2014
"Hadif, saya nak jumpa awak lepasni, tolong datang okey."
Hadif mengangguk kan kepala sejurus sahaja Pn Kamariah mengatakan dia ingin berjumpa dengan Hadif di bilik guru.
"Weh ii, kau nak aku teman tak nanti? kutkut kau takut ke?" soal Adam selaku kawan baik Hadif. Hadif memandang bukunya dengan perasaan kecewa. Kenapalah kena dia juga yang pergi sedangkan ramai lagi manusia yang boleh cikgu panggil. Takde pilihan memang harus dia yang pergi. Hadif men'roll'kan matanya.
" Takpelah, aku pergi sorang kau turun dengan Amir nanti tunggu aku kat kantin cam biasa je."
"Takdela yang cikgu pun satu, pahal dia nak kau sangat? memang dah syok kat kau ke apa? aku dahlama perati cg tu haa". sampuk Amir sambil mengemas beg sekolahnya.
Hadif dipanggil untuk membantu cikgu membuat presentation untuk pelajar spm bagi tahun ini. Itu takpe lagi, ni cikgu suruh dia untuk memberi ucapan sepanjang ceramah tu berlangsung di dewan Smk InderaWati.
Nak taknak dia harus menurut walaupun mukanya ditebalkan pagi itu.
"Dahla takpe, nak buat macam mana, aku pergi jela lagipun kan tolong cg tak salah haih." Hadif mengeluh buat kali ke berapa.
Hadif, Amir dan Adam sempat turun bersama hingga mereka berpisah di blok 2 sekolah itu.
*************
"Assalamualaikum cg, saya dah datang ni, cg nak saya buat apa?" Hadif menunduk hormat sambil menyoal Pn Kamariah.
Pn Kamariah sedang mengemas meja semasa Hadif datang ke bilik guru.
"Ha Hadif bagus awak dah datang, meh saya nak bagitau prosedur ceramah tu nanti ye. Awak kena fokus tau masatu, jangan lalai pula." kata Pn Kamariah sambil tersenyum.
Hadif menetap bibir sahaja.
"Okey, nanti buat presents tu bukan awak sorang, saya ada bawak kan pelajar dari sekolah lain juga untuk bantu awak masatu."
Hadif mengerutkan keningnya. Jap jap pelajar lain? Maksudnya aku tak sorang?.
"Em cg, lelaki ke perempuan? Sebab saya dedo ni haha". Hadif mula menggosok tapak tangannya. Peluh pun dah menitik nitik ni.
Pn Kamariah ketawa kecil. Alahai takut sangat murid dia sorang ni, taktau la lelaki ke perempuan 😅. Sambil tangannya lincah menyeluk laci untuk mengambil fail berkenaan.
Hadif pandang dah semacam. Apalah cg aku nak bagi ni, takbole dedo lagi ke?.
"nah ni semua dialog yang awak kena cakap masa hari tersebut. Awak ikut je sebijik sebijik dalam ni dari pembukaan sampai akhir ceramah. Tapi, ada juga dialog pelajar tu, saya pun dah bagi bahagian dia." Pn Kamariah tersenyum manis.
Hadif mengambil lalu membelek fail tersebut. Matanya tak henti ii melirik.
" Cg, cg yakin ke saya boleh buat? Saya ni mana pernah cakap depan orang cg." terang Hadif dgan gugup." Aik dalam kelas saya awak dok memekak tak malu pulak? sebab tu saya yakin awak boleh handle". Pn Kamariah tertawa.
Hadif tersengih macam kerang busuk. Ha betul lah tu apa yang cg cakap. Memang suka memekak dalam kelas waktu dia mengajar.
" okay cg terima kasih kalau takde apa apa saya turun rehat dulu cg, assalamualaikum."
"Baikla waalaikumussalam."
Hadif turun dengan garu kepala.
YOU ARE READING
Takdir Kita)🖤
Romanceistikharah yang membuatkan mereka bertemu kembali. doa yang menyatukan mereka semula. cinta yang lama diperkukuhkan lagi semuanya dengan doa dan kuasa Allah SWT. "Hadif, janji dengan aku kau akan selalu ada". - Khadeeja Noura- "Aku tak boleh janji...