chap 1

8.4K 159 12
                                    

"Okay,jadi hari pertama persekolahan semestinya kita akan memilih ketua kelas diiringi dengan penolong.Jadi ada sesiapa yang ingin memberi cadangan"

Kata kata Puan Aufa disambut dengan sengihan seluruh pelajar 5 Firdaus,masing-masing memandang antara satu sama lain.Airaa hanya mendiamkan diri kerana sudah pasti tiada siapa yang akan mencalonkan namanya,dia juga tidak pernah terfikir untuk menjadi penolong.

"Cikgu!saya cadangkan Naqib jadi ketua."

"Hoi!Apahal aku."Naqib memandang Hazran dengan pandangan tajam tetapi dibalas dengan jelir daripada Hazran.

"Anjir kamu"

Kata kata Naqib disambut dengan ketawa dari seluruh kelas.

"Cikgu!Saya cadangakan Najmi."

"Aku on jer"

"Ah kau Najmi,Mahunya runtuh kelas ni nanti sebab kau buat pesta".Kata kata Zulaikha disambut dengan sengihan kerang busuk masam Najmi.

"Okay,sudah semua.Naik pening saya nanti."Puan Aufa memilih untuk menghentikan cadangan pilihan ketua.

"Jadi Naqib dan Najmi diminta keluar sebentar sementara kami membuat undian"

Maka,keluar la dua makhluk tersebut.Seorang dengan sengihan kerang busuk masam dan seorang dengan muka macam ais batu terlebih sejuk,heh beku je.

"Okay,cikgu mulakan.Siapa yang setuju kalau Najmi menjadi ketua kelas?Sila angkat tangan?"

"Pftt"

Puan Aufa tergelak kerana tiada seorang pun ingin memilih Najmi.Mana taknya,dengan otak tiga suku dia tu.

"Okay,siapa memilih Naqib"

Airaa melihat hampir separuh daripada kelas mengangkat tangan.

Airaa?Airaa tak undi sebab tak rajin nak angkat tangan hehe.

"Jaaaadiiiiiiiii,ketua kelas tingkatan 5 Firdaus ialahhh---

"Saya!,terima kasih semua atas undian."Reaction semua dalam kelas tu rasa nak lempang laju laju je makhluk tuhan bernama Najmi yang tengah tersengih dekat luar tu.Dia fikir semua terhibur ke tsk.

"Hey Najmi duduk diam diam.Cikgu tarik rambut kamu baru tahu"Kata Pn Aufa sambila tergeleng melihat perangai Najmi yang selamba badak ni.

"Ehem!,okay cikgu sambung.....ketua kelas 5 Firdaus ialah Muhd Naqib bin Farid!,HAA TEPOK."

"WOOOOOOOOO"

Maka pelajar yang memilih Naqib mula bersorak riang,lagi lagi perempuan.Maklumlah Naqib hot stuff tapi sayang beku hm dengan perempuan kerja nak jeling je ey geget kang.

"Okay dah dah,sekarang cadangan untuk penolong kelas pula"

"Cikgu!,saya cadangkan Sabrina.Sabrina ni dahlah baik cikgu,cantik,sopan santun haa sesuai sangat."Kata Amylia hanya disambut sepi oleh pelajar lain dan disambut jelingan daripada kaum lelaki.Heh.

"Hey,mana adalah.I biasa biasa je.You ni Amylia malu la I ish."Alahai rasa nak muntah Airaa dengar suara ulat bulu tu euw.

"Aduh,ni bukan ujibakat calon isteri Najmi."

"Woi!baik sikit.Aku nak cari bini manusia bukan ulat bulu."

"HAHAHAHAHAHAHA,paduuu."

Airaa hanya menggeleng sambil ketawa.Budak lelaki ni kalau tak naikkan darah si ulat bulu tu eh eh salah Sabrina tu tak sah haha.

"Cikgu!saya cadangkan Airaa Fathihah."

Zzap!Siapa yang mulut longkang sangat pergi sebut nama aku tu oi!

Wanita Sesempurna DiaWhere stories live. Discover now