Jungkook: Sa..saya ingatkan hyung sukakan nuna.
Yoongi: Lain kali tanya hyung dulu bukan buat keputusan bodoh sendiri, tengok! sekarang kamu nak buat apa?
Jungkook: Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya telah buat terhadap nuna.
Jungkook bingkas bangun dan bergegas masuk ke dalam bilik. Tangan XX digenggam erat
Jungkook: Nuna tolong jangan gugurkan bayi ni. Sa..saya akan bertanggungjawab.
XX: Yoongi~
Yoongi: Ya, nuna~
XX: Nuna tak nak tengok muka dia...tolong nuna~ *menangis*
Yoongi: Kookie ada baiknya kamu balik dulu..
Jungkook: Tapi hyung..
Disebabkan XX menangis teresak-esak, Yoongi tidak dapat menahan kesabaran lantas menarik tangan Jungkook.
Yoongi: Tolonglah Kookie..tolong balik dulu
Min Yoongi menolak Jungkook keluar dari rumah.
Jungkook: Hyung, please...jangan buat saya macam ni.
Yoongi: Hyung akan jaga XX nuna..buat sementara waktu kamu jangan datang sini.
Min Yoongi menutup pintu membiarkan Jungkook di luar.
Jungkook: Nuna!! hyung!! Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
=================================
Ding~dong~
Bunyi door bell menyebabkan XX ragu-ragu untuk membuka pintu. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam di jeling.
XX: Takkan Kookie..
Dengan teragak-agak dia membuka pintu. Tiada orang tetapi hanya ada satu bungkusan plastik di atas lantai. Bungkusan tersebut diambil lantas XX menutup dan menuju ke ruang tamu. Sebaik duduk di sofa, dia mengeluarkan segala isi kandungan yang terdapat dalam plastik tersebut. Beberapa kotak Almond Milk, Yogurt drink, buah plum dan sekeping nota diletakkan di atas meja. Nota yang berlipat elok dibuka lantas XX membacanya.
Dear nuna,
Saya minta maaf dengan apa yang telah saya lakukan terhadap nuna.Saya janji saya takkan ganggu nuna lagi asalkan nuna tidak gugurkan kandungan tu. Mulai esok saya akan membuat kerja part time. Saya perlu kumpul duit untuk nuna dan bayi yang akan lahir nanti. Nuna jangan lupa makan makanan yang saya belikan ni. Walaupun tak seberapa, ia pemberian ikhlas dari saya. Nuna, I'm Sorry..I Love You~
From, Cute Little Jeon Kookie.
Air mata XX mula bergenang. Dia menangis lagi. Selang 3 hari kemudian XX menerima satu bungkusan plastik yang penuh dengan makanan yang sama dengan pemberian Jungkook sebelum ini. Jungkook juga tidak lupa untuk meletakkan nota bersama-sama.
Dear Nuna,
Walaupun penat dengan sekolah di waktu pagi, saya tetap gagahkan diri untuk kerja disebelah petang sehinggalah larut malam. It's okay nuna. Semua ini saya lakukan untuk nuna dan baby kita. Nuna, jaga diri elok-elok. Nuna, I'm Sorry..I Love You~
From, Cute Little Jeon Kookie.
Selang 3 hari, sekali lagi XX menerima makanan daripada Jungkook.
Dear Nuna,
Hari ni saya hampir-hampir jatuh ke dalam longkang disebabkan mengantuk. Ahahahahaha, gila kan saya? Nuna, kalau nuna teringin nak makan sesuatu..nuna jangan lupa bagitahu ya..Kalau nuna segan nak call, nuna mesej je. Nuna, I'm Sorry..I Love You~
From, Little Jeon Kookie.
Tergelak kecil XX apabila membaca surat tersebut. Ditambah pula dengan sticker pororo yang ditampal penuh di atas kertas.
==============================
Pintu peti sejuk ditutup perlahan. Jelas kekecewaan di wajah XX kerana Almond Milk telah habis. Dia beredar ke ruang tamu dan duduk di sofa. Dia masih tertanya-tanya kenapa Jungkook sudah tidak menghantar makanan kepadanya lagi. Handphone yang berada di atas meja dicapai. Dia menghubungi seseorang.
XX: Hello Yoongi, kamu kat mana sekarang?
Yoongi: Kampung..kenapa nuna?
XX: Ahh, takde pape..Sorry ganggu kamu.
Yoongi: It's okay nuna..
Setelah menamatkan perbualan dengan Yoongi, XX kembali termenung.
XX: Nak call ke tak? call ke tak..
Dengan sedikit gementar, XX menelefon Jungkook.
XX: Hello Kookie..
Jungkook: Nuna...akhirnya dapat juga saya dengar suara nuna.
Jungkook menangis gembira.
XX: Kookie, nuna nak minta tolong boleh tak?
Jungkook: Ya nuna..apa dia?
XX: Tolong belikan nuna Almond Milk.
Jungkook: Almond Milk?
XX: Urmm..yang kamu selalu berikan pada nuna.
Jungkook: Demi nuna, saya sanggup beli walaupun sekarang dah dekat pukul 11.
XX: Takpe ke?
Jungkook: Ummm...nuna, once again..I'm Sorry...Saya end call ya nuna, saya pergi beli Almond sekarang juga..nuna tunggu ya~
Suara ceria Jungkook membuatkan XX tersenyum. Entah kenapa dia mula merasa rindu pada Jungkook.
=====================================
XX: Mana Kookie ni, dah pukul 12.30
Mundar-mandir XX di hadapan pintu sambil menggigitnya kukunya.
Ring~Ring~
Cepat-cepat XX menjawab panggilan yang masuk.
XX: Kookie, kamu kat mana?
Girl: Hello, saya nak tanya..kamu kenal ke dengan pemilik handphone ni?
XX: K...kenapa? A..awak siapa?
Girl: Kami dari pihak hospital sebenarnya ingin memaklumkan bahawapemilik handphone ni telah ditimpa kemalangan.
XX: K...kemalangan?