Langkah diatur perlahan-lahan. Agak sukar dia melihat dalam keadaan gelap begini. Hari sudah larut malam dan dia baru sahaja pulang. Bukan sengaja. Namun, tayar kereta milik Faqih pancit semasa jalan perjalanan pulang. Mahu tidak mahu, merek terpaksa menunggu kawan Faqih untuk menukar tayar.
Selepas itu, mereka menunaikan solat masjid terlebih dahulu sebelum pulang. Ada juga Faqih mengajaknya makan malam terlebih dahulu. Namun, dia tolak kerana risau akan orang dirumah yang belum makan.
'krek'
Matanya terhenti pada pintu bilik utama. Kecut perutnya melihat seraut wajah itu merenung tajam ke arahnya
"Ingatkan dah tak tahu jalan balik rumah sendiri" tersentak Naaz apabila mendengar suara garau itu. Wajahnya tunduk menekur lantai. Takut. Dia sangat takut saat ini. Aura lelaki itu, mampu membuat dirinya terkaku.
"Seronok berfoya-foya dengan jantan lain wahai isteriku sayang?" hatinya terjentik. Bukan terasa. Tetapi kecewa dengan tuduhan itu. Tangannya digenggam erat bagi meraih kekuatan. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu lagi hari ini. Cukupla tengah hari tadi hatinya cukup terluka dengan sikap lelaki itu.
"Aku tanya seronok ke? Asal kau tak jawab!" kali ini suara lelaki itu naik seoktaf. Hati lelakinya geram dengan tindakan Naaz yang hanya mendiamkan diri. Satu-persatu langkahnya diatur mendekati Naaz Medina.
"Sayang... Aku tanya ni. Asal kau tak jawab?" dagu Naaz diangkat ke atas. Peluh mula merenek di dahi gadis itu. Matanya menikam tajam anak mata milik Naaz. Badan lelaki itu mendekati Naaz namun cepat sahaja Naaz elakkan.
"Hey perempuan! Kau keluar berfoya-foya dengan jantan lain boleh pulak! Aku ni suami kau. Takkan nak dekat-dekat sikit pon tak boleh?" kemarahannya semakin bertambah. Kepalanya mendekati Naaz. Bibir merah jambu itu direnung.
"Aliff! Awak sedar tak apa yang awak cuba buat ni?" akhirnya Naaz bersuara setelah lama mendiamkan diri. Satu senyuman sinis terukir dibibir Aliff. Akhirnya gadis itu bersuara juga.
"Sedar, Aku sedar Naaz Medina. Salahkah apa yang aku buat ni? Salahkah isteriku tersayang?" Aliff mengulangi perkataan isteri. Sengaja dia mahu Naaz Medina sedar tentang statusnya sekarang. Namun tidak pulak bagi Naaz. Dia masih mengingati perjanjian yang lelaki ini lakukan kepadanya selepas mereka berkahwin.
Aliff kembali merapatkan badannya dengan Naaz. Perlahan-lahan bibir mugil itu dikucupnya. Badan isterinya dikendong lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Tubuh kecil Naaz dilempar atas katil. Naaz mengalirkan air mata. Memori hitam lima tahun lalu berlayar di minda. Namun, air mata yang terhasil tidak memberi kesan kepada Aliff.
"Awak... Taknak awak. Saya takut awak. Tolong sedar Aliff!" Naaz meraung. Badannya terketar-ketar. Namun, nafsu telah menguasai diri Aliff. Suara Naaz tenggelam dari pendengaran dan syaitan mula merasuki.
ALIFF tersedar dari tidurnya apabila jam di telefonnya berbunyi. Sudah hampir subuh. Badan yang terasa letih digagahkan juga bangun lalu menyandar kepada kepala katil. Susuk tubuh disebelahnya dipandang. Satu senyuman terukir. Wajah kesayangannya di sebelah diusap penuh kasih. Pakaian yang bertaburan dikutip lalu dia melangkah ke arah bilik air. Biarlah isterinya tidur, lepas mandi baru dia kejutkan.
Selepas lima minit membersihkan badan. Aliff mendekati sekujur tubuh milik Naaz yang hanya berbalut selimut. Pipi montel itu, diusap lagi. Dia amat menyayangi gadis itu. Kasih sayangnya tidak berkurang walaupun sedikit.
"Naaz... bangun sayang. Dah subuh ni. Kita solat sama-sama ya sayang" badan gadis itu digoncang sedikit. Kening Aliff bertaut. Tak mungkin isterinya penat sangat sehingga tidak terjaga. Kebiasaannya, sekali kejut sahaja Naaz pasti akan bangun.
"Naaz Medina. Bangun sayang. Nanti kita lewat solat subuh" Aliff cuba mengejutkan isterinya lagi. Namun hampa. Riaksinya sama sahaja. Tiada tanda-tanda yang Naaz ingin bangun.
Tanpa berlengah sepasang baju disarungkan ketubuh milik Naaz dan tudung sarung dipakaikan dikepala isterinya itu. Dicempung tubuh kecil itu, lalu diletakkan di tempat duduk penumpang.
Tiba sahaja di hospital bahagian kecemasan. Naaz terus ditolak ke zon kuning. Aliff meraup rambutnya kasar. Dari tadi dia berdoa agar sang isteri tidak apa-apa. Pintu bilik yang isterinya dirawat dipandang lagi. Hatinya semakin resah.
'krek'
"Doktok macam mana kedaan isteri saya?" Aliff terus mendapatkan doktor sebaik sahaja susuk tubuh itu keluar dari bilik itu.
"Keadaan isteri encik terlampau lemah. Mungkin disebabkan perutnya kosong dan kekurangan air dalam badan. Saya nasihatkan encik suruh dia berehat untuk beberapa hari" ujar doktor itu. Aliff mengangguk perlahan.
"Terima kasih doktor"kata Aliff lalu doktor itu melangkah pergi meninggalkan Aliff seorang diri. Dinding disebelah ditumbuk. Perasaan bersalah mula bersarang di dalam hati. Isterinya masuk hospital disebabkan dirinya. Suami jenis apa dia ini? Kerana nafsu dan perasaan cemburu, isterinya jadi mangsa. Ingin menyesal tidak berguna kerana perkara itu telah terjadi.
Pintu wad itu direnung lama. Nafas dihembus. Aliff memulas tombol pintu perlahan. Lalu masuk ke dalam wad. Katil dihampiri dengan berhati-hati. Tidak mahu isterinya terjaga.
"Maafkan abang, sayang" pipi isterinya dielus penuh kasih sayang. Dahi licin milik Naaz Medina dikucup lembut. Kemudian, tangan isterinya digenggam erat.
Wajah isterinya direnung. Keningnya terbentuk elok. Bulu Mata isterinya juga lebat persis ibu mentuanya. Hidung terletak cantik. Dan bibir yang bewarna merah jambu Yang dapat menggoda sesiapa sahaja.
Boleh dikatakan, isterinya itu memang cantik semula jadi. Bukan seperti apa yang dia katakan semalam. Jauh sekali berbeza. Isterinya sangat cantik baginya. Malah perwatakan Naaz juga mampu membuatkan para-para ibu ingin bermenantukan dirinya.
YOU ARE READING
NAAZ MEDINA
RomanceLihat dari luaran pasti ramai menyangkakan gadis ink seorang yang tabah dan kuat. Namun, Naaz Medina hanyalah gadis biasa yang sangat rapuh di dalam. Dugaan demi dugaan yang menimpa rumah tangga dia dan Aliff Azfar membuatkan dirinya hilang harapan...