CHAPTER 3

59 14 3
                                    

"Arghhh!!!!!"

"Oh mak kau hijau babi!" Latah aku lalu mengurut dada kerana terkejut. Sampai mencarut aku dibuatnya.

'Ish la, siapa yang jerit tadi tu? Buat aku terkejut jer. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku ngekk. Hish!'

'Eh jap. Bunyi jeritan tu macam dalam hostel aku...'

Lantas aku memegang tombol pintu lalu dipulas perlahan-lahan. Pintu ditolak sedikit untuk melihat keadaan di dalam. Dah macam nak skodeng anak dara orang plak.

"Eh tu bukan ka perempuan yang aku langgar tadi." Kata aku dengan perlahan. Nanti dia dengar pula.

Gadis yang aku maksudkan itu sedang duduk di atas lantai di depan pintu bilik. Gadis itu kemudiannya berdiri lalu mengetuk pintu bilik.

"Qis! Qis bukak pintu ni!" Jerit gadis tadi sambil mengetuk pintu bilik gadis yang bernama Qis bagai nak roboh.

"Tak nak!" Laung Qis dari dalam.

"Ish! Bukaklah. Aku nak bilik ni!"

"Aku cakap tak nak, tak nak lah. Tak faham bahasa ke?!"

"Okay, fine! " Gadis itu berjalan masuk ke dalam bilik sebelah sambil menghentak kaki.

Bum!

Pintu biliknya dihempas kasar.

'Dorang gaduh sebab bilik je ke? Ish ish ish.' Aku menggelengkan kepala. Pintu ditolak sehingga luas lalu ditutup semula dan dikunci. Kemudian aku melangkah masuk ke dalam bilikku.

Jam di pergelangan tangan dilihat. Pukul 4:39. Barang-barang yang dibawa dari rumah tadi dikemas dengan cepat. Pukul 5:30 japgi ada orientasi pula.

Selepas 15 minit megemas, aku membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Ala bukannya kemas apa pun, kemas baju je.

End POV

🍓🍓🍓

Zig Zag Cafe

Ziyad POV

"Hey bro! Lama tunggu?" Soal seorang jejaka yang baru masuk ke dalam kafe.

"Korang asal lambat? Dah berjanggut aku tunggu korang kat sini!" Kata aku dengan geram.

"Ala sorry la. Macam kau tak tahu Mal ni kan bersiap lambat. Kalah awek aku." Kata Tengku Rayyan Aiman sambil ketawa lalu duduk di hadapan aku. Akmal pula duduk di kerusi sebelah Rayyan.

"Eh kau jangan nak samakan aku ngan awek kau kalau kau tak nak kiss penumbuk aku ni." Kata Tengku Akmal Hafiz sambil menunjukkan penumbuknya di depan muka Rayyan.

Aku pula hanya memerhati pertikaman lidah di antara Rayyan dan Akmal. Malas nak masuk campur. Dua beruk ni kalau tak gaduh memang tak sah.

"Erm...encik nak order apa?" Suara lembut seorang wanita kedengaran. Berhenti terus dua beruk tu bergaduh. Pantang nampak awek cantik. Dasar playboy.

"Saya nak order air." Kata Rayyan.

"Encik nak air apa?" Soal waitress itu lagi.

"Saya nak air love you..." Kata Rayyan lagi sambil tersenyum gatal.

"Cia...cia...cia..." Kata kami bertiga secara serentak sambil tersengih. Bukan selalu aku join diorang ni. Sekali sekala je.

Bukan CintakuWhere stories live. Discover now