Helikopter mereka sedang melalui ruang udara berdekatan bangunan yang dipenuhi oleh ramai musuh dan juga peti emas yang dikehendaki mereka .
" Ok semua ! dengar arahan aku ! bila aku cakap terjun , semua terjun ! " Mark Lee ketua kumpulan itu memberi arahan kepada ahli-ahli kumpulannya .
Dia menggunakan suara yang kuat kerana bunyi helikopter itu lebih kuat daripada suaranya .
" Ok master ! " keempat-empat ahli di dalam helikopter itu menyahut serentak .
" Kita hampir sampai di kawasan yang selamat untuk mendarat ! bersedia semua !!! " jerit Mark sambil bergerak ke arah pintu helikopter .
" Hana ! Dul ! Set ! Terjun !!! " setelah mendapat arahan daripada Mark , mereka berlima terjun daripada helikopter itu bersama-sama .
BANG ! BANG ! BANG !
Sebaik sahaja kaki mereka menjejak tanah , bunyi tembakan pistol semakin kuat kedengaran .
" Dream ! Find place to hide ! Be ready with your snipers !! "
Mereka berlima berlari untuk menyorok di sekitar kereta-kereta terbiar yang ada di kawasan itu .
" Hey NoJaem ! korang kat sini rupanya " tegur Renjun apabila menjumpai lagi dua orang ahli kumpulannya yang sedang menyorok di belakang sebuah kereta .
Mereka berdua ditugas menyerang melalui darat , sebab tulah mereka tidak bersama Mark , Renjun , Haechan , Chenle dan Jisung di helikopter tadi .
" Musuh semakin dekat ! aku tak rasa kita boleh lawan diorang dengan gunakan kita punya snipper ni je , diorang terlalu ramai !! " kata Jeno .
" Don't worry guys ! sekarang pakai korang punya protection specs ! " balas Renjun melalui earpod nya .
Selepas itu , budak lelaki berbangsa cina itu mengambil bungkusan daripada beg kecil yang dibawanya .
" Dah siap semua ? " sekali lagi dia bertanya kepada mereka supaya mereka sempat untuk melindungi mata mereka .
BANG ! BANG ! BANG
Bunyi tembakan semakin menghampiri mereka
" Yah ! rasakan " dengan sekuat hati Renjun bangun daripada tempat persembunyiannya dan membaling beberapa pek gas pemedih mata ke arah musuh-musuh .
Atmosfera sekitarnya bertukar menjadi warna merah dan ramai musuh telah rebah oleh kerana menahan kepedihan gas pemedih mata yang terkena mata mereka .
" Dream ! attack now !!!!! " Mark memberi arahan serangan kerana sekarang ini lebih mudah untuk mereka membunuh musuh-musuh dan memasuki bangunan yang mempunyai peti emas itu .
BANG ! BANG ! BANG ! BANG !
Kali ini mereka pula yang menunjukkan skill mereka dalam menembak . Satu demi satu musuh yang berada di sekitar dapat ditumpaskan dengan mudah sahaja .
YOU ARE READING
GAMERS • MARK LEE
ActionMereka menganggap bermain game ialah satu perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa . Tapi tahukah anda skills yang anda pelajari daripada game membolehkan anda terus bertahan di dunia yang kejam ini .