Setelah mereka selesai makan , mereka pun menuju ke kelas mereka semula. Mark meminta diri untuk ke tandas dahulu sebelum masuk ke kelas. Bambam dan Jackson sudah masuk ke kelas kerana takut terlambat untuk masuk ke kelas korea kerana cikgunya tidak akan membenarkan pelajar yg lambat masuk ke kelas. Jackson bertanya kepada Bambam , "Weh , Bambam kau rasa lah kan Mark tu pergi tandas ke tengok Min-Ji ?". Bambam pun menjawab "Aku rasa lah kan dia tak pergi tandas tapi pergi tengok Min-Ji , tapi aku takut la sebab tengok Min-Ji punya pasal dia lambat masuk kelas , tak pasal2 kena halau." "A'ah la weh , macam mana ni ? Kalau kita pergi panggil dia tak pasal2 kita pulak yg kena halau." Jackson membuat muka serius. " Kita pergi je lah panggil dia , kalau kita kena halau pun , kita kena sama2 kan . " Bambam mengajak Jackson. "Ok lah , jom."
Mereka berdua pergi lah ke tandas untuk mencari Mark tetapi apabila mereka sampai , mereka tidak menjumpai Mark. "Weh Bambam , kau rasa Mark dekat mana ? Aku takut la , tiba2 aku tak sedap hati la . " Jackson sudah mula takut apa2 terjadi kepada Mark. "Weh Jackson , rilek la. Aku rasa Mark ada kat kelas Min-Ji kot ." Bambam menyedapkan hati Jackson. Mereka berdua pun bergerak ke kelas Min-Ji untuk mencari Mark. Mereka mencari2 Mark di luar kelas Min-Ji tetapi mereka tidak jumpa Mark di situ. "Bambam ! Mana Mark ni ? Aku takut la , dah lah jom balik kelas ! " Jackson menarik2 Bambam untuk balik ke kelas tetapi Bambam menolak tangan Jackson supaya mereka tidak ke kelas semula. "Jackson , kau ni kan mcm budak kecik ah . Takut sangat kenapa ? Kita cari je la Mark , dia ok tu . Heishhh , budak ni." " Ok la ok la , kita cari Mark lagi . Tapi kalau tak jumpa kita balik kelas tau. " "Tak , kita tak kan balik kelas. Kita cari Mark sampai jumpa ! Kalau balik kelas pun buat apa ? Sama je , kena halau jugak ." Bambam menarik Jackson untuk mencari Mark semula.
Mereka mencari2 di semua tempat tetapi tidak menjumpai Mark. Mereka sudah keletihan mencari Mark tetapi mereka tidak berputus asa mencari Mark. "Jackson , jom lagi satu tempat je kita tak cari lagi atas bumbung . Dah jom , tak payah nk rehat2 ." " ok la jom , heishh baru nk rehat. " Mereka sampai di atas bumbung sekolah dan lihat Mark berdarah2 seperti baru lepas ditumbuk. Mereka pun berlari ke arah Mark , dan melihat2 tubuh Mark yg penuh dgn darah. "Weh Mark ! Kenapa ni ? Sapa yg buat kau mcm ni ? Bagitahu aku biar aku belasah budak tu !" Jackson tunjuk berani. "Kau ni Jackson , tadi takut sekarang tunjuk samseng pulak , heish heishh. Weh Mark ! Sapa buat kau ni ? " Mark cuba untuk bercakap tapi mulutnya sakit kerana ditumbuk tetapi Mark mencuba lagi " Aaakkkuuu kennaa belaaaaasssahh denggann Yugyeoom and the ganngg " Jackson terperanjat " Oh budak dua orang yg nk tunjuk samseng kat sekolah ni belasah kau sampai macam ni ? Heishh , yg kau ni Mark kenapa kau tak tumbuk balik ? " Mark berkata " Daahhhh laa tuu , hanntarr akuuu balikkk , akuuu sakkitt niii ." Bambam dan Jackson cuba mengangkat Mark dan membawa Mark turun dari bumbung sekolah itu.
Kringggggggg ! Kringgggggg!
"Haaa , loceng pun dah berbunyi ! Jom la kita pergi ambil borang camp tu dulu ! Bambam , kau pergi la dgn Mark dulu . Tunggu aku kat tempat biasa tau. Biar aku jela ambil borang tu ." Jackson menawarkan diri untuk mengambil borang tersebut. Bambam pun pergi membawa Mark untuk pergi ke restoran tteobokki yg biasa mereka pergi untuk makan bersama. Di sekolah , Jackson pergi ke bilik guru untuk meminta borang daripada cikgu nya. Setelah mengambil borang tersebut , Jackson pun keluar dari bilik guru dan berjalan ke restoran tersebut. Tiba2 Jb dan Yugyeom memberhentikan jalan Jackson . Jackson mula takut dan ingin lari daripada situasi itu tetapi dihalang oleh mereka berdua . " Nak pergi mana ? Jangan lah lari , aku nk tanya kau beberapa soalan je pun , tak payah la takut." Kata JB dengan berani. "Ok ok , apa dia ? Kau nk tanya aku apa ?" Kata Jackson menyembunyikan rasa takutnya. "Kawan baik kau tu si Mark tu , suka dekat Min-Ji kan ? Kata dekat dia kalau nk Min-Ji tu kena langkah mayat aku dulu !!" Kata Yugyeom dengan marah.
"Manalah aku tahu Mark tu suka sapa , kenapa korang tanya aku pulak ? Kalau betul pun dia suka Min-Ji , apa kaitan dengan kau sampai nk langkah mayat kau bagai !?" Kata Jackson dengan agak berani. "Tu bukan urusan kau la pengecut !! Bagi je la tahu Mark tu !! Ke kau nk aku belasah kau dulu baru kau nk bagitahu Mark !?" Kata JB tidak puas hati . "Dah la buang masa aku je cakap dengan orang yg tak reti bahasa macam pengecut ni . Eh pengecut ! Pastikan Mark tahu apa yg aku cakap kat dia tadi !! Kalau tak , kau tau la apa jadi kat kau !! Lunyai aku buat !!" Yugyeom melemparkan rasa marahnya kepada Jackson dan pergi dari tempat tersebut. Jackson terus berlari selaju yg mungkin untuk beritahu Mark tentang berita tersebut.
"Apahal Jackson ni lambat sangat ? Selalunya kalau pergi kejap je . Heishhh lambat pulak dia hari ni." Bambam penat menunggu Jackson. " Korang2 !! Aku ada berita niii !! Jackson menjerit dari jauh. " Rilek2, tarik nafas dalam2 dulu baru cerita kat kitaorang." Kata bambam dengan gelisah. " Tadi aku nk ambik borang , lepas tu JB dgn Yugyeom tahan aku diaorang ckp kalau Mark nk Min-Ji , Mark kena langkah mayat diaorang dulu." Jackson berkata dengan gelabah. "Yeke ? Diaorang ckp mcm tu ? Heishhh takpe2 ada ubi ada batas , ada hari kita balas. " Bambam mula menunjukkan rasa teruja untuk memulakan persaingan. Mark tiba2 berkata " Dahhhh lahhh wehhh , jommm baalikkk ! Akuu dah takkk adaaa seleraa nkk makannn dahh . " "Jom2 , aku pun nk tak ada selera dah." Jackson mengangkat Mark diikuti dengan Bambam. Setelah mereka menghantar Mark pulang , mereka pun pulang ke rumah masing2.
Thanks for reading my fanfic. ^0^
Hope u enjoy it. Sorry for all the mistakes that i'm do while doing this fanfic . ^0^
Don't forget to vote and comment yeah ! ^^

YOU ARE READING
Loving You
FanfictionSeorang pelajar lelaki yang bersekolah di Sunhwa High School telah jatuh cinta pada murid yg baru sahaja bersekolah di situ . Apa yg akan terjadi seterusnya ? Adakah pelajar perempuan akan menyukainya semula atau tidak...