2014.
Selepas selesai nya ceramah tersebut setelah beberapa hari lepas, Hadif lebih yakin dan lincah dalam kelas sehinggakan semua pelajar tingkatan 5 semua kenal dia.
"Amboii, sejak dah femes susah aku nak jumpa kau ni kan budak". Kata Khadeeja dengan mata mencerlung memandang Hadif yang sedang menghirup mee sup.
Hadif tersenyum bangga dengan terangkat angkat bahu. Khadeeja buat muka selenge jelah. Dah malas nak layan mamat belagak ni.
"Aku dah femes pun aku tak lupa kau tahu. Ada lagi kat depan kau tengah makan ni ha. Siap package belanja abc lagi tu. Apa yang kau nak jeles?".
"aku tak jeles la Hadif, ha bagusla tak lupa aku. Karang hm lalu sebelah pun taknak pandang cane? Kau tu bukannya takde rupa, helok lagi." Khadeeja berkata sambil menyuap sesudu abc.
"Hehe, kau kan ada. Kau boleh tolong aku halau minah ii yang kacau tu. Tengok je muka kau konfem taknak dekat dah. Sebab apa kau tahu?".
"Apa?".
" Sebab muka macam harimau lapar!". Galak Hadif ketawa sampai terkeluar bulu hidung. Ceitt gurau ii.
Khadeeja masih memproses apa yang Hadif cakap.
"Jap, kau pernah tak makan selipar? Takpernah kan? Kau nak rasa tak?" mata Khadeeja tajam memandang Hadif memang macam nak telan. Tangannya pantas menepuk lengan Hadif yang berlapik itu.
"Kau jaga sikit ea Hadif, aku bagi penampar mati kau" ugut Khadeeja sambil berpeluk tubuh. Lalu, dia melanjutkan aktiviti makannya.
Hadif tersengih sengih sambil menggosok tempat ditepuk oleh Khadeeja tadi. Boleh tahan bisa juga 😅
"Kau ni tak have funla, aku gurau ii senda je apa yang srs sangat. Kau tahu tak abc kau tu aku belanja tau."
"So whattt? memang kau kene belanja aku pun ok. Kau dah banyak hutang."
Khadeeja melap bibirnya lalu bangkit dan diikuti oleh Hadif disebelah.
**********
"Weh, petang ni cam biasa kan? Kau datang rumah aku tahu tunggu."
"okey" ulas Hadif.
*********
"Assalamualaikum deeja oo deeja!" Hadif menutup kepalanya yang terkena sinaran matahari tu.
"Waalaikumussalam ye, eh Hadif meh masuk meh. Khadeeja ada kat atas ha pakai tudung rasanya tu." sambut Pn Ros merangkap ibu Khadeeja.
Hadif mula membuka selipar dan masuk ke dalam rumah. Rumah Khadeeja ni dah banyak kali dia masuk sampai ayam belakang rumah Khadeeja pun kenal dia.
" Makcik sihat? Rasanya dah lama saya tak datang jenguk makcik kan?" tanya Hadif sambil menyalami Pn Ros.
Pn Ros hanya tersenyum manis. Dia memang kenal dengan Hadif ni sejak umur Hadif 8 tahun lagi.
"Alhamdulillah makcik sihat je ni, Hadif bila bila nak datang pun makcik tak kesah nak. Lagipun rumah ni dah macam rumah kedua kamu kan?" Pn Ros mengulas.
Hadif menganggukkan kepalanya sambil tersengih.
"Sedar tak sedar dah lama ek saya kawan dengan Khadeeja makcik. Rasa macam baru semalam kenal dia kat tepi longkang masa saya jumpa tu😅".
Pn Ros tergelak kecil. Betul apa aku jumpa budak comot tu tepi longkang dia jatuh naik basikal pergi sekolah.
"Takpe ii, makan la Hadif buat macam rumah sendiri ye, sambil ii tunggu si Khadeeja tu turun." kata Pn Ros lalu dia pamit ke tingkat atas.
*********
"Eh sorry la lama sikit aku siap. Aku baru bangun la Hadif hehe". Khadeeja turun sambil tersenyum senyum.
Hadif buat muka selenge. Eh minah ni.
"Takpe aku dah biasa kan tunggu ii orang ni lagi lagi muka kau". Perli Hadif lalu tergelak.
"Hish dah la jomm."
YOU ARE READING
Takdir Kita)🖤
Romansaistikharah yang membuatkan mereka bertemu kembali. doa yang menyatukan mereka semula. cinta yang lama diperkukuhkan lagi semuanya dengan doa dan kuasa Allah SWT. "Hadif, janji dengan aku kau akan selalu ada". - Khadeeja Noura- "Aku tak boleh janji...