Satu

10 1 0
                                    

Mika

Aku Mika. Hidup aku penuh dengan pancaroba. Dari sejarah hidup keluarga aku hinggalah membawa kepada dendam sepupu aku sendiri. Sekarang aku sedang menunggu keputusan SPM aku. Entah baik entah tidak, aku redha dengan keputusan yang akan aku peroleh.

Sejak awal pagi lagi aku sudah bertekad bersama kawan-kawan aku yang lain untuk berkumpul di kantin sekolah memandangkan keputusan SPM akan diumumkan oleh pengetua di situ.

Akhirnya masa pun telah tiba. Pengetua sudah berucap di hadapan kami semua. Melalui gaya intonasi percakapannya, aku sudah menduga bahawa dia berasa gembira pada hari ini. Apa yang dia gembirakan sangat tu?

Oh! Aku terlupa. Aku boleh baca fikiran orang. Tapi aku sengaja tidak mahu membaca isi kandung yang ada dalam kepala otak orang yang berusia linkungan 50-an tu. Tanpa aku sedar, ramai guru-guru dan bekas murid-murid yang sama baya dengan aku bersorak kegembiraan.

Aku sedar, ada seseorang menepuk bahu kanan aku. Rupanya orang itu ialah Aqit. Sahabat baik dunia dan akhirat aku.

“Hoi! Kau mengelamun apa? Jom la, nama kita berdua dah disebut kat depan tu,” kata Aqit.

“Huh? Bila masa? Sekarang?”

“Kau dah kenapa? Jom la cepat.”

Aku pun tersengih-sengih tanda keliru. Sejak bila pengetua ada panggil nama kami berdua? Tanpa berlengah, aku pun bangkit dari tempat duduk dan terus ke hadapan dengan Aqit menuju ke arah pengetua. Rupa-rupanya aku dan Aqit dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang SPM kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Wah! Bangganya aku. Aku pun turut bangga dengan Aqit. Tak sangka, di awal permulaan aku mengenal dia dulu hingga sekarang aku masih bersama dengan dia juga. Mata aku berkaca sekejap huhu!

“Pergh! Straight A cial! Bio A, Chem A+, addmath A bhai!” Ucap Ben sambil melihat slip keputusan SPM kepunyaan aku.

“Hah Aqit! Bak sini kau punya aku nak tengok,” arah Ben.

Aqit pun terus beri kepada dia. Manakala yang lain hanya tertawa melihat gelagat Ben.

“Wah! Bio A-, Chem A, addmath A+ woah! Terer ar!”

“Kau pun apa kurangnya, hebat gak,” kata Aqit.

“Ala, aku punya banyak B je. Tapi kira ok la tak ada yang C,” sengih Ben dengan menampakkan giginya yang dipasung dengan braces.

“Hah! Ok la tu. Bersyukur la sikit yang kau takde failed,” sampuk Syaza. Kembarnya pula Syafiq hanya ketawa saja.

“Hahaha! Iya la.”

Kami berlima pada waktu ini sedang lepak bersama di warung berdekatan dengan sekolah dan lokasinya pula bersesuaian dengan apa yang kami mahukan. Tepi laut. Maklumlah, baru lepas dapat result. Tapi sayang, sepatutnya kami berenam. Nak buat macam mana, Dani masih lagi koma tidak sedarkan diri. Sudah hampir setahun dia terlantar di katil hospital. Sudahnya, dia tidak dapat menduduki ujian SPM bersama dengan kami atas sebab masalah khas.

Sedang kami menunggu pesanan tiba, Aqit mencelah.

“Apa kata pasni kita semua pergi tengok keadaan Dani kat hospital. Nak tak?”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DendamWhere stories live. Discover now