6

15.3K 943 203
                                    

"Kenapa nangis tu, Yam?" Ada soalan terluah daripada bibir  Ustazah Nani yang sedang menyiram pokok bunganya di laman rumah.

Pandangan anak kecil itu teurs terarah kepada Ustazah Nani. Air mata yang merembes disapu dengan kedua-dua belah tangan.

"Abang Alfan, dia marah Yam. Yam tak kacau dia pun. Yam duduk bawah pokok makan biskut je. Pastu dia datang marah Yam. Dia cakap dia menyampah dengan Yam. Dia meluat dengan Yam." Adu Maryam dan air mata semakin melebat. Penat dah tangan dia menyeka air mata yang daripada tadi menuruni ke pipi. 

"Pastu, kawan-kawan dia tanya mana ayah Yam? Cakap ummi Yam tu janda. Pastu ada dia cakap pasal anak sah ke tak sah." Maryam menyambung aduan. Terhinjut-hinjut bahunya. Sedih.

"Allah ... yeke? Nanti Ustazah Nani tegur dia, ya. Yam pergi masuk dalam rumah. Dah nak maghrib ni. Tengok ... warna langit pun dah bertukar. Lepas maghrib nanti datang mengaji dengan Ustazah Nani di rumah, ya." Isteri Ustaz Abu itu memujuk dengan senyuman nipis. Tak sangka pula Alfan berubah menjadi begitu. Kasihan Maryam. 

Maryam mengangguk dan langkah kaki mula berlari masuk ke dalam rumah. Tiada salam yang diberi seperti kebiasaan. Kelibat ummi yang didambakan dicari-cari. 

“Ummi … “ Suara mula meleret bila melihat  Puan Azlina sedang memakai kain telekung ketika itu, bersedia mahu mengadap pencipta sebaik azan berkumandang nanti.

"Haaa ... Yam. Pergi mandi. Kejap lagi boleh solat sekali dengan ummi." Puan Azlina menuturkan bicara sebaik sahaja kelibat Maryam kelihatan. Berkata-kata tanpa memandang ke arah Maryam yang sugul.

"Yam nangis ni. Ummi tak nampak ke?" Pinggang Puan Azlina terus dirangkul. Kepala disembamkan ke perut ummi."Nangis? Buang tabiat ke apa yang nangis tiba-tiba ni?" Bahu Maryam dipegang, nak tengok mana muka budak yang kononnya menangis itu.

"Ayah Yam mana, ummi? Kenapa Yam tak ada ayah? Ummi janda ke?" 

Wajah Maryam ditilik. Ya, Maryam tidak bercanda. Maryam memang benar-benar menangis sebab pipi merah, hidung pun merah siap berhingus lagi. Kolam mata pun masih ada sisa mutiara jernih. Ada satu kerutan terbentuk di dahi Puan Azlina. Pelik dia dengan soalan Maryam. Soalan tiba-tiba di waktu maghrib. Hairan.

"Siapa cakap semua ni? Tahu ke janda tu apa?" Puan Azlina mula duduk di atas sejadah. Tubuh Maryam juga diduduki di hadapannya. Rambut yang mungkin basah akibat peluh itu diusap ke belakang. Helaian rambut yang tidak sempurna duduknya diselit pada belakang telinga.

"Kawan Abang Alfan yang cakap. Nama dia Asri." Kesebakkan yang hilang sebaik melihat wajah ummi datang lagi ke dalam dada. Air mata semakin berat bertakung di kolam mata Maryam.

"Kalau ummi janda pun kenapa? Yam dah biasa hidup dengan ummi sedari dalam rahim ummi lagi. Kita berdua je. Ayah tak pernah ada pun dengan kita." Bicara lembut menenangkan jiwa Maryam yang dilanda kesedihan, titis-titis mutiara jernih disapu bila ianya turun di pipi mulus Maryam.

"Jadi betullah kawan Abang Alfan tu cakap, janda ni maksud dia ummi tak ada suami. Pastukan, dia ada cakap Yam ni anak sah ke tak sah. Maksud dia apa, ummi?" Pertanyaan lainnya terluncur dairipada bibir Maryam.

Puan Azlina tersenyum kelat. Budak manalah yang cakap macam ni pada Maryam? Kalau dia dapat tau siapa budak itu, dia nak cili-cili mulut budak tersebut. Tak ada adab!!! 

"Yam anak sah di sisi agama Islam, di sisi undang-undang negara. Nanti bila Yam dah boleh membaca, ummi kasi Yam tengok sijil lahir Yam. Dekat situ ada maklumat ayah Yam."

"Habis ayah Yam mana? Dari lahir sampai sekarang, Yam tak pernah pun tengok ayah. Tak kenal pun ayah Yam."

"Memanglah. Ayah pergi masa Yam baru ada dalam perut ummi."

"Yam ni anak yatim ke?"

Puan Azlina mengangguk.

"Tapi bukan ke kalau orang tu dah meninggal, dia ada kubur. Ummi tak pernah pun bawa Yam pergi kubur ayah."

"Lepas ni ummi bawa Yam pergi kubur ayah. Sekarang ni pergi mandi. Lepas tu ikut ummi solat. Cepat, cepat ... kejap lagi nak pergi mengaji di rumah Ustazah Nani pula," gesa Puan Azlina dengan tolakan di bahu Maryam. Lebih baik begini sebelum semakin banyak soalan yang Maryam akan ajukan. Maryam budak bijak.

Anak kecil yang bajunya ada sisa ais krim itu akur. Fikirnya sebelum mandi, Maryam rasa dia nak makan ais krim Oreo dulu semangkuk. Tak baikkan Abang Alfan itu cakap macam-macam dekat dia. Dia anak yatimlah.

7. Abang... Please!! (TERBIT)Where stories live. Discover now