdiri bersama kedua orang tuanya
"Ini Pakcik Solar,Petir pernah jumpa dengan dia waktu kecil"
Petir,pemilik jari kecil tadi itu pun menurunkan tangannya tetapi matanya masih memandang ke arah gambar itu
Dia memerengkan kepalanya menandakan dia tidak mengenali lelaki di dalam gambar itu
"Petir tidak ingat ke?" Tanya Sang ayah,permuda itu lagi membuatkan Petir mendongak memandang ayahnya
Mata birunya yang sama dengan ayahnya itu kelihatan indah seperti warna laut yang terbentang luas
"Hermp!" Petir menggelengkan kepalanya membuatkan Sang ayah ketawa kecil lalu tersenyum
"Baiklah tidak mengapa. Hari ini kita akan berjumpa dengan dia" lalu dia menutup album itu dan meletakan di depan meja
Petir memandang ke arah album yang terletak di meja lalu kembali memandang ayahnya
"Betul ke?" Tanyanya membuatkan ayahnya mengangguk lalu mengangkat perlahan anaknya
"Ya,kita akan pindah ke tempat dia berada dan kalau Petir nak tahu Pakcik Solar ada seorang anak..jadi Petir tahu bukan apa maksudnya?"
Senyuman terukir di wajah si kecil Petir
"Petir akan dapat kawan baru?"
"Hahaha,ya"
Sang ayah pun memusingkan badannya sambil mengangkat tinggi anaknya membuatkan si kecil Petir ketawa gembira
Ketawa riang kedengaran di ruang tamu itu dan tak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki berjalan turun dari tangga
Kelihatan seorang wanita berambut hitam berjalan ke arah mereka membuatkan mereka menghentikan ketawa riang mereka
"Ibu!~" panggil si kecil lalu Sang ayah menurunkan dia
Dia berlari menuju ke ibunya lalu memeluk kaki ibunya membuatkan Sang Ibu ketawa
"Lily-chan,kita berangkat sekarang" kata Taufan membuatkan Hali memandangnya
Mata berlainan warna itu memandang tepat ke mata biru Taufan
Hali diam lalu memandang Petir yang sedang tersenyum memandang ke arahnya,kelihatan raut wajah risau terpasang di wajah Hali
"Fa,Apa kau sudah memberitahu Lar tentang perkara ini?" Tanya Hali serius
Taufan mengangguk
Hali mengeluh perlahan lalu dia pun memegang tangan anaknya dan tangan sebelahnya lagi memegang bagasi berwarna hitam
"Baiklah..Mari"
Taufan pun berjalan keluar dari situ diikuti Hali dan Petir dari belakang
Tiba-tiba Petir menghentikan langkahnya membuatkan Hali turut menghentikan langkahnya
YOU ARE READING
The Secret Of Indera Keenam
Aventura[Sambungan Cerita 'Our Memories'] [Season 2] Cerita baru bagi memulakan pengembaraan menuju ke sebuah dunia Fantasy [START] Petir adalah anak kepada Hali dan Taufan yang mempunyai sebuah kelebihan iaitu boleh melihat benda gaib seperti ibunya Kelebi...