Part 1

22 0 0
                                    

Namaku Amyra Wildani binti Dato' Fakhri. Aku merupakan anak tunggal kepada jutawan terkaya di Malaysia. Bapaku seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dahulu aku bersekolah di sekolah harian seperti mereka yang lain. Namun selepas aku pernah diculik, hidupku telah berubah.

Sejak kejadian yang pernah menimpa aku ketika aku berusia 8 tahun, papa telah memberhentikan aku dari sekolah. Perkara itu membuatkan papa tekad untuk memberhentikan aku kerana risau akan keselamatan diriku. Kini aku mendapatkan khidmat Home Tuition sahaja. Papa akan memanggil guru-guru yang akan mengajarku, ke rumah. Terdapat sebuah bilik yang telah papa ubah suai khas sebagai kelas aku. Di dalamnya terdapat sebuah papan putih, pen marker, meja dan ianya benar-benar kelihatan seperti sebuah bilik darjah di sekolah.

Namun, banglo 3 tingkat ini berasa sunyi memandangkan aku sudah besar. Kini, aku sudah berusia 17 tahun. Pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Papa berat hati untuk melepaskan aku keluar daripada banglo kerana takut akan keselamatan diriku. Walau bagaimanapun, papa telah mendaftarkan aku di sebuah sekolah yang tidak aku ketahui namanya. Kata papa, sekolah itu adalah antara sekolah yang terbaik.

"Myra, papa kena lepaskan Myra ke sekolah memandangkan Myra akan menduduki peperiksaan yang paling besar dalam hidup Myra. SPM. Myra janji dengan papa, Myra takkan beritahu sesiapa, siapa Myra yang sebenarnya. You still remember your name right?" Papa mengingatkanku.

"Wardatul Sofia binti Fakhrul. Ya, Myra ingat pa. Papa jangan risau okay? Myra dah besar. Myra boleh jaga diri Myra." Aku menenangkan papa.

"Okay, now go get ready. This is your first day of school, right?"

"Yes papa. Wait me in the car, will you?" Aku berkata. Aku berasa agak gementar kerana telah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah.

Papa mengangguk kepadaku. Aku tersenyum kepadanya dan bergegas ke bilikku. Aku segera bersiap. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku segera bergerak ke kereta. Hari ni, aku tidak boleh membawa kereta sport milikku memandangkan sekarang 'penyamaran' aku telah bermula. Jadi, aku hanya boleh menaiki kereta Alphard papa. Driver papa membukakan pintu kereta. Melihat akan diriku, papa tersenyum.

"Simon, kita boleh gerak sekarang." Arah papa kepada Simon. Nama sebenar Simon ialah Nik Ariffin. Aku yang menggelarnya dengan nama Simon kerana aku amat menggemari watak Simon di dalam cerita Alvin and The Chipmunks. Mukanya pun adalah lebih kurang macam Simon dan kerana itulah aku menggelarnya sebegitu.

Simon merupakan pemandu peribadi papa. Sudah agak lama dia bekerja dengan kami sekeluarga sehingga aku sudah menganggapnya seperti pak cik aku sendiri.

Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja. Kini, kami telah sampai ke sekolah. Tertulis di pintu masuknya 'Sekolah Menengah Kebangsaan Da Vinci. Nama sekolah tersebut menarik minat aku untuk masuk. Aku ingin bergegas turun tetapi dihalang oleh papa.

"Ingat pesan papa. Jangan bagitau sesiapa pun, siapa Myra yang sebenarnya." Sekali lagi papa mengingatkanku.

"Yes papa. Can I go now?" Aku bertanya lembut.

"Yes, you may. Here. Take this. You don't take your breakfast this morning right?" Papa menghulurkan mcD kepadaku. Aku memeluk dan mencium pipinya.

"Thank you, papa." Aku turun daripada kereta.

Kelihatan ramai pelajar yang berpusu-pusu masuk ke dalam sekolah bersama rakan-rakan mereka. Aku keseorangan. Aku toleh ke belakang dan kereta Alphard milik papa setia menunggu sehingga aku masuk ke dalam perkarangan sekolah. Aku melambai dan terus masuk. Baru sahaja beberapa tapak aku melangkah,tiba-tiba seorang gadis datang menyapaku.

"Hello. Awak pelajar baru ya? May I help you?" Katanya seraya tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

"Oh ya. I'm on my way to the principal office and I don't know where it is. Can you help me?" Tanyaku kepada gadis yang tidakku ketahui namanya. Gadis tersebut mengangguk.

Aku mengikuti langkahnya. Mataku meliar memerhati kawasan sekeliling. Besar. Hati kecilku berkata.

Kami tiba di pejabat pengetua. Gadis tersebut kemudiannya meminta diri untuk ke kelas. Kini, tinggallah aku seorang diri. Aku melihat nama yang tertera di pintu pejabat. Muhamad Ashayeed bin Muhamad Asyafiq. Aku menarik nafas panjang dan kemudian pintu aku ketuk. Kedengaran suara menyuruhku masuk dan aku memulas tombol pintu dengan hati yang berdebar. Aku memberikan salam kepadanya. Dia menjawab salamku dan menyuruhku duduk. Aku akur.

"Wardatul Sofia binti Fakhrul?" Tanya Encik Ashayeed kepada diriku. Menginginkan kepastian mungkin. Aku berfikiran positif.

"Ya. Saya Encik. Boleh panggil saya Warda."

"Tak payah panggil saya Encik. Panggil saya Mr. Ash. Pelajar-pelajar di sini panggil saya begitu." Katanya ramah.

"Baiklah." Jawabku. Aku tunduk ke lantai tidak mampu bertentang mata dengan Mr Ash. Mukanya kelihatan garang.

Mr. Ash kemudiannya membuat panggilan kepada seseorang. Tidak lama kemudian, muncul seorang guru perempuan yang bertanda nama Farah.

"Warda, kamu boleh ikut Cikgu Farah ke kelas kamu. Selamat Datang ke SMK Da Vinci." Mr. Ash melemparkan senyuman kepadaku.

Aku hanya mengangguk dan mengikut langkah cikgu Farah. Aku hanya tunduk memandang lantai. Aku tidak berani untuk memandang di sekeliling kerana terasa diriku seperti diperhatikan. Cikgu Farah kemudian berhenti di hadapan sebuah kelas. 5 Inferno. Mungkin ini kelas aku. Harap-harap mereka yang di dalam kelas ini sporting dan mahu berkawan denganku. Cikgu Farah berkata sesuatu dengan guru muda itu.

"Okay Warda, tu Miss Dals. Kamu dah boleh masuk dan selamat belajar." Aku masuk seperti yang diarahkan oleh Cikgu Farah. Aku berdiri berdekatan dengan Miss Dals.

"Okay student, today we have a new classmate. Now please introduce yourself to others." Kata Miss Dals ramah kepadaku.

"My name is Wardatul Sofia binti Fakhrul." Aku terus menundukkan pandangan selepas memperkenalkan diri kerana terasa diri diperhatikan oleh mereka semua. Aku tidak biasa diperhatikan begitu.

"What a nice name. So, we call you...."

"Warda. Can call me Warda." Terangku kepada Miss Dals.

"Okay. My name is Dahlia Danylla and you can call me Miss Dals." Miss Dals memperkenalkan dirinya kepadaku.

"Which school are you from?" seorang lelaki tiba-tiba berdiri dan bertanya kepadaku.

"Sorry. This is my first time in the secondary school. All this while, the teachers will come to my house to teach me. Home tuition." Aku menerangkan kepadanya. Aku tidak berani untuk memberitahu yang selebihnya.

"You dari golongan mana?" Seorang gadis yang bertanda nama Syasya berdiri dan bertanya kepadaku.

"Sorry? Saya tak faham. Golongan apa ya?"

Tiba-tiba berdiri seorang lagi gadis dan menjawab, "Kat sini, ada 3 golongan. Golongan pertama ialah anak jutawan, dato' dan seangkatan dengannya. Macam Syasya ni daripada golongan pertama.Dia anak Jutawan ketiga terkaya di Malaysia." Katanya seraya menunjuk kepada Syasya. Syasya hanya tersenyum simpul. "Golongan kedua pula ialah anak doktor, lawyer dan sebagainya. Golongan ketiga pula ialah anak orang biasa." Sambungnya lagi. Gadis tersebut kemudiannya menjongketkan keningnya kepadaku tanda menyuruh aku menjawabnya.

Aku anak Jutawan terkaya di Malaysia. Sebenarnya aku lebih hebat daripada Syasya tetapi aku tidak boleh beritahu siapa sebenarnya aku. Aku sudah berjanji dengan papa. Jadi dengan yakin aku menjawab, "saya dari golongan ketiga."

Seisi kelas ketawa kepadaku. Aku hanya menundukkan pandangan. Tidak mampu bertentang mata dengan mereka semua.

"Kamu boleh pergi ke tempat kamu Warda." Kata Miss Dals. Suara Miss Dals kedengaran seperti beliau berasa simpati terhadapku.

Aku bergerak ke tempatku. Mereka masih ketawa tetapi seorang sahaja yang tidak ketawa. Dia. Dia yang bertanya aku dari sekolah mana. Kenapa muka dia macam Afif? Dia tersenyum memandangku. Aku tidak membalasnya. Aku duduk di tempatku dan mengeluarkan segala bahan untuk pembelajaran. Aku abaikan usikan mereka semua. Aku tahu, aku bakal melalui hari-hari yang begitu menyeksakan. Namun, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa memandangkan aku sudah berjanji dengan papa. 

Akhirnya...Where stories live. Discover now