1

5 2 0
                                    

"Awak janji tau jangan tinggalkan saya?"kata seorang gadis kecil.
"Ya,saya tak akan tinggalkan awak!"kata Rayyan kepada kawan perempuan yang dikenalinya dengan panggilan nisa.

Rayyan merupakan anak yatim piatu yang tinggal dirumah anak yatim piatu akibat kemalangan ibu dan bapanya beberapa tahun yang lalu.

Nur Nisa Akira atau lebih akrab dipanggil nisa merupakan seorang anak penjual ikan di pasar. kehidupannya agak sukar berbanding Rayyan yang hidup di rumah penjagaan yatim piatu.

Pada suatu hari setelah pulang dari sekolah,Rayyan terdengar perbualan ibu penjaganya tentang seseorang yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat mereka. Dari segi pemakaian mereka,mereka tampak seperti orang yang hidup mewah

'eh lebih baik aku segera bersiap daripada aku mendengar perbualan mereka kerana aku sudah berjanji kepada nisa yang aku akan bertemunya di pantai' kata Rayyan di dalam hati.

Selepas beberapa minit.

"Ish, kenapa lambat?"kata Nisa dengan nada marah.
"Sorry!tadi ada orang.....tak ada apalah!alah jangan merajuk nanti Ayyan belanja aiskrim nak?"kata Rayyan kepada Nisa.
"Nak!nak!nak!"kata Nisa dengan nada manja.
"Nisa!Ayyan nak cakap sesuatu boleh?"
"Boleh!Ayyan cakap je lah macam tak biasa pula!"kata Nisa sambil menjilat aiskrimnya.
"Kalau nanti ada orang nak ambil Ayyan pergi tempat lain Nisa tak ape ke?"kata Rayyan dengan nada sedih.
"Ayyan nak pergi mana? Janganlah tinggal Nisa!ayyan tak sayang Nisa ke kan Ayyan dah janji tak nak tinggalkan Nisa!Ayyan memang jahat!Nisa benci Ayyan!"Nisa berlari meninggalkan Rayyan keseorangan sambil menangis.

Setelah pulang ke rumah Rayyan dipanggil oleh ibu pengasuhnya.

"Ayyan sini sebentar!"kata ibu
"Ya ibu! Ada apa ibu panggil Ayyan?"kata rayyan kehairanan.
"Rayyan masuk bilik kemas semua baju rayyan!"kata ibu
"Kenapa ibu?Rayyan nak pergi mana?"
"Ada seorang datin nak ambil Rayyan sebagai anak angkat dia!Rayyan gembira tak?"tanya ibu kepada Rayyan.
"Rayyan tak nak!"
"Rayyan Kene pergi juga! Sudah!ibu tidak mahu dengar alasan Rayyan lagi cepat pergi kemas baju!"katanya kepada budak yang baru berusia 9 tahun itu.

Bersambung.......

Amacam best x kalau nak author buat banyak lagi jangan lupa vote komen apa yang patut.maaf kalau ada typo.luv uolls.

HilangWhere stories live. Discover now