Kau tahu ada sesetengah manusia dalam dunia ni ada kisah silam dia sendiri . Ada yang terlalu perit sampai akhirnya hatinya menjadi hancur ibarat dirobek-robek dengan pisau . Tapi kawan , kita sepatutnya bersyukur tahu kerana kita ada kisah silam yang tak semua orang pernah lalui . Dengan kisah silam itulah yang menjadikan kita sebagai manusia . Manusia yang mempunyai hati , perasaan dan sifat kemanusiaan .
Iya memang permulaannya amat menyakitkan tapi penghujungnya sungguh manis sekali . Sabar dan tabah dalam melalui cabaran tersebut . Kau kuat tau . Jiwa dan mental kau sangat kuat untuk hadap semua tu . Jadi tabah dan terima apa juga kisah silam tersebut kerana kelak akan memberi seribu kebaikan kepadamu .
Andai kata kamu jatuh , bangkitlah teruskan kehidupan mu . Dunia ini tak sekejam yang kamu sangka .
YOU ARE READING
Lost
Randomuntuk luahan isi hati sendiri . Kata orang tak baik pendam lama lama nanti jadi gila . Dont know betul atau tak cuma yeaa , iya amat tak bagus untuk kesihatan mental . Nak baca , baca . Tiada apa yang menarik pun act .