8

12.7K 950 367
                                    

"Ummi, alien tu apa?" soal Maryam sebelum Puan Azlina menyuap nasi ke dalam mulut mulutnya.

"Alien? Mana dengar perkataan ni?" Ya Tuhan ... tadi petang balik daripada taman permainan, Maryam bawa balik perkataan janda dengan anak sah tak sah. Ini balik daripada rumah jiran sebelah, Maryam bawa balik perkataan alien pula. Esok-esok apa pula perkataan yang Maryam nak bawa balik. 

"Ada kawan Abang Alfan namanya Asri panggil Yam ni alien. Alien tu apa, ummi?"

"Alien tu bermaksud makhluk asing." Nasi berlauk ayam itu disuap ke dalam mulut Maryam. Makan bersuap begini barulah Maryam tak memilih makanan. Boleh juga Puan Azlina sembunyikan sayur di dalam nasi.

"Yam ni anak makhluk asinglah kiranya, kan?"

"Ya Allah ... apa yang Yam mengarut ni? Yam anak ummilah. Yam, kan manusia."

"Dah tu, kenapa warna mata Yam lain daripada ummi, lain daripada semua orang? Kenapa satu warna hitam? Satu lagi warna biru? Alien ni duduk mana? Ummi kena hantar Yam balik ke rumah Yam. Mesti ummi dengan ayah Yam tengah cari Yam sekarang ni. Kesian dia orang."

Terlepas ketawa Puan Azlina. "Merepek jelah awak ni, Yam. Mata awak macam tu sebab awak ikut ayah awak. Kalau nak tahu dalam keluarga ayah awak, banyak yang warna anak matanya selain daripada warna hitam. Ada yang warna hijau, ada yang warna koko ... Mata Yam sebijik macam ayah Yam. Satu warna hitam, satu lagi warna biru. Dalam bahasa saintifik, orang yang ada mata macam Yam ni dipanggil heterochromia. Kurang melanin dalam badan sebab tu warna mata jadi macam tu. Selain daripada mata, ada juga yang rambut warna selain daripada warna hitam. Sebab tu juga ada orang kulit cerah, kulit gelap. Yam kecik lagi, nanti bila Yam dah besar, Yam fahamlah apa yang ummi bebel ni. Yam, anak manusia ... anak ummi!!!"

"Ohhh ... lepas tu, kalau ada orang ejek Yam pasal mata Yam ni, apa Yam kena buat?"

"Buat tak tahu je. Pekakkan telinga tu. Lama-lama senyaplah dia orang. Tak payah nak bertekak. Mata Yam unik, Allah yang kasi. Yam maafkan je siapa-siapa yang ejek Yam tu. Yam kena kesiankan dia orang sebab kurang ilmu pengetahuan. Okey?"

Maryam mengangguk. "Ummi pernah kena ejek?"

Pertanyaan Maryam buatkan Puan Azlina tersenyum kelat. Dia janda ... tak mungkin tak pernah kena ejek. Bukan ejek tapi disindir, diperli, dipulau, disisih. Manalah ada perempuan yang suka nak berkawan dengan janda. Risau janda ini merampas suami dia orang, risau janda nak menumpang kasih. 

Dia bukan janda yang kesepian, yang menagih kasih lelaki orang, laparkan perhatian. Dia rasa bahagia hidup begini ... berdua sahaja dengan anak. Satu lagi, nak dapat suami yang menerima Maryam mungkin payah. Puan Azlina risau kalau dia berkahwin lagi, Maryam akan dicabul. Sudahlah Maryam sejenis naif. Jadi jalan yang paling selamat, tak payah berkahwin. Besarkan saja anak yang ada.

Tiba-tiba jari Puan Azlina digigit. "Yam ... kenapa gigit jari ummi?"

Muncung sedepa mulut Maryam. "Yam lapar ni ... ummi kenapa? Suaplah Yam makan."

"Perlu ke sampai gigit jari ummi?"

"Jari ummi pun Yam nampak macam sedap." Jawapan dengan sengihan lebar. Suka kenakan ummi sebegitu. 

"Pandailah awak, Yam. Ni nak kena tambah nasi lagi ke? Yam nak makan lagi?"

Maryam mengangguk. Puan Azlina bangun daripada kerusi dan berlalu ke dapur. Nak tambah nasi lagi. Memang selalunya Maryam akan makan sampai tiga pinggan nasi. Tapi ... nak lauk ayam je, lauk lain tak nak. 

"Ummi, nanti Yam nak makan ais krim pula tau," jerit Maryam daripada meja makan.

Puan Azlina hanya berdehem. Selagi tak habis ais krim di dalam peti ais itu, Maryam nak mengulang makan sahaja. Dah habis nanti, senyaplah dia.

7. Abang... Please!! (TERBIT)Where stories live. Discover now