Harini merupakan hari pertama sekolah .Bagai tak percaya, aku sudah menginjak ke tingkatan 4 , menghabiskan masa selama 9 tahun di alam persekolahan bagi menimba ilmu. Pelbagai rintangan yang aku hadapi pelbagai kejayaan yang aku kecapi . Ianya semua menjadi pembakar semangat aku untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi !.
Okay done, apa yang aku merepek ni?
Aku menghembuskan nafas perlahan lalu melintasi pagar sekolah Menengah Kebangsaan Seri Waja.
Kawasan sekolah aku amati , sudah pastilah tiada perubahan yang ketara cuma bangunan sekolah yang sudah dicat baharu oleh pengetua. Cantiklah, jugak .
Aku terus mendaki tangga ke tingkat 3 iaitu di mana kelas aku, 4 SNS berada.
Kelas masih seperti kali terakhir aku masuk iaitu pada 25 Disember yang lepas untuk gotong royong .Masih kerusi kayu yang sama, masih papan hitam berhabuk yang sama dan masih papan kenyataan berlubang yang sama . Tak berubah sedikit hama pun.
Kelas ini agak kecil jika dibandingkan dengan kelas yang lain since beberapa sahaja pelajar yang berani mati ambil aliran sains tulen di sekolah ini.
Dan diantaranya adalah aku.
"Excuse me ! " Kata seseorang mematikan sesi me'review' aku . Aku terus bergerak ke hadapan bagi memberi laluan kepada dia.
Siapa? Meh, aku perkenalkan . Nama dia Lau Kai Yee. Best PT3 student di SMK Seri Waja. Cantik? Boleh laa . Tapi, dia ada satu masalah, menyombong tak bertempat . Perasan pandai , tapi tak pandai mana pun .
Cuba masuk SPB/MRSM confirm dapat ranking last.PERASAN!
Aku duduk di tempat aku yang kami satu kelas dah cop awal- awal dengan undi.
And kau nak tahu, aku duduk mana? Aku duduk dekat belakang sekali . Jadi, belajarlah aku dengan efek BOKEH untuk ni.. Bukan beshe beshe tau..
Back to the story. ..
Aku duduk dan perut aku mula memulas.
Aduhmakkk, time nilah nak membuang punnnn!Aku terus berlari ke tandas. Nasib lah first day pun dah serabut macam ni.
------------------------------------------------------
Selepas aku membuang di tandas, aku terus bergerak ke kelas aku balik .
Dah ada cikgu dalam kelas, masalah betul lah . Jam dah pukul 7:40 , maksudnya aku lambat 10 minit . Boleh dimaafkan tak??
Pintu aku ketuk . Cikgu yang berada dalam kelas memusingkan diri menghadap aku . And time nilah penyakit Parkinson aku nak menjadi .
" Kenapa awak lambat?" Tanya dia aka Cikgu Timah dengan muka yang tidak dapat di'describe' .
" Saya pergi tandas tadi cikgu . Maafkan saya." Kata aku dengan muka bersalah dibuat-buat .
Okay, Aku hypocrite. So what??
Dia cekak pinggang . Habislah aku~
" Inilah masalah budak baru macam kamu semua. Kamu kena tahu, kalau nak ambik aliran sains tulen korang kena penuh dengan sifat moral , sifat positif . Kalau perangai korang macam ni, pergi tandas sampai setengah jam, banyak buang masa , macam mana korang nak berjaya ? Macam mana korang nak lulus Subjek2 elektif korang? Lagi-lagi add math. Dah tau ada kelas,yang gedik nak ke tandas tu dah kenapa??"
Mendengar percakapan dia yang sudah terang lagi bersuluh memerli aku , aku membuntangkan mata . What the ... Apa yang dia expect, pergi berak boleh dalam masa 5 minit je ke? Satu lagi, dengan tudung senget macam ni , dia expect aku pergi tandas saja untuk lepak lepak?? Sakit hati betullah!!
" Pergi duduk cepat."
Aku pun duduk ke tempat aku . And sambung belajar dengan hati yang sebal.
KRING!
Selepas sejam, Masa cikgu Timah pun dah habis . Sampai lah pulak masa BM , Cikgu Idayu . Mood aku kelaut gila. Nak fokus pun aku tak boleh . Sakit hati dengan perangai cikgu Timah .
" Assalamualaikum, guys! So, tahun ni cikgu akan mengajar korang bahas melayu . " Sapanya ceria .
Cikgu Idayu memang terkenal dengan kemanisan dia. Muda lagi ni. Aku rasa around 30 kot muda lah kan??
" Cikgu malas nak mengajar Harini , so kita buat ice breaking blah eh? Kita start dengan orang paling depan pakai Spek ni ."
Hai, aku Alif bla blaa blaa
Hai, aku Hani bla bla blaaaaAku tak beri perhatian langsung apa yang diorang cakap. Sebab semuanya classmates aku dulu . Berapa kerat je yang ambik science stream .
And tetiba aku perasan kerusi sebelah kanan aku ditolak . Aku langutkan kepala and ada seorang lelaki duduk sebelah aku . So, selama ni, dia ada dekat sinilah? Aku taksub sangat nak melayan perasan sampai lupa nak tengok sekeliling.
" Hai semua. Aku Syed Darren Ikhwan bin Syed Hazami . "
Katanya lalu duduk. Lepastu aku pulak berdiri .
" Assalamualaikum semua, aku Batrisyia Sufiyah binti Ali ."
Lepastu , kami sekelas bersembang dan aku pura pura tidur sebab akward .
Pukul 9:40 dan kami rehat . Aku beli makanan dan duduk makan di kerusi batu. Kawan? Aku memang tak ada kawan since, aku ni tersangatlah skema. So, hari-hari memang aku makan sorang-sorang .
Dan hari -hari itu diteruskan . Aku tak bercakap langsung dengan mamat sebelah aku .
Dah dia tak buka mulut, takkan aku nak tegur dia kut ?