ATSK! 6

677 32 5
                                    

"Nah, lemon meringue pie untuk Rif."

Zarif menyeringai lebar, menampakkan sebaris giginya yang putih berseri. Tangannya laju sahaja menyambut huluran kotak yang diberi si abang. "Hehehe, Thanks brother."

Gelojoh Zarif nak makan pai kegemarannya. Namun, baru sahaja sudu yang tersedia hendak menerkam pai tersebut, Puan Aishah terus menampar tangannya. Zarif buat muka tak puas hati.

"Sakitlah mak!" Bising Zarif, sambil menjuih bibir.

Puan Aishah merenung tajam anaknya. "Baca bismillah dulu kut ya pun dah tak sabar-sabar nak makan."

"Dah bacalah. Dalam hati. Apalah mak ni. Orang dah excited nak makan ni, mak kacau pulak."

Akif ketawa melihat adiknya itu merungut dengan bibirnya yang menjuih ke depan. Dia melabuhkan punggung di atas katil, bersebelahan Zarif lalu tangannya menyentuh kepala lelaki itu, mengelus perlahan rambut lurus adiknya."Makanlah."

Zarif menoleh ke sisinya dan tersengih, lalu sudu dicapai semula dan sebahagian pai terus dimasuk ke dalam mulut. "Mmm, sedapnya! Pai yang along buat memang sedap! The best!"

Akif tersenyum lagi.

Puan Aisyah pula menggeleng kepala tak senang. "Makan manis kuat sangat Rif ni. Nanti kena kencing manis baru tahu."

"Alah, biarlah. Rif tak kisah pun kena kencing manis asalkan Rif dapat makan kek dan pastri yang along buat."

"Hmm, yalah tu. Along pun satu, asal datang tengok Zarif je bawak benda manis-manis untuk dia. Cuba datang tak payah bawak macam ni."

Zarif menjuih bibir, tanda protes. Dia tidak suka dengan idea ibunya itu.

"Alah, tak payah risaulah mak. Mak pun tahu kan semua dessert yang Akif bawak untuk dia semua Akif buat sendiri. Akif pun tahu jaga kesihatan adik Akif ni." Akif bersuara lembut.

Akif tahu adiknya itu sangat suka dengan manisan yang dibuatnya dari Kafe Smile. Atas sebab itulah resipi bagi pemanis mulut yang dibuatnya untuk Zarif, diubah suai sedikit berbanding dengan pemanis mulut yang dijual di Kafe Smile.

Akif pula tak seperti Zarif, dia tak suka benda manis. Walaupun dia seorang lulusan cef pastri dari sebuah institusi di Perancis. Dia jadi cef pastri disebabkan kegemarannya melihat seni bagi membuat kek dan pastri, bukan kerana kegemarannya pada manisan.

"Macam mana kafe? Okey? Tak ada apa-apa masalah ke?"

Pertanyaan itu mematikan lamunan Akif. Lelaki itu terus memandang wajah si ibu yang mula terhias dengam kedutan yang makin jelas. Masih cantik walaupun berumur 55 tahun.

"Okey aje, mak," jawab Akif, ringkas.

"Kalau okey kenapa muka Akif nampak semacam aje?"

"Semacam macam mananya? Nilah muka Akif hari-hari. Merepek ajelah mak ni."

"Hmm, entahlah. Mak pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi mak tengok Akif macam semacam aje. Senyap, tak banyak cakap pun hari ni. Selalu bercakap tak henti-henti."

Akif oles senyum nipis. Bukan niatnya nak jadi berat mulut hari ini, tetapi disebabkan insiden dia Amni di kedai tadilah membuatkan Akif langsung tak ada hati nak berborak dengan ibunya."Ada orang gila ceroboh masuk kedai tadi?"

"Hah, ada orang gila masuk kedai?" Zarif terus bertanya, dengan pai yang masih penuh di mulut.

Terkerut-kerut dahi Puan Aisyah mendengar Akif bercakap.

"Ha'ah. Perempuan gila. Along rasa macam dia tu stalker pun ada jugak."

Stalker. Hmm, memang sesuai! Rasanya tak ada perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan bagi menggelar Amni dan segala tindakannya. Yalah, tiba-tiba gadis itu datang ke kafenya setiap selang sehari dan mengaku dia suka kepada lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, Amni selamba sahaja memberitahu yang dia mengupah penyiasat untuk tahu tentang latar belakang Kafe Smile tersebut.

"Wau! Perempuan stalk along! Untunglah ada perempuan stalk along." Zarif jongket-jongket kening. Menyengih nakal.

"Isy, budak ni! Ke situ pulak dia! Ada ke dikatanya along untung sebaba ada orang stalk dia?" Puan Aisyah mencelah. "Along tak report dekat polis ke pasal perempuan tu? Kalau dah sampai dia ceroboh masuk kedai tu, bahaya tu. Dah berapa lama along perasan dia stalk along? Dia nak apa dengan along? Eii, bahayalah along! Report polislah. Risau pulak mak dengar."

Akif tersenyum cuma. Perlahan, jemari Puan Aisyah dicapai, lalu ia digenggam perlahan. Tindakan yang selalu dia buat bila melihat Puan Aisyah seperti kerisauan, bagi menyakinkan yang dia tidak apa-apa.

"Tak payah risau apa-apalah mak. Dia bukan pecah masuk kedai Akif pun. Dia datang masa kedai dah bukak. Perempuan ni tak membahayakan pun. Mak janganlah fikir benda bukan-bukan. Akif tak apa-apalah. Akif kan lelaki. Dia pulak perempuan. Apalah sangat dia boleh buat dekat Akif. Pandailah Akif jaga diri." Amni tak merbahaya. Cuma gila dan mereng sahaja.

"Along..." Zarif mencelah.

"Hmm.."

"Perempuan yang stalk along tu cantik tak?"

Puan Aisyah menjeling si anak bongsu. Akif pula mendecit ketawa.

"Hmm, let's see." Akif berkira-kira buat seketika. Bila diingat-ingat semula akan raut wajah Amni..

Rambutnya berwarna hitam, beralun panjang mencecah hampir ke pinggang. Kulitnya seperti Puan Aisyah, putih kemerahan. Tapi tidaklah berkedut macam ibunya itu. Anak matanya hitam. Hidungnya tak pula mancung, tapi tetap terletak cantik dan bibirnya nipis dan kecil sahaja.

"Hmm, cantiklah jugak."

"Lagi cantik daripads Kak Mai?"

Akif diam. Hmm, jujurnya dia tak mahu akui perkara ini, namum Amni sememangnya punya paras rupa yang jauh lebih cantik daripada Maisara. Setiap kali berjumpa dengan gadis itu, Akif tak nampak sebarang solekkan yang tercalit pada wajahnya. Hatta gincu pun Akif tak rasa Amni guna. Wajahnya tampak bersih dan natural. Indah!

"Lagi cantik dari Kak Mailah tu." Zarif jongket-jongket kening, lalu menyiku lengan Akif. Tersenyum nakal merenung si along.

Akif berdehem kuat. "Ah! Tak adalah. Pandai-pandai aje."

"Eleh, yalah tu."

"Hisy, taklah! Kalau dia lagi cantik pun, ini tak bermakna along akan suka dekat dia. Kak Mai aje yang ada dekat dalam hati along tau. Dia aje akan jadi isteri along, kakak ipar Rif."

"Alah along, ada tiga kosong lagi apa."

Tuk! Akif ketuk kepala Zarif. Kuat. Merengek Zarif tak puas hati,sambil menggosok-gosok kepalanya. Puan Aisyah ketawa.

"Anyway, mak,Zarif. Along ada benda nak cakap ni."

"Apa dia?" tanya Puan Aisyah dan Zarif, serentak.

"Along nak kahwin dengan Mai. So, along ingat nak mintak mak merisik dan terus meminang dia."

Puan Aisyah dan Zarif bertukar pandangan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Takkan Suka Kau!Where stories live. Discover now