Nama aku Amir. By the way, nama penuh aku Amiruddin Nizam Bakri. Haa panjang macam pembaris dah.
Aku manusia separuh pontianak. Atau bahasa omputehnya, VAMPIRE.
Umur sebenar aku sekarang, 411 tahun. Tapi jika dilihat dari segi fizikal dan rohani, aku seperti remaja lelaki berumur lingkungan 16-17 tahun.
Kelemahan, tak boleh kena cahaya matahari dan bawang putih. Setakat lampu tepi jalan aku boleh lagi lalu.
Hidup secara abadi memang susah. Melihat orang-orang yang tersayang semakin menua dan 'pergi' buat selamanya memang perit.
Siapa cakap hidup abadi tu best? Best kepala manggis kau.
Tempat tinggal aku... di sebuah rumah kayu terpencil yang terletak di hujung hutan belukar.
Aku bukan pontianak kuno, tapi pontianak moden walaupun aku dah lama hidup sejak tahun 1709-an.
Semua serba-serbi dunia moden abad ke-21, semua aku tahu. Tanyalah pasal kereta Ferrari, robot canggih, jenama telefon terkini, semua aku hafal. Accewahhh.
Aku tahu semuanya sebab aku bila tiba waktu malam jer, mesti merayap pergi keluar hutan. Tak pun duduk melepak.
Ini kisah hidup aku.
Aku pernah jatuh cinta pada seorang gadis manusia tulen.
Tapi itu tak kekal. Sebab...
YOU ARE READING
Amir The Pontianak Man
VampireKerana kesilapan seorang doktor, Amir menjadi seorang pontianak. Dia juga telah hidup selama 400 tahun lebih. Bermakna dia habiskan hidupnya selama 4 abad sejak kurun ke-17. Seperti kisah filem kartun Hotel Transilvinia, Amir masih kekal hidup secar...